CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 25 March 2012

Haszrylla selepas 5 tahun....

Semalam genap 5 tahun usia perkahwinan kami. Maka berakhirlah satu fasa di mana ada orang kata 5 tahun pertama usia perkahwinan paling banyak onak dan duri. 5 tahun kami memang penuh liku. Susah senang, suka duka, pahit manis, jerit perih dilalui bersama. Gaduh-gaduh manja toksah citer la. Sampai dah naik muak. Tapi berkat sabar dan redha la kami masih bertahan. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Dan dari hari ke hari aku sentiasa sematkan dalam hati untuk jadi isteri solehah untuk en somi dan ibu mithali untuk anak-anak kami. Aku jugak dah semakin matang dalam membuat keputusan untuk masa depan kami dan anak-anak. Anak-anak adalah priority kami. 

Sambutan anniversary kami pun biasa je. Cuma ciuman dan pelukan hangat en somi. hehehe..... jeles x? then di sebelah malam kami kuar hang out makan special kat luar. Takde kek seperti tahun-tahun sebelumnya. Itu pun dah cukup membahagiakan. Tapi hadiah tak fikir lagi nak apa. Tapi sama seperti tahun sebelumnya hadiah untuk en somi combine je dengan birthday dia. huhuhu....As usual....

Semoga perkahwinan kami akan sentiasa disinari bahagia....bahagia...bahagia....dan sentiasa mendapat redhaNya.  Dieratkan lagi hubungan cinta sampai ke Syurga...Insha Allah...Amin....

"Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku,
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu".....


 



No comments:

Post a Comment