CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 25 March 2012

Haszrylla selepas 5 tahun....

Semalam genap 5 tahun usia perkahwinan kami. Maka berakhirlah satu fasa di mana ada orang kata 5 tahun pertama usia perkahwinan paling banyak onak dan duri. 5 tahun kami memang penuh liku. Susah senang, suka duka, pahit manis, jerit perih dilalui bersama. Gaduh-gaduh manja toksah citer la. Sampai dah naik muak. Tapi berkat sabar dan redha la kami masih bertahan. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Dan dari hari ke hari aku sentiasa sematkan dalam hati untuk jadi isteri solehah untuk en somi dan ibu mithali untuk anak-anak kami. Aku jugak dah semakin matang dalam membuat keputusan untuk masa depan kami dan anak-anak. Anak-anak adalah priority kami. 

Sambutan anniversary kami pun biasa je. Cuma ciuman dan pelukan hangat en somi. hehehe..... jeles x? then di sebelah malam kami kuar hang out makan special kat luar. Takde kek seperti tahun-tahun sebelumnya. Itu pun dah cukup membahagiakan. Tapi hadiah tak fikir lagi nak apa. Tapi sama seperti tahun sebelumnya hadiah untuk en somi combine je dengan birthday dia. huhuhu....As usual....

Semoga perkahwinan kami akan sentiasa disinari bahagia....bahagia...bahagia....dan sentiasa mendapat redhaNya.  Dieratkan lagi hubungan cinta sampai ke Syurga...Insha Allah...Amin....

"Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku,
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu".....


 



Friday 23 March 2012

Happy Birthday.....

Hari ni adalah hari ulang tahun en somi yang ke 29....Happy birthday jugak untuk blog aku yang pertama. Macam tak percaya je dalam masa setahun ni dah banyak perkara dan kenangan pahit manis suka duka dikongsi bersama. Semua yang lahirkan ke dalam blog ni adalah semata-mata cerita-ceriti luahan hati aku. Takde kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah mati.

Berbalik kepada cerita happy birthday en somi tadi. Tahun ni takde surprise. Sebab aku sebenarnya hampir terlupa dengan birthday dia. Kalo dia tau mau merajuk tu. Aku baru teringat a day before 23rd March. Ooooo Emm Jiii....Kelam kabut nak cari kek. Konon nak order cake edible Liverpool tapi kalo order hari ni tapi nak esok mana ada orang nak amik tempahan. Kalo order 3/4 hari awal layan.... Kalo hari ni order esok nak amik Sorry, Not Availlable!, Sorry, Not Free!, Sorry, Fully Order!......aduyai....apo nak buek? Yang adoooo la nampaknya. Kena jugak la beli cake biasa kat Secret Recipy, Bakers Cottage or maybe Baskin Robbin macam last year. Alamak hilanglah elemen surprise. Aduh macam mana la mak boleh careless ni. 

 

 

Last-last admit jela tak sempat nak surprise cake yang best-best kat en somi sebab  takde orang nak amik order last minute. En somi plak kata, "Tak payah beli kek la ibu, abah bukan makan kek sangat..." Tu kata-kata orang merajuk ke ek? Tapi en somi memang kurang makan kek. (sedapkan hati jela...)

Pastu baru tingat hadiah apa nak beli plak ni. Kalo ikut wishlist en somi macam tak mampu je nak beli. Tapi seingat aku wallet dia sizen sangat dan dia ada ngadu wallet dia dah barai. Sandle dia pun dah haus. Aku ada MMS pic wallet jenama Lee. Tapi dia taknak. Dia kata dia dah order wallet Liverpool online kat LFC. Aku ingat aku je beli online dia pun pandai jugak. Takpelah kalo macam tu nanti aku bawak dia pegi kedai pilih sendiri lah sandle. 
 

 

Tulah akhirnya tahun ni takde elemen surprise sebab kealpaan isteri yang hari-hari dream nak jadi solehah tapi benda yang penting dan mudah terlupa plak. Sorry! but i'll promise that next year akan ada Cake Liverpool tepat jam 12.00, 23rd of March 2013. Semoga en somi panjang umur, sihat dan rezki yang melimpah ruah sampai tak tahu nak buat apa.... hehehe...

Friday 16 March 2012

Azura 2012...

Best gak layan cite azura versi baru ni. Terpaku tengok kecantikan dan keayuan Neelofa dalam citer ni. Credite 5 bintang aku bagi. Ayat-ayat dalam cite ni buat aku melt....rrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....Tapi aku tak suka Shahz Jaszle, dia sangat jambu ok tak setanding Jamal Abdillah....

 

Tetiba teringat zaman cintan cintun dulu.... coz en somi memang seorang yang jiwang karat suatu ketika dahulu. Tetapi kini berbeza sikit dek kerana aku telah menjadi hak milik kekalnya maka dia jarang menggunakan ayat yang jiwang-jiwang seperti dulu. Alasannya ala mana boleh cakap selalu nanti  hilang manisnya.... so sabar dan redha jela ek. takpela sayang tak semestinya kena ungkap dengan kata-kata ye tak?...(nak sedapkan hati.....)

Berbalik kepada movie tadi, lakonan Neelofa dalam Azura tak lah kaku sangat, ok la sebagai pendatang baru dan rasanya dia memang deserve untuk bawak watak Azura remake. Sebab dia ada ciri-ciri perempuan melayu yang bukan saja ayu tapi berpendirian dan maruah diri. I like.... Dan aku memang layan dengan ayat-ayat power cite ni. Aku rasa yang paling meninggalkan kesan dalam hati aku ialah bila bapak zack freeze kan account dia....lebih kurang macam ni ayat dia....

"Azura saya tak kisah asalkan awak sentiasa berada di sisi saya"....."Sebagai isteri saya tak boleh berada di sisi awak tapi saya akan sentiasa berada di belakang awak menolak awak ke hadapan"......oh Tuhan....aku cair....

Kalo Azura zaman dulu aku suka ayat Zack. "Azura, Aku tidak pernah termimpi untuk menyintai dirimu tapi suratan takdir telah menemukan kita lalu aku jatuh cinta padamu"..."Akan ku anyam buih-buih di lautan menjadi tali mengikatmu"...hahaha jiwang kan....

Dah 3x aku tengok cite ni dan memang best sangat. Semenjak dua menjak ni aku lebih suka layan cite yang bergenre macam ni daripada cite Hantu Dalam Botol Kicap ke Bujang Terlajak ke. Mungkin faktor umur kot...hehehe...tak...tak..tak...maybe sebab aku dah kawin dan ada anak so aku lebih mendalami citer-citer macam ni sebab dekat dengan hati aku yang sensitif dan empathy....huhuhu...

Kepada yang belum menonton sila-silakan la dan aku rasa citer ni memang best. 

Tuesday 6 March 2012

Tips Hubungan Lebih Ceria...

Rasanya ni dah kali keberapa aku update dalam entri untuk rumahtangga lebih bahagia dan mendapat redhaNya dunia dan akhirat. Tapi tak kira nak citer jugak....huhuhu...Tak salah kan rasanya saling ingat mengingati. Memang from time to time nak jadi lebih baik dari semalam dan semalam dan semalam...Impian nak jadi isteri solehah memang sentiasa terpatri dalam hati...ceh...ceh..ceh...

So jom share....
  1. Ucapan "tolong"dan "terima kasih" dapat menunjukkan kepada pasangan yang anda menghargainya...
  2. Usik punggung pasangan anda sekurang-kurangnya sekali setiap hari....(mak suke ni nyah.....)
  3. Beri ciuman setiap pagi....(yang ni memang wajib kot sebelum pegi kerja even kalo bergaduh tetap cium jugak....tu tips marah cepat sejuk ok....)
  4. Ucapkan salam setiap pagi...
  5. Berpelukan sekurang-kurangnya sehari sekali....
  6. Luangkan masa sekurang-kurangnya satu malam yang berkualiti setiap minggu bersama keluarga. Jangan biar ada yang mengganggu anda.
  7. Sesekali gunakan gelaran manja. Namun, jika digunakan keterlaluan ia mungkin sudah dianggap tidak manja...(Kekadang panggil jugak en somi sayang, dear, darling....sebelah pihak jela sebab en somi kan keras mcam batu....tak kesahla syok sendiri pun syok sendiri jela.... janji rock...tapi aku tau jauh disudut hati dia tu berbunga-bunga jugak kalo aku panggil manja macam tu hehehe....nak sedapkan hati...)
  8. Ambil giliran cuci pinggan. Mungkin boleh buat satu sistem giliran. (macam tau-tau je aku tak suka cuci pinggan....alalala sukanye.....)
  9. Amalkan mendenganr apa yang diluahkan pasangan atau lebih tepat jadilah pendengar yang setia....(aku je yang rajin mendengar....ni memang la...)
  10. Amalkan bersikap jujur walaupun pada perkara-perkara yang mungkin anda kurang selesa.
  11. Jika isteri/suami tidak dapat membuat keputusan tentang di mana untuk makan luar atau filem apa yang mahu ditonton, cuba main '5-3-1'. Caranya seorang buat lima pilihan, pasangannya mengundi keluar dua daripadanya dan yang tinggal itulah tempat dituju....(Interesting.....)
Itulah serba sedikit tips yang boleh dikongsi bersama dan sememangnya menarik. Mesti rumah tangga akan happening. Last week aku baru beli buku ni. Sangat interesting ok. Tapi belom habis baca lagi. Nanti aku review balik citer ni ok. Khas untuk bacaan suami isteri sahaja. hehehe...jeng..jeng...jeng...



Doa Pembuka 12 Pintu...

Ya Allah,
Bukakanlah untukku pint-pintu kebaikan....
Pintu-pintu keselamatan...
Pintu-pintu kesihatan...
Pintu-pintu nikmat...
Pintu-pintu keberkatan...
Pintu-pintu kekuatan...
Pintu-pintu cinta sejati...
Pintu-pintu kasih sayang...
Pintu-pintu rezeki...
Pintu-pintu ilmu...
Pintu-pintu keampunan...
Dan Pintu-pintu syurgaMu....Ya Allah...Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....