CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 12 July 2011

Perginya dia meninggalkan kami

Da 12 tahun abah pergi meninggalkan kami. Terasa macam baru semalam aku bergurau dengan dia. Itu tipu! Tapi pemergiannya memang memberi perubahan besar dalam keluarga kami. Mak boleh dikatakan sangat bergantung dengan abah coz she is full time housewife. So, tanpa abah mak patah kaki.

Tanggal 25 Mei 1999, adalah tarikh keramat yang kami sekeluarga akan ingat sampai bila-bila. Bilamana Dia ambil abah dari kehidupan kami. Waktu tu aku form 4. Still young. Aku hampir sukar menerima kenyataan ketiadaan abah lagi dalam hari-hari aku. Takde orang yang akan backing aku bila mak marah aku sebab aku malas mandi. Aku anak bongsu so sangat manja dengan abah. Takde orang lagi akan arah aku untuk picit kaki or pijak belakang sbb abah ada diabetes so hari-hari dia akan mintak aku picit kaki dia. Tapi aku selalu ngelat sebab aku boring duk lama-lama picit kaki abah. Sebab abah takkan kata stop selagi dia tak puas hati. Sekali picit 2 jam. Mana tahan. So aku selalu ngelat. Takde orang lagi yang akan bagi aku duit belanja. Takde orang lagi yang akan buat lawak kat rumah. Ya Allah aku memang sedang rindu dia.  

Dalam family aku, takde lelaki melainkan abah. Aku takde abang, hanya abang ipar. Sebab tula aku rasa sangat kehilangan. Paling menyedihkan bila aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma. Takde abah yang akan menemani aku hanya mak. Aku nangis sebab di waktu itu aku nak kongsi kegembiraan aku dengan abah. Tapi dia takde. Aku sedih bila tengok orang lain datang dengan abah dan mak diorang. Waktu tu, aku rasa sangat down. 1st time aku rasa sangat sedih sampai aku cakap kat mak. "Mak, kalau abah ada mesti dia antara orang yang paling bangga kan mak!" Aku nangis depan mak. Kami nangis sama-sama. Dan itu pertama kali aku berjauhan dengan mak. Tiap-tiap malam aku nangis.

Kali kedua, masa majlis konvo aku. Aku pernah terpikir taknak pegi majlis konvo aku sebab aku tak dapat nak share kejayaan aku dengan abah. Tapi mak pujuk aku. Aku nangis lagi. 

Lepas tu, masa hari perkahwinan aku. Aku la satu-satunya anak yang abah tak walikan. Kakak aku sume abah nikahkan sendiri. Aku nangis lagi. Mak antara yang paling terasa sebab dia kena strong tanpa abah. Selama ni abah yang akan uruskan pegi pasar dan preparation sume tapi kali ni dia kena berdikari sendiri. Aku pasti kalau aku sedih mak lagi sedih. Aku cuba tak menangis pada hari pernikahan aku. Alhamdulillah. Tapi aku nampak genangan air mata mak. Sebab sebelum majlis kami da menangis sama-sama. 

Pemergian abah bagai mimpi bagi kami. Tapi setelah 12 tahun kami semakin menerima kenyataan bahawa hidup mesti diteruskan. Setiap tahun mak sedaya upaya cuba membuat majlis tahlil arwah untuk abah. Semoga abah tenang di sana. Al-Fatihah buat abah Mohd Ghani Bin Sindang. 

2 comments: