CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 8 May 2014

Meski ku rapuh!

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak kongsi sesuatu yang sangat menyentuh hati saya.  Saya sedar selama ini saya telah melakukan kesilapan akibat sombong dan ego dengan kata-kata sendiri. Akhirnya, memakan diri saya sendiri.

Sebenarnya, pagi-pagi ni saya terfikir nak google benda lain tapi entah macam mana, link lain yang keluar dan tetiba instinct nak baca 1 blog ni, http://ilovemyfiance.blogspot.com/2012/11/7-weeks-loving-it.html#links

Apa yang berlaku pada blogger ni seolah-olah hampir sama dengan situasi saya. Mari saya share kan kepada anda semua. Mungkin boleh jadi tauladan dan ikhtibar untuk kita semua. Terutamanya saya.


Wednesday, November 14, 2012

7 Weeks & Loving It!

Harini adalah takde mood teramat nak buat keje... Smalam cuti, esok 
dan esok2 cuti buatkan aku rasa malas langsung nak melayan codings 
hari ni. Setakat memandang sepi je la n menghitung jam nak pulang..

Sebenarnya apdet blog sbb nak bagitau aku dah peknen!!! Haa tudiaaa 
terus melompat ke topik utama. Hahaaaa mmg tak sangka2 langsung..
 Sampai terpk, entah2 takde peluang nak merasa pengalaman pregnant tu. 
Yelah we never know kan... Tapi tiba2, kchinggg dapat 2 lines 
after lewat seminggu. Sebelum ni dah bnyk kali tertipu sal period 
lewat ni.. Skali kali ni melekat. Terkedu mak jemah pegi bagitau 
incik sayang dapat 2 pink lines.. Rasa cam satu achievement 
plak.. Muakakaa...

Incik sayang lagi best, reaction dia muke dah tersenyum lebarrr ni
 tapi takde bunyik, after some time baru 'yeayyyyyy!' Hihi 
priceless... Tapi pastu dia belikan lagi 2 test kits laa sbb nak 
konfemkan btol tak peknen, dan semuanya dpt 2 lines.. :D

Dalam seminggu b4 that baru melepas perasaan kat fb, ckp sal 
tensen melayan sorang kawan yg stiap kali msg mesti tanye 
dah peknen ke belum.. macamkan takde soalan lain dah. Stress 
gua.. Pastu ada sembang2 dengan teamlead yg berpengalaman
 menunggu 7 tahun nak dapat anak, 4 kali keguguran.. Dia kata, 
bila kita tak dapat baby, mungkin jugak ujian ni bukan untuk 
kita sahaja, mungkin jugak ujian untuk orang yang dah ada baby, 
tengok diorang riak tak dengan nikmat yang diorang ada. Maklumlah 
dia dapat apa yg kita takde.. Dan ramai kawan dia yg after 1st 
baby, dah susah dapat 2nd baby.. Masing2 ada ujian sendiri,
 jadi tak perlulah nak bermegah dgn apa2 nikmat yg kita 
rasa kita ada.. Syukur sudah..

Dulu teamlead aku kata dia pon cam aku, rasa tak ready nk 
ada baby, dan mungkin ada kata2 yg kita cakap yg menampakkan 
kita sombong dengan nikmat Allah...

Dia kata dulu dia slalu pk, "Berdua pon ok je kot, takde 
baby pon ok je.." Exactly macam apa yg aku pernah pk! Aku 
nih bukan jenis terlalu suka budak2, dan rasa cepat annoyed 
dengan budak yang mengada2, rasa macam maternal instinct tu 
kurang.. Teamlead aku pon cakap dia dulu macam tu, last2 
"Haa amekkk kau 7 tahun baru dapat anak..", 
kata beliau sendiri. 

Sooo, malam tu after work, teamlead aku tinggalkan aku dengan 
satu perasaan yg sungguh lega dapat share such things dengan
 orang lain yang ada pengalaman lambat dapat baby ni, dan dalam 
masa yg sama buat aku muhasabah diri aku giler2... Aku mula terpk, 
entah2 btol aku dah berbunyi riak dalam ayat aku before this.. Aku
 pk balik apa yg aku pernah bagitau orang. Yang paling aku ingat 
aku mmg cakap aku belum ready financially untuk ada baby. 
Manjangnye tak ready... Padahal aku lupe baby tu rezeki yang 
Allah nak bagi, bukan bleh main dapat camtu je... Aku plak eh 
main nak tanak plak dia.. Nak ikut timing sendiri. So aku rasa 
aku dihukum sebab tu... 

Baru2 ni bile aku bagitau incik sayang, "Yanggg... Kita 
dapat baby exactly 2 tahun lepas kite kawen.." Incik 
sayang cakap, "Hah! Exactly mcm yyg penah cakap 
dulu, nak ada baby lepas setahun dua kawen...", ya 
Allah aku ingat tak ingat je aku penah ckp camtu... Mmg apa yg
 dapat tu sebenarnye apa yg kita sendiri mintak sebenarnya..

Dalam kereta lepas Maghrib on the way balik umah dari kantor,
 lepas sembang dengan teamlead tu, aku nanges mengadu dengan 
Dia.. Aku tak suke bile orang rekemen itu ini untuk dapat baby,
 especially bila aku tak mintak khidmat nasihat dorang, bagi aku 
benda first yg aku kena buat adalah perbaiki hubungan aku
 dengan Allah... Ya Allah I've learnt my lesson... Aku mintak 
ampun kalau ada kata2 aku yg menampakkan aku sombong, 
tapi sesungguhnya mmg aku tak berniat nak sombong...
 Kata2 tu lahir sbb aku rasa terlalu takut tak mampu dalam 
bnyk perkara especially financial, takut sampai tahap nak ke
 klinik baby sakit tak cukup duit, things like that... Aku taknak
baby aku susah.. Skang aku masih takut tak mampu semua
 tu tapi aku nak jugak ada baby. The rest serahkan dalam 
tangan Allah. Aku mohon ampun kalau sebab kata2 aku 
aku dihukum camni, tapi kurniakanlah zuriat kepadaku, sebab 
aku tahu aku manusia lemah yang boleh tersilap dalam 
setiap tindak tanduk dan perbuatan, alangkan perempuan yg 
kelihatan tak layak nak ada baby pon Kau kurniakan baby, macam 
perempuan2 yg buang bayi dari tingkat atas bangunan, aku
 bukan seperti mereka ya Allah.. Jadi ampunkanlah aku..

Allah mmg Maha Mendengar... Mmg aku preknen tak lama lepas
 session one to one aku dengan Allah tu... Aku bukan tak pernah
 mohon ampun n solat taubat n solat hajat, tapi aku rasa maybe
 aku tak all out mintak ampun n mintak zuriat before this kot.. 
Aku mintak tapi aku tak sure betul ke aku nak baby? Itu 
yang Allah tak bagi lagi..

So... Skang ni aku harap baby sihat sampai lahir pastu 
dipanjangkan umur dia... Tak sabar giler rasanya nak 
menimang beliau.. :D Doakan aku dapat twin! Teringin 
gilerrrrr... Tapi kalau tak dapat pon takpe, redha aja.
 Dapat peknen pon dah cukup bersyukur dah 
ni huhuuuu....

Oklah... Nnt sambung cerita2 lagi.. See ya later 
alligata! ♥

Firstly, mohon maaf kepada blogger ni sebab share benda ni di blog saya pula. Tapi, apa yang menyentuh hati saya tarikh blog ni adalah tarikh hari lahir saya 14 Nov, dan pada tahun 2012 adalah tahun yang sebenarnya saya dah bersedia untuk pregnant semula selepas Farish sudah berusia 5 tahun. Tetapi sehingga ke hari ini masih belum nampak tanda-tanda pregnant. 

Saya baru sedar yang sebelum ini saya pernah takbur mengatakan saya hanya nak seorang sahaja cahaya mata kerana memikirkan sukar dan sakitnya sakit bersalin tanpa saya sedar betapa indah dan bahagia menjadi seorang ibu. Tatkala menulis ni pun, air mata saya masih lagi mengalir memikirkan adakah peluang untuk saya mengandung lagi.  Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Apapun, saya berserah kepada Allah. Saya percaya bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya vice versa. Saya juga sedar mulut saya selalu meminta nak baby lagi, tapi saya tak pernah berdoa dan meminta kepadaNya one-to-one.  Dan kadang-kadang ada perasaan tak sure dan tak all out bila berdoa. 

Semua yang berlaku hari ini seolah-olah permulaan untuk saya. Pertama sekali muhasabah diri dan perbetulkan diri saya dulu. Terus berdoa dan jangan berhenti berdoa kepada Dia yang Maha Mendengar.




Wednesday 5 February 2014

Make over....

Assalamualaikum...

Terajin pula rasanya dalam seminggu ni dua kali update blog.  Sebab-sebabnya, pertama kerja di Jabatan baru ni saya kurang sibuk berbanding di Jabatan lama. Kedua, sekarang masih dalam mood cuti semester. Ketiga, minggu ni rutin ambil anak dari sekolah telah diambil alih oleh en somi. Minggu depan akan sibuk semula dengan rutin harian.

Balik kepada tajuk utama. Make over! Bukan nak make over penampilan diri tapi saya nak make over rumah saya. Baiti Jannati. Saya memang seorang yang cepat jemu tengok dekorasi rumah yang sama. Dalam tak sempat saya akan cuba untuk menukar aksesori-aksesori rumah yang ringkas untuk menampakkan kelainan. Tukar bunga, tukar cushion cover, tukar pasu, alih susunan perabot. Saya suka bila saya balik rumah, rasa bahagia tengok rumah. Bak kata farish. Rasa sungguh indah sekali! (Jangan pelik sebab bahasa Farish memang bahasa buku). 

So, perkara pertama untuk make over rumah ialah tukar cat dinding. Sekarang ni rumah saya warna ini! 

Warna Kayu Jati (tapi ini bukan rumah saya ye!)

Saya cadang nak make over macam ni... Stripe wall.
Cantik kan? Nanti lepas make over saya akan kongsikan gambarnya. Mari kita tengok contoh-contoh lain pula. 




















Sekian.

Monday 3 February 2014

New Calendar

Assalamualaikum kepada pembaca yang tertunggu entri saya (hihi ada ke?)...

Rasanya macam 6 bulan sekali pula masa terluang yang ada untuk saya menulis di sini. Hanya ada masa terluang update latest story di WeChat dan Instagram sahaja. Maklumlah semua orang sentiasa ada gajet di tangan. Seperti tidak sempurna hidup tanpa gajet disisi. Huhu...

Seperti juga semua, tahun baru seringkali dikaitkan dengan azam baru. Saya juga tidak terlepas menyenaraikan apa azam saya di tahun 2014 ini. Apa yang pasti setiap azam haruslah diselangi dengan usaha supaya azam dapat dicapai dengan jayanya. Insha Allah dengan izinNya.

Tahun ini juga bermulalah episod saya sebagai ibu yang menguruskan anak sekolah. Farish sudah darjah 1. Jadi rutin saya telah bertambah dan tanggungjawab saya sebagai ibu semakin berat. Sebagai ibu, haruslah saya inginkan yang terbaik untuk pelajaran anak saya. Farish adalah madu dan racun dalam hidup saya. Satu-satunya zuriat yang saya ada. Amanah Allah yang tidak terhingga yang tidak boleh disia-siakan. Saya dan En somi berusaha memberikan yang terbaik untuk dia. Sementara kami belum dikurnikan cahaya mata lain, dia dapat 100% kasih sayang kami tanpa berbelah bahagi. Mungkin ada hikmahnya kenapa kami masih belum dikurniakan rezeki itu lagi. Hanya Dia yang maha mengetahui.

Diam tak diam saya juga telah tamat 2 semester pengajian saya. Cepat sungguh masa berlalu. Seronok menjalani kehidupan sebagai student semula. Even penat manage masa. Tetiba teringat zaman study Dip dulu. Dulu masa muda belia banyak sangat mainnya. Berbeza sangat rasanya. Sekarang ni lebih bersungguh-sungguh. Faktor umur dan kematangan agaknya. Hihi.

Tambahan tahun 2013 banyak meninggalkan kenangan pahit manis. Antaranya Ibu mertuaku yang telah kembali kerahmatullah pada 11 November lepas akibat Kanser Usus. Sedih bila teringatkan beliau. Semacam tak percaya orang yang nampak sihat dan mengamalkan cara hidup sihat pergi dalam usia muda. Ajal dan maut telah ditentukanNya. Sebagai hambaNya kita kena senantiasa topup dan topup amalan kita sebagai bekalan di sana nanti. Semoga roh ibu mertuaku ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Di bawah adalah antara gambar yang sempat di snap sepanjang 6 bulan tak update story. Boring kalau asyik bercerita je kan. 



                                                                                                                                                                           
Hari Orientasi Darjah 1 Sek Keb Putrajaya Presint 18 (1)



Minggu pertama persekolahan

Rutin selepas ini

Kelahiran anak buah ke19 - Muhammad Iman Taufiq

Anak buah ke20 - Ahmad Aliff Zariff


Farish's Birthday Celebration kat sekolah

Lakonan drama mandarin utk subjek mandarin....

Sehingga berjumpa lagi.....(selfie sangattt)