CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 6 March 2012

Tips Hubungan Lebih Ceria...

Rasanya ni dah kali keberapa aku update dalam entri untuk rumahtangga lebih bahagia dan mendapat redhaNya dunia dan akhirat. Tapi tak kira nak citer jugak....huhuhu...Tak salah kan rasanya saling ingat mengingati. Memang from time to time nak jadi lebih baik dari semalam dan semalam dan semalam...Impian nak jadi isteri solehah memang sentiasa terpatri dalam hati...ceh...ceh..ceh...

So jom share....
  1. Ucapan "tolong"dan "terima kasih" dapat menunjukkan kepada pasangan yang anda menghargainya...
  2. Usik punggung pasangan anda sekurang-kurangnya sekali setiap hari....(mak suke ni nyah.....)
  3. Beri ciuman setiap pagi....(yang ni memang wajib kot sebelum pegi kerja even kalo bergaduh tetap cium jugak....tu tips marah cepat sejuk ok....)
  4. Ucapkan salam setiap pagi...
  5. Berpelukan sekurang-kurangnya sehari sekali....
  6. Luangkan masa sekurang-kurangnya satu malam yang berkualiti setiap minggu bersama keluarga. Jangan biar ada yang mengganggu anda.
  7. Sesekali gunakan gelaran manja. Namun, jika digunakan keterlaluan ia mungkin sudah dianggap tidak manja...(Kekadang panggil jugak en somi sayang, dear, darling....sebelah pihak jela sebab en somi kan keras mcam batu....tak kesahla syok sendiri pun syok sendiri jela.... janji rock...tapi aku tau jauh disudut hati dia tu berbunga-bunga jugak kalo aku panggil manja macam tu hehehe....nak sedapkan hati...)
  8. Ambil giliran cuci pinggan. Mungkin boleh buat satu sistem giliran. (macam tau-tau je aku tak suka cuci pinggan....alalala sukanye.....)
  9. Amalkan mendenganr apa yang diluahkan pasangan atau lebih tepat jadilah pendengar yang setia....(aku je yang rajin mendengar....ni memang la...)
  10. Amalkan bersikap jujur walaupun pada perkara-perkara yang mungkin anda kurang selesa.
  11. Jika isteri/suami tidak dapat membuat keputusan tentang di mana untuk makan luar atau filem apa yang mahu ditonton, cuba main '5-3-1'. Caranya seorang buat lima pilihan, pasangannya mengundi keluar dua daripadanya dan yang tinggal itulah tempat dituju....(Interesting.....)
Itulah serba sedikit tips yang boleh dikongsi bersama dan sememangnya menarik. Mesti rumah tangga akan happening. Last week aku baru beli buku ni. Sangat interesting ok. Tapi belom habis baca lagi. Nanti aku review balik citer ni ok. Khas untuk bacaan suami isteri sahaja. hehehe...jeng..jeng...jeng...



No comments:

Post a Comment