CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 20 September 2013

Setelah 6 bulan menyepi....

Assalamualaikum...

Ya!. Sudah 6 bulan saya menyepikan diri. Kalau pregnant ertinya lagi 3 bulan saya akan melahirkan. Unfortunately, Allah belum beri saya rezeki itu. Dan kami masih berusaha ke arah itu. Dia sahaja yang maha mengetahui kenapa masih belum ada tanda-tanda saya hamil. Saya harap kepada yang terbaca blog ini doa-doakan la saya ya...

Dalam tempoh 6 bulan ni macam-macam perkara berlaku. Antaranya saya sibuk menelaah buku. Yelah selepas bergelar student saya harus pandai membahagikan masa sebaiknya. Bukan mudah untuk bergelar isteri + ibu + bekerja + belajar dalam masa yang sama.  Jika saya sudah tekad untuk belajar saya harus harunginya walaupun berliku. Puitis kan bahasa saya sejak dapat title student ni. Hihi. Well....

Instead, saya sangat bersyukur dikurnikan en somi yang sangat memahami erti penat saya dan sentiasa menyokong saya. Dia sentiasa berada dibelakang saya menolak saya ke hadapan. Terima kasih suamiku. 

Keduanya, saya telah bertukar ke jabatan baru. Bukan kerana kenaikan pangkat tapi sengaja hendak bertukar angin. Pada saya setiap orang perlu berani untuk berubah. Instead bila kita lama dalam satu-satu jabatan dan kita sudah pioneer dalam segala hal, kita take for granted dan akan sering buat mistake. So, why not kita berubah kalau itu yang terbaik untuk kerjaya, instead of kita dapat belajar benda baru, menimba pengalaman baru dan menambah kawan kan? Jadi bermulalah langkah saya di tempat baru. Terima kasih kepada team baru saya kerana menerima kehadiran saya. Bersyukur juga dikurniakan bos yang sangat baik.

Ketiganya, sekarang en farish my lil' son sudah pandai membaca. Saya sangat teruja sekali. Oleh itu saya telah membuat schedule untuk dia dan memastikan dia disiplin dengan schedule ini. Terima kasih kepada semua teacher especially teacher reena dan fatin atas jasa kalian. Walaupun ada guru yang mengajar di sekolah secara rutin tetapi kita jangan lupa untuk melihat perkembangan akademik anak kita di rumah. 

Itulah sedikit sebanyak yang saya buat dalam tempoh 6 bulan menyepi ini. Esok akan bermulalah semester baru untuk saya. Saya akan kembali sibuk. Semoga saya berkesempatan lagi untuk menjenguk dan menulis di sini.  








Thursday 7 March 2013

Asyraf's Solemnization & Reception Day..

Assalamualaikum..

Wowww tajuk... omputih sangat... mentang-mentang la semester ni amik subject English Proficiency... nak jugak ada unsur-unsur omputih.

Hari ini nak share sikit my inlaw punya wedding last month. Hazwan Asyraf. Actually, dia ni dah melangkah bendul kakak dia. Anak lelaki mak mertua aku ni cepat laku rupanya. So, sempena majlis dia ni kitorang laki bini kenalah amik cuti panjang. Balik awal dari pengantin. Almaklumlah aku ni ala-ala menantu yang diberi tanggungjawab mengendalikan hal ehwal kecantikan, kekemasan dan gubahan (sambil meletakkan tangan dibahu sambil mencebik).... so, since 2 hari sebelum wedding aku dah mula menyibukkan diri. Penatnya Tuhan je yang tau. Sampai demam-demam aku.  Apa-apa pun tak nak cerita panjang marilah saksikan sendiri hasil shoot en somi aku pada majlis kenduri tu. Jom layan!!!



Debaran dah mula terasa....

Ha nanti dah kawin jangan lupa bagi nafkah!...hihi...


Aku terima nikahnya.......


Alhamdulillah....bermulanya sebuah tanggungjawab...

Akhirnya pegangan yang halal...

Saksikanlah wahai dunia....hihi...


Their siblings n MIL..

Like!!!

Nice pelamin....

Pengantin baru &  lama.....

Sebahagian dari hantaran yang berjaya aku gubah...


Nice....


Selamat Pengantin Baru Asyraf & Amrina....


In Zamrud theme...
Our Biggggg Family....

Like again!

Sis In Law....Pas ni both of u plak....

Adik beradik lelaki....

We in Pink!!! Sweet nya En Hasrul Azmal in pink... hihi...

Hazrul Azizi's Family...

Pengantin perempuan orang sini....

Sempat lagi shoot kat Gua Sami, Perlis


Bad Mood! Tak nak pandang camera....

Nice picture... macam tengah bergaduh plak... credite en somi...

On Samsung...


From Bride to Groom....


 Ok that's all.


XOXO,
Nur Larra...

Monday 18 February 2013

Mendaftar sebagai student....

Assalamualaikum....aloha....

Last week adalah registration day aku as student di UiTM.  Nervous. Macam mana agaknya nanti life aku bergelar student.  Pagi-pagi dah gerak dari rumah ke Dewan Seri Budiman, UiTM untuk mendaftar. En somi terpaksa bwk en farish ke ofisnya instead of aku pergi mendaftar. En farish pelik nape plak aku bersiap-siap macam nak pegi ofis. I told him that hari dia cuti aku pulak akan pergi sekolah. huhu.  

Masa register agak ramai jugak yang mendaftar. Tercari-cari jugak kelibat pra-student yang amik course yang sama.  Tapi tanya-tanya course finance, sains pentadbiran. But at last jumpa jugak masa kat kaunter bertemu dan beramas mesra mendengar taklimat KPP/Koordinator program Office Management.  Tapi semua muda-muda belia. Alamak takde ke yang sebaya ni. Nampak sangat dah tua kertu baru nak study.  Entah kepala ni masih boleh menghafal ke tak macam dulu.  Hopefully everything gonna be ok. 

So sekarang ni aku dah mula menjinak-jinakkan diri ke library.  Nasib baik dekat dengan rumah aku ni ada library, so senang la aku nak mencari bahan rujukan nanti. Tapi kemudahan buku kat library ni agak limited. Buku tak banyak sangat, ruang belajar pun sempit. 

So, kat rumah aku dah mula mengubahsuai perabot. Meja belajar yang kat bilik belakang aku dah ubah ke master bedroom supaya mudah aku nak bangun malam study. Semangat tengah membuak-buak kot. Hopefully 1st sem ni aku tak alpa dan leka.  Korang doa-doakan la aku ye.  Dapat menghabiskan semua sem perfect dengan jayanya. hihi. Ok update later.


xoxo,
Nur Larra


Sunday 27 January 2013

1st update in 2013

Assalamualaikum...

Setelah lama tidak mengupdate.  A lot of new things happen to me. Cewah speaking London la plak. Alhamdulillah dari hari ke hari hidup semakin baik. Selari dengan kematangan aku. Ya aku dapat rasakan hasil dari ujian dan dugaan yang Allah bagi aku semakin matang. Oh ye kenapa da lama aku tak update then tetiba update?? Semangat tetiba datang nak update sbb smlm tgk cite Istanbul Aku Datang. Best giler that film. Suka sgt tgk Lisa Surihani. Cutezzzz....5 star aku bagi. Credite utk itu citer. Kalo nak tau apa synchronize nya aku update dengan itu citer, korang kenala layan citer tu ok...

Berbalik kpd citer pasal aku. Tahun 2013. Apa lagi yg akan bertambah umur la. Tahun ni aku da 3 series ok. OMG macam tak percaya. Banyak benda yang tak dapat aku penuhi lagi tahun lepas. Setahun berlalu sekejap sangat. Diam tak diam En Fayish da mula his pre-school. New school. New environment. Little Caliph. Nampak dia enjoy pegi sekolah baru. 

Tahun ni jugak aku akan mula sibuk sebagai student jugak. Alhamdulillah aku berjaya menyambung pengajian yang sememangnya menjadi salah satu daripada agenda dan azam aku di tahun 2013 ni. Aku ditawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat. Hopefully aku dapat membahagikan masa aku dengan baik sebagai ibu, student dan pekerja. 

Semoga tahun 2013 ni aku akan lebih rajin update blog ok. See u then.


xoxo,
Nur Larra....

p/s : hihi...