CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Haszrylla Forever

Daisypath Anniversary tickers

Lil' Farish turn to 5

Lilypie Fifth Birthday tickers

Wednesday, 23 May 2012

Kisah En Farish & Pusat Sains Negara...


Seronoknya en farish pegi Pusat Sains. Mula-mula en somi berat hati nak melepaskan en farish pegi. But as usual kalo haikal pegi en farish mesti pegi. Reason en somi kesian plak nanti haikal balik citer pasal Pusat Sains en farish diam je sebab tak dapat pegi. Tapi kalo tanya pendapat aku, aku memang no hal. Apa salahnya kalo en farish menambah ilmu pegi Pusat Sains. Sekurang-kurangnya pemikiran dan IQ dia terbuka la sikit kalo dia follow rombongan sekolah tu. Lagipun tempat tu sangat la usefull bagus untuk dia. Tapi en somi lain sikit. Risau la...itulah...inilah....ingat dia sorang je sayang anak...huhuhu...

So, finally keputusan dibuat dan en farish pun pegi la ikut rombongan sekolahnya ke Pusat Sains Negara dengan bayaran RM50.00. Bayaran tu termasuklah makan, minum, aktiviti dalam Pusat Sains, transport dan insurans berkelompok. Masa mula dengar pitam gak mahalnya..kalo bawak sendiri lagi jimat. Tapi bila pikir-pikir balik, biarlah dia amik peluang untuk pegi dengan kawan-kawan sebaya dia. Dengan kawan-kawan maybe lebih seronok dan excited untuk sharing. Macam kita kecik-kecik dulu lah kan. Dengan parents dah selalu keluar, sekali-sekala apa salahnya lepas en farish pegi. Tapi tipulah kalo tak risau. Tawakal jela.

Aku pun telah google Pusat Sains Negara. Tetiba tengok bayaran masuk dia....Murah je sebenarnya. Lain kali nak pegi lagi satu family plak. Last aku pegi Pusat Sains masa aku sekolah dulu. 

Bayaran Masuk
Kategori
Harga seorang (RM)
 Dewasa
6.00
 
 Kanak-kanak (7-12 tahun)
3.00
 
 * Kumpulan Pelajar Sekolah Rendah (termasuk guru)
2.00
 
 * Kumpulan Pelajar Sekolah Menengah (termasuk guru)
3.00
 
 * Kumpulan Dewasa (minimum 10 orang)
5.00
 
 Untuk mendapatkan bayaran masuk bertanda *, tempahan awal adalah diperlukan. Tempahan kumpulan sekolah mesti melalui guru besar sekolah dan mesti diiringi oleh guru sekolah. 
 
Aktiviti-aktiviti pun menarik!! best jugak...ada Demonstrasi Sains, Experiment, Demonstrasi selam skuba...macam-macam lagi lah...kalo nak lebih info sila klik pautan ini. 

Balik je dari Pusat Sains, macam-macam en farish share...kebetulan mulai 1 Mei hingga 31 Julai ada Dinasour Live kat PSN..Lagi havoc la dia bercerita. So, apa lagi jom jalan-jalan.....


Saturday, 19 May 2012

Bahasa buku.....

Questions???? Mesti tertanya² kenapakah? Apakah? jawapannya ialah....En Farish kini sering menggunakan bahasa buku ketika di rumah. Kadang-kadang saya rasa sangat kelakar dan sesekali rasa teruja. Eh kenapa plak aku pun cakap bahasa buku ni. hehehe...Takpela untuk entri kali ini saya akan sedikit skema....Walaubagaimanapun, kadang-kadang rasa pelik tapi bagus jugak nanti senang buat karangan kan...hihihi...

Mulanya aku dengar dia cakap macam tu bila kitorang nak hang out jenjalan, dan aku lebih prefer dia pakai kasut senang nak bergerak. Sambil-sambil dia menyuakan kaki mintak tolong pakaikan kasut seraya dia berkata "Ibu, saya perlukan stokin!!".....Aku terkesima sambil berpandangan dengan en somi. En somi hanya tersenyum dan berkata "Ini penangan sekolah ke ibu?"....hihihi....

Ini hanya sketsa semata-mata...takde kena mengena dengan entri ini...

Kali kedua...masa kitorang makan laksa kat pasar tani...en somi kalo boleh dalam seminggu mesti kepingin makan laksa. Oleh kerana mempunyai isteri yang tak berapa suka masak jadi kitorang akan cari laksa sampai jumpa kat luar. Susah...lidah org utara mesti asyik ngidam nak laksa kedah je. Beza laksa kedah dengan penang ialah laksa penang masam sikit, laksa kedah pedas sikit. Dan en farish juga terikut² lebih banyak lidah  en somi dan pastinya suka makan laksa. Walaupun kepedasan tapi masih berselera makan. Tiba-tiba...."Ibu pedas....saya nak air sejuk!"....Sebagai ibu yang mithali lagi prihatin..Aku pun menyuakan air teh o ais untuk mengurangkan rasa pedasnya.. Selepas meneguk air sejuk tersebut, en farish pun berkata..."Ibu berhasil! dah tak pedas lagi.....".......hehehe....orang yang duduk dimeja sebelah hanya tersenyum sambil berkata...pandainya dia bercakap....macam orang tua....(aku rasa, aku yang tua pun tak cakap macam tu...)

Image Laksa ini sekadar ingin membuat anda mengidam....

Seterusnya, ada sekali tu masa aku tengah sibuk masak kat dapur. En farish jengah ke dapur lalu berkata "Ibu, bau ni indah sekali.....ibu masak apa?".....hahaha....kelakar plak rasanya....



Last but not lease....masa aku beli baju Boboiboy yang kini menjadi kesukaannya....Selepas berterima kasih kat aku sebab telah membelikan baju itu, dia pun berkata..."Ibu, saya sukakannya!!"....


Sesungguhnya, kehadiran en farish dalam hidup kami memang 1 perkara yang sangat membahagiakan. Terima Kasih Allah kerana memberi kami rezki ini. Kami akan bertanggungjawab dengan amanah yang telah Kau berikan kepada kami. Insha Allah....Kasih kami suami isteri sentiasa bersinar dengan kehadiran En Farish. Aku hanya mampu berdoa agar En Farish menjadi anak yang soleh dan sentiasa membanggakan kami serta boleh menjadi contoh dan pelindung kepada adik-adik nanti. Dan aku juga berdoa padaMu Ya Allah agar kami dapat menambah anak lagi....Amin...kepada sesiapa yang sudi membaca entri ini...Doa-doakan lah kami ye...Saya sangat teruja untuk menambah cahaya mata lagi. 

Cutenya.....geram....

Sunday, 13 May 2012

Preparation raya sudah bermula!



Rasanya bulan ni dah kena mula buat persiapan untuk raya...wah puasa dah abis ganti ke nak prepare raya  ni...(untuk pengetahuan semua tahun lepas saya puasa penuh....huhuhu...)mcm anak ramai je buat preparation awal²...hahah...ada aku kesah...prepare awal senang....nanti tak payah pening²...

So, 1stly kena pikir colour theme untuk tahun ni dulu...tengah search² kat internet...ternampak colour ni...

Royal blue



Tetapi kerana memikirkan en somiku yang black sweet itu...so aku tak boleh la syok sendiri ok!...

Beralih pula ke colour ini...tak tahu la colour apakah ini tapi sangat nice...sangat pastel dan simple sekali...ala² skin tone...kurang itu lebih...


 

Colour ini wow terujanya....





Rupa-rupanya ini colour...

Tea rose & salmon...pastel sangat...














So, ini lah colour theme kami nanti.....tak sabar nak cari kain....Ingat nak pergi cari kain kat Jakel la...Nanti saya akan update proses mencari kain plak ye...tungguuuuuuuuuuuuu....



Friday, 20 April 2012

"Magkaribal" @ Astro Bella

Tetiba plak terlayan citer ni....Drama Filipine...layan la jugak daripada aku layan Nada Cinta...Baik aku layan Magkaribal@Rivals ni...suka tengok hero dia macho nyah....


Magjaribal @ Rivals


OMG.....Derek Ramsay
Heroin pun cun....
Arrrrrrrrrr.....


Tangkap cintan dengan citer ni...hari² tertunggu²....






Monday, 9 April 2012

Sape lebih keanak-anakkan??

Kengkadang bila kita dah dapat status Mak & Bapak ni kita kena jadi budak-budak sekali sekala. Kena buat telatah macam anak-anak, perangai macam budak kecik. Yang penting kita dapat buat anak-anak gembira, kita as parent pun enjoy. Hilang penat lelah kerja seharian, tension seharian bila tengok senyuman dan gelak tawa anak-anak.

En somi kengkadang main hide n see dengan en fayish. Berlari-lari, berkejar-kejaran dalam rumah. Pastu en fayish nangis la kalau tak dapat cari. Aku plak kengkadang main bola sepak kat tengah-tengah rumah dengan en fayish. Padahal aku selalu kalau sepak mesti sepak angin. Aku memang kaki bangku ok.. Macam tu lah kitorang melayan hero seorang kat dalam rumah ni. Hilang keayuan aku bila tetiba layan anak main bola sepak...heheh...kelakar plak rasanya. 

Tapi apapun, kitorang tetap taknak kalah ok. Kalau main mesti nak menang gak. Dengan anak pun taknak mengalah ni. hahahah... Sampai menangis en fayish bila dia asyik kalah. Bukan apa kengkadang rasa seronok plak boleh buat en fayish nangis...hehehe...suka menyakat dia....Seronok melayan telatah dia. Buat masa ni belom ada rezki nak menambah. Tapi sedang berusaha ke arah itu. Semoga dimakbulkan Allah. Bukan apa, jeles tengok en somi dukung baby orang lain....huh.....




Makan sepinggan, Minum secawan....

Apakah? Kenapakah? Tetiba ada entri macam ni...actually hari tu ada satu perasaan lain macam bila en somi suruh aku makan bekas pinggan dia. Then, lepas aku abis makan dia plak sambung makan bekas aku. Rasa syahdu dan terharu....wah macam tak biasa plak kan. Orang lain tak heran agaknya. Aku je yang over. Almaklumlah dapat suami yang tak berapa nak menunjukkan sangat romantika di dada. Dah tu bila dia buat perangai pelik aku mula rasa apalah tebiat en somi ni. uhuhuh....Walau apapun, kalau selalu macam ni kan best....

Sunday, 25 March 2012

Haszrylla selepas 5 tahun....

Semalam genap 5 tahun usia perkahwinan kami. Maka berakhirlah satu fasa di mana ada orang kata 5 tahun pertama usia perkahwinan paling banyak onak dan duri. 5 tahun kami memang penuh liku. Susah senang, suka duka, pahit manis, jerit perih dilalui bersama. Gaduh-gaduh manja toksah citer la. Sampai dah naik muak. Tapi berkat sabar dan redha la kami masih bertahan. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Dan dari hari ke hari aku sentiasa sematkan dalam hati untuk jadi isteri solehah untuk en somi dan ibu mithali untuk anak-anak kami. Aku jugak dah semakin matang dalam membuat keputusan untuk masa depan kami dan anak-anak. Anak-anak adalah priority kami. 

Sambutan anniversary kami pun biasa je. Cuma ciuman dan pelukan hangat en somi. hehehe..... jeles x? then di sebelah malam kami kuar hang out makan special kat luar. Takde kek seperti tahun-tahun sebelumnya. Itu pun dah cukup membahagiakan. Tapi hadiah tak fikir lagi nak apa. Tapi sama seperti tahun sebelumnya hadiah untuk en somi combine je dengan birthday dia. huhuhu....As usual....

Semoga perkahwinan kami akan sentiasa disinari bahagia....bahagia...bahagia....dan sentiasa mendapat redhaNya.  Dieratkan lagi hubungan cinta sampai ke Syurga...Insha Allah...Amin....

"Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku,
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu".....