Was born in Kuala Lumpur & brought up in Selayang Baru. Sensitive, emphathy & conscientious person. A good listener but quiet. Loves home decorating. But right now i am just a blogger.
Sedang berusaha menghafal surah ini....Tahun-tahun sebelum ni tak pernah nak buat Solat Tarawih kat rumah...Melainkan kalau pergi surau or masjid...kalau tak pergi, tak solat tarawih lah gamaknya. Dan apabila usia semakin meningkat barulah datang kesedaran diri.
Sebelum tu masih belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat islam (especially yang sudi membaca blog ini)...Sekejap je masa berlalu hari ini sudah 15 hari umat islam menyambut Ramadhan....
Sambil-sambil saya berusaha menghafal surah ni, saya cuba memahami apa yang ingin disampaikan dalam surah ni. Rasa syahdu tiba-tiba dan meremang bulu roma membaca terjemahan surah ni yang saya print dalam internet (sekarang ni semua dhujung jari...tinggal rajin dan malas je...asyik tengok Izyan, Oh Bulan, Zalora, Beautiful Nara, sekali-sekala google la perkara-perkara yg baik kan...asyik duniawi je...)..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
Bertasbihlah mensucikan Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan);
Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadianNya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;
Dan telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
Dan yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak;
Kemudian ia menjadikan (tumbuhan-tumbuhan yang menghijau) itu kering (berubah warnya) kehitam-hitaman;
Sentiasa menjadikan engkau (Wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran), sehingga engkau (menghafaznya) dan tidak lupa;
Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan, sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku) dan yang tersembunyi;
Dan tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan sesuatu perkara) Agama yang mudah diterima akal yang sihat;
Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya;
Dialah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya);
Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang;
Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh);
Dan menyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan solat (dengan khusyuk);
Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demukian, bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal;
Sesunguhnya ini ada disebutkan di dalam Kitab-kitab yang terdahulu;
Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
Amin.
Subhanallah....sebagai manusia kita selalu lalai....dan selalu mengejar duniawi....Wallahua'lam...
Last week aku follow kursus Bacalah Anakku anjuran ReadNetwork & Cendekiawan Educare...Kursus ini sangat bagus untuk parents mengajar anak cepat membaca....Kursus asas ni adalah kursus kaedah mengajar membaca melalui pendekatan fonetik (bunyi dalam bahasa pertuturan)...Menarik..Walaupun kita hantar anak kita kat sekolah, as parents kita kena pantau jugak anak kita kat rumah. At least bila balik apa yang cikgu ajar kita boleh repeat & review balik kat rumah....
Ramai jugak yang mendaftar untuk kursus ni...Mungkin sebab bayarannya murah...RM10 sahaja...
A Step Ahead....
Masa aku pergi kursus ni ada beberapa fakta yang sangat menarik antaranya :
Anak-anak tidak diajar mengeja....(macam masa kita sekolah dulu...M +A + M + A = MAMA), tapi diajar dengan cara mengajar bunyi (mmm + aaa + mmm + aaa = MAMA)..
Teknik asosiasi adalah teknik yang mengaitkan satu AKSI yang dapat dilakonkan sambil membunyikan bunyi yang relevan dengan bunyi huruf yang hendak diajar. Contohnya huruf A, dikaitkan dengan aksi terkena air panas sambil menyebut 'aaa"....huruf S, dikaitkan dengan bunyi ular 'ssssss'...etc
Kanak-kanak hanya boleh membunyi huruf tetapi tidak mengenal huruf (So, jangan marah anak kalo dia tak kenal huruf tetapi dia membunyi huruf)..Tengokla video dibawah....
Lagu ni bagus bagi anak senang nak ingat...
So, apalagi marilah kita ajar membaca kaedah baru ni...Kaedah ni boleh diajar start umur dia 3 tahun...
Beberapa tips pelaksanaan yang dikongsi antaranya :
Masa : 2-3 minit saja setiap kali mengajar, berhenti sebelum jemu...(anak-anak hnya boleh fokus dalam jangka masa ini sahaja)
Kekerapan : 2-3 kali sehari
Suasana : Mesti tenang & rileks tanpa paksaan
Pendekatan : Belajar sambil bermain
Ok...jom mengajar anak sendiri membaca....Untuk maklumat lanjut / Nak involve kursus, sila klik disini...ReadNetwork
Rasanya ni dah kali keberapa aku update dalam entri untuk rumahtangga lebih bahagia dan mendapat redhaNya dunia dan akhirat. Tapi tak kira nak citer jugak....huhuhu...Tak salah kan rasanya saling ingat mengingati. Memang from time to time nak jadi lebih baik dari semalam dan semalam dan semalam...Impian nak jadi isteri solehah memang sentiasa terpatri dalam hati...ceh...ceh..ceh...
So jom share....
Ucapan "tolong"dan "terima kasih" dapat menunjukkan kepada pasangan yang anda menghargainya...
Usik punggung pasangan anda sekurang-kurangnya sekali setiap hari....(mak suke ni nyah.....)
Beri ciuman setiap pagi....(yang ni memang wajib kot sebelum pegi kerja even kalo bergaduh tetap cium jugak....tu tips marah cepat sejuk ok....)
Ucapkan salam setiap pagi...
Berpelukan sekurang-kurangnya sehari sekali....
Luangkan masa sekurang-kurangnya satu malam yang berkualiti setiap minggu bersama keluarga. Jangan biar ada yang mengganggu anda.
Sesekali gunakan gelaran manja. Namun, jika digunakan keterlaluan ia mungkin sudah dianggap tidak manja...(Kekadang panggil jugak en somi sayang, dear, darling....sebelah pihak jela sebab en somi kan keras mcam batu....tak kesahla syok sendiri pun syok sendiri jela.... janji rock...tapi aku tau jauh disudut hati dia tu berbunga-bunga jugak kalo aku panggil manja macam tu hehehe....nak sedapkan hati...)
Ambil giliran cuci pinggan. Mungkin boleh buat satu sistem giliran. (macam tau-tau je aku tak suka cuci pinggan....alalala sukanye.....)
Amalkan mendenganr apa yang diluahkan pasangan atau lebih tepat jadilah pendengar yang setia....(aku je yang rajin mendengar....ni memang la...)
Amalkan bersikap jujur walaupun pada perkara-perkara yang mungkin anda kurang selesa.
Jika isteri/suami tidak dapat membuat keputusan tentang di mana untuk makan luar atau filem apa yang mahu ditonton, cuba main '5-3-1'. Caranya seorang buat lima pilihan, pasangannya mengundi keluar dua daripadanya dan yang tinggal itulah tempat dituju....(Interesting.....)
Itulah serba sedikit tips yang boleh dikongsi bersama dan sememangnya menarik. Mesti rumah tangga akan happening. Last week aku baru beli buku ni. Sangat interesting ok. Tapi belom habis baca lagi. Nanti aku review balik citer ni ok. Khas untuk bacaan suami isteri sahaja. hehehe...jeng..jeng...jeng...
Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikkan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah:
Seks mengurangkan tekanan
Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah.
Seks meninggikan Immuniti badan
Aktiviti seksual yang bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain.
Seks membakar lemak
Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US.
Seks menguatkan kesihatan jantung
Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya.
Seks meninggikan Self-Esteem
Seks meninggikan ‘Self esteem”. Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita merasa lebih bangga terhadap diri sendiri.
Seks membuatkan kita lebih menyayangi
Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil “love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi.
Seks mengurangkan sakit
Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda.
Seks mengurangkan risiko kanser Prostat
Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International.
Seks menguatkan otot pelvis
Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti.
Seks membuat anda tidur lebih lena
Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian.
Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
Hari ni kita buat maraton ek memandangkan telah sekian lama blog ni bersawang. Sekali update 2 entri. huhuuhu...
Last week baca kat dalam paper pasal pengakhiran dunia pada tahun 2012. Gerun kan? Betul tak betul wallahu a'lam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui bilakah masanya Dunia akan kiamat. Tengok balik kronologi golongan mat salleh ni sangat taksub meramal bila dunia akan kiamat. Termasuklah menghasilkan filem tentang kiamat yang diramal terjadi pada tahun 2012. Terasa diri terlalu kecil untuk melalui hari itu. Sebagai manusia yang daif sentiasalah berusaha topup dan topup amal sementara masa masih ada. Dan janganlah terlalu obses dengan tarikh-tarikh dan ramalan manusia yang belum pasti.
Just nak share something yg aku baca dalam paper hari ni yang aku kira boleh dijadikan amalan kepada yang bergelar perempuan tak kira perawan ataupun mak orang....hehehe...
1. Bangkit bersambut
Sebelum tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Bila nak bangkit dari tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan. (kalo teringat masa bangun pagi tu buatlah ek, tapi kalo da terbangun tak payah la baring balik & ulang macam kita baru bangun tido plak ek)...
2. Wajah suci
Bila bangun pagi elakkan dari mencuci muka menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan tuala. Biarkan air itu kering sendiri. Jika ambil wuduk pun, tak perlulah mengelap muka dengan tuala. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.(Anita Sarawak pun amik wuduk sebab tu muka dia tak berkedut, mana ada dia pakai botox pun...)
3. Ombak besar
Apabila mandi terutamanya diawal pagi, pancurkan air shower ke atas kedua-dua payudara agar sentiasa subur dan segar serta tidak mudah jatuh. Elakkan juga dari meniarap di atas lantai kerana ia akan mengendurkan payudara. (kalo takde shower macam mana ek?.....)
4. Taman semerbak
Amalkan makan makanan seperti ulam-ulaman sejak dari perawan. Nafas dan badan akan menjadi wangi. (Janganlah makan bunga ros plak ek....)
5. Lubang jarum
Latih otot penahan kencing. Kemut berulang-ulang. Jadikan amalan setiap hari. (Janganlah sampai tak kencing plak duk asyik tahan je...nanti kena batu karang plak...)
6. Bunting padi
Biasakan mengurut pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan labu betis. Lakukan selalu kerana ini baik untuk mempertingkat prestasi kepekaan rasa apabila bersama dengan suami. (hanya sang suami yang tahu...ssshhhhh....)
Hari tu aku stop kat favourite menantu kan. Hari ni nak sambung pasal biras plak. Hubungan dengan biras pun sedikit sebanyak memberi impact jugak dalam konflik mertua vs menantu ni. Biras bawak mulut pun boleh jadi punca hubungan mertua & menantu tak ok jugak. Ada biras yang jeles bila mak mertua lebih sayang menantu lagi satu than dia. Macam-macam kan? Duniawi ni memang penuh dengan drama la. Hubungan aku dengan biras aku pun ok. Maybe sebab kita sama-sama orang luar, bukan orang utara boleh lah sekepala. Part ni pun Alhamdulillah….
Pokoknya sebagai menantu kenalah balance janganlah sampai boleh mengecikkan hati mertua. Kalo dia terluka or kecik hati berdosa tau. Hubungan mak & anak lelaki memang tak akan putus even dah ada isteri. Tak kemana pun perginya suami kita tu. Mengalah lah sekejap sementara ada. Asalkan suami adil dan pandai ambil hati kita jugak. Alah bias tegal biasa. Lagipun bukan duduk serumah pun kan? Aku pun mengingatkan diri aku jugak as Menantu. Kalo menantu lelaki takde hal sangat.
Ha citer pasal menantu dan mertua duk serumah ni. Ni 1 lagi benda yang boleh dikatakan bahaya jugak. Even macam mana baik pun hubungan antara mertua dan menantu adalah lebih baik jangan duduk serumah. Melainkanlah kalo mertua kita dah tak larat dan takde siapa nak jaga. Tapi kalo saje suka-suka nak duduk serumah tak payah lah kot. Nanti akan banyak hati yang terluka. Kalo tak mertua, menantu yang terluka. Susah kan. Nanti kesian suami tersepit antara sayang isteri dan kasih kat mak. So, better is jangan duduk serumah untuk mengelakkan ada yang terluka. Huhuh..
So, the conclusion is hormati lah mertua kita seperti mana kita hormat pada mak & ayah kita. ceh...ceh...ceh...husband yang paling memainkan peranan yang sangat besar dalam rumah tangga dan berusaha untuk menangani konflik antara mertua dan menantu. Tak sepatutnya ada konflik sebab mak tetap mak, isteri tetap isteri. Mestilah fair n square.
Ok sampai sini je la kisah Mertua vs Menantu. Takde lagi dah....Kalo ada sesape yang sudi untuk berkongsi, sudi-sudikan lah....
Sambung balik citer pasal mertua vs menantu ok.. idea tengah datang mencurah-curah ni...hehehe...bertuah punya menantu kan...apa yang aku share ni takde kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah mati. Hanya sekadar renungan dan ingatan pada kita semua.
Mesti pernah tengok or pernah dengar citer ni kan. Seriously, aku memang tak follow citer ni. Aku tak berapa suka sangat tengok citer-citer yang banyak memberi impak negatif ni...hehehe...Tapi nak tau hebat tak hebat citer ni sampai ada season 2 tu. Maknanya ramai jugak la followers drama ni. Dan semestinya dikalangan mertua-mertua & menantu-menantu. hehehe... Sis aku tengok le citer ni. Layan giler. Sama macam kisah dia kot...huhuhu... Apa yang aku tau menurut sis aku la, dia kata aqasha tu mother's boy. Mertua n menantu tak sebulu.
Kekadang takut jugak bila baca kisah yang mak mertua tak sebulu. Ada yang mak mertua masuk campur dalam hal rumah tangga, ada yang mak mertua tak faham yang anak dia dah jadi suami orang, tapi asyik suruh balik tiap-tiap minggu, ada yang suka menyansang menantu…macam-macam la…Tambah perit bila ada orang ketiga (adik ipar) kat dalam rumah yang sampai-menyampai kat mak mertua kata kakak ipar tak masak, tak reti masak la, kakak ipar queen control dsb…. Tak kurang jugak sampai bercerai-berai gara-gara mak mertua punya penangan. Takut kan?? Patut la sampai ada kuar kat tv kisah MERTUA VS MENANTU ni. Rupa-rupanya, benda ni memang meninggalkan impak yg sangat besar dalam rumah tangga.
Omputih pun ada jugak konflik ni ek.
Tapi pernah dengar tak? Kalo mak mertua ok, menantu plak macam hantu. Kalo menantu ok, mak mertua pulak jadi dalang. Logik lagi ke benda ni? Aku rasa, aku sederhana je. Nak kata ok sangat pun tak…nak kata tak ok pun tak…yang sedang-sedang saja….huhuhu… Tula maybe sebab aku tak peramah, tak pandai amik hati kot… Tapi nak buat cam mana. Tu dah jadi sifat semulajadi aku. Tapi tak la sampai tak bercakap langsung. Ok la tu kot. Ceh pandai plak aku nak judge sendiri. At least aku tak la kejam sangat ok. Macam kat dalam tv tu. Ada yang sampai nak pisahkan anak lelaki dengan mak dia. Yang tu memang tak patut. Kita ni bukan kawin dengan suami kita je tapi dengan seluruh keluarga dia tau. Ni dah amik anak dia, mak dia kita buat tak endah plak. Yang tu aku memang bangkang 100%.
Suami pun memainkan peranan besar dalam merapatkan hubungan antara mertua & menantu ni. Hehehe… Suami adalah pengantara antara kedua-dua insan yang mereka sayang ni. Setuju tak? Maklumlah si isteri ni kan ibarat orang baru dalam keluarga dia. So, kenalah up kan sikit isteri ni bagi mak mertua nampak. At least, mak mertua kata “untung anak aku dapat isteri rajin, pandai masak & jaga makan pakai suami…” hehehe… Barulah bahagia rumah tangga. Kan??Kan??Kan??...
Pernah dengar plak tak pasal Favourite Menantu or sinonimnya menantu kesayangan. … yang ni susah sikit nak cakap. Tapi aku rasa aku bukanlah menantu favourite kot. Terima jela dengan hati terbuka. Tula padan dengan muka aku kan. Tak pandai amik hati mak mertua. Asalkan tak membandingkan antara menantu-menantu. Tu pun dah kira ok. Alhamdulillah. Oh ye lupa plak nak cakap mak mertua aku ni ada 2 menantu & going to 3 sebab tak lama lagi adik ipar aku pun nampak macam nak kawin sangat dah tu. huhuhu...bertambahlah saingan aku...kahkahkah...nanti aku continue lagi ek...
Hayatilah image di bawah. Interesting. Sekali takde kena mengena antara yang hidup atau yang telah mati. Sekadar untuk berkongsi.
Teruja rasanya nak citer lebih lanjut pasal tajuk ni. Kat office aku dah jadi macam kaunselor dah dengar masalah rumah tangga orang, tak kurang dengan masalah dengan mertua, orang ketiga, masalah nak bertunang dsb. Tapi kaunselor tak bertauliah lah ek.. hehehe..tak salah kan kalo kita berkongsi kalo itu dapat meringankan bebanan. Dan secara tak langsung sharing dari pengalaman lepas kita. Sharing is caring ok…
Yang paling hangat ialah masalah rumah tangga. Macam-macam…kadang-kadang naik takut jugak. Nauzubillah mintak simpang. Huhuhu…Alhamdulillah setakat ni rumah tangga aku ok. Sikit-sikit gaduh tu biasa la kan. Gaduh manja la katakan. Sedangkan lidah lagi tergigit….
Tapi hari ni aku bukan nak citer pasal rumah tangga, tapi nak citer pasal mertua vs menantu. MERTUA??? Ada bran??? Hehehe…Selalunya kalo citer pasal mertua yang paling sinonim ialah MAK MERTUA. BAPAK MERTUA rasanya takde masalah sangat. Sebab bapak mertua ni cool je. Macam BAPAK MERTUAKU JUGAK….hehehe..
Hubungan aku dengan mak mertua…okla…tapi nama pun mak mertua kan tak sama macam mak sendiri. TAPI jangan lupa kita kena hormat mereka ni sama macam MAK & BAPAK kita jugak. Tak lebih tak kurang. Kiranya kalo mak mertua sumpah jadi batu memang kun fayakun jugak tau. Haaaa ingat tu!!! Tapi aku ni dah memang dilahirkan dari azali seorang yang pemalu lagi pendiam…lemah lembut…sopan santun…hehehe…So, aku agak lambat sikit nak mesra dengan insan tersebut. Aku cuma ramah dengan family aku sendiri, en somi & rakan terdekat je. Tapi lepas kawin ni agak ok sikit la kalo nak dibandingkan dengan before kawin. Kata lainnya aku ni bukan seorang yang peramah. So, agak susah sikit la nak rapat , apatah lagi com molot dengan mak mertua. Hehehe… Tapi aku tetap hormat dia sama macam mak aku jugak. Cuma dengan mak mertua tak reti la nak manja-manja. Kekok….Ehehe…macam mana ek?
Actually, mak mertua aku pun bukan lah jenis yang peramah sangat. Lebih kurangnya macam aku jugak. Bukan tak try nak bertepuk bertampar dengan dia tapi bila aku nak tepuk je aku malu.. heheh kang dia kata menantu dia ni nak jet dia plak ke….boleh ke imagine macam tu? Ahahah…Or perasaan aku je ek. Kiranya nak berciter sakan duk gelak-gelak sampai kuaq ayaq mata memang takde. Straight forward je. Cuma aku & mak mertua ada persamaan dari segi suka shopping. Pokoknya apa yang aku beli kekadang nampak dia berkenan. Maybe citerasa sama kot. Huhuhu…
Jom sign up Huggies Club! Aku sebenarnya da lama sign up, masa en fayish baby lagi sbb aku memang huggies user. Huggies sgt comfort.. cewah.. nape diorang tak invite aku jadi duta huggies ek. Perasan. Tetiba setelah sekian lama saje check my account balik. Tengok perkembangan terbaru kot-kot diorang da upgrade website. Yess terbukti mereka telah membuat pembaharuan dalam website diorang dan boleh dikatakan sangat useful terutama kepada bakal-bakal ibu, info tentang pregnancy, newborn, baby care, parenting n so on..
Sebenarnya nak share benda ni. Dalam tubuh seorang wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu Rahim. Perkataan ini di ambil daripada Nama-nama Allah (Asmaul Husna), yang bermaksud "Maha Penyayang". Allah s.w.t tidak akan memberikan nama semulia ini kepada sesuatu yang hina disisi-Nya. Rahim inilah penghubung kepada semua makhluk. Di alam rahim inilah, wanita menjaga dan melahirkan ciptaan-Nya. Anugerah rahim kepada kaum wanita ini adalah bukti mereka dimuliakan oleh Allah s.w.t. Wallahu a'lam.
Just nak share something yang aku tengah baca sekarang dan yang pasti memberi peringatan bersama kepada semua isteri-isteri termasuk aku yang kadang-kadang take for granted benda-benda macam ni.
Dipetik dari buku "Bunga Kebahagiaan" tulisan Dato' Nik Aziz Nik Mat, setiap kali pulang dari kerja, sang suami sangat memerlukan bantuan isterinya bagi menghilangkan rasa letih yang ditanggungnya di tempat kerja. Oleh itu, isteri yang menyambut harus pandai memahami mood dan kehendak suami.
Sambut kepulangan suami dengan senyuman. Tunjukkan wajah yang manis dan elakkan dari tidak acuh dan masam muka.
"Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, dia akan berada dalam kemurkaan Allah S.W.T hingga dia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya" - Sabda Rasulullah S.A.W.
Sebuah hadis ada menyebut, apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya gugur segala dosa daripada celah-celah jari mereka berdua. Oleh itu, rebutlah peluang untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf kepadanya. Menarik kan!!
Jom share ni!
"Terdapat suatu riwayat, pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang wanita yang begitu taat dan memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan, disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah, anak Rasulullah. Lalu beliau bertanya kepadanya bagi mengetahui rahsia di sebalik perlakuan wanita itu.
Wanita itu berkata, "Aku bersiap-siap dan mengangkat kainku supaya mudah sekiranya suamiku ingin menyempurnakan hajatnya ke atas diriku. Tuala ini gunanya untuk mengesat peluhnya, air ini bagi menghilangkan dahaganya manakala rotan ini digunakan untuk menghukum aku sekiranya aku membuat sebarang kesalahan"
Kebahagiaan rumah tangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik rupa parasnya, tapi jika layanannya yang baik terhadap suaminya sudah tentu dia akan menjadi penghibur dalam rumah tangganya. Oleh itu, para isteri sume berusahalah menjadi seorang isteri solehah. Wallahu A'lam.
Ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya..
Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini
Situasi:
(1) Anda berada di dalam hutan. Nyatakan dengan siapa anda berjalan?
(2) Sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan. Nyatakan apakah haiwan itu?
(3) Tindakan anda terhadap haiwan itu (biarkan dan pandang je / lari dari haiwan itu / dapatkan haiwan itu).
(4) Anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci. Nyatakan bilangan kunci itu (dari 1-10 anak kunci)
(5) Anda teruskan perjalanan, tiba-tiba anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan. Pada fikiran anda.. adakah rumah itu berpagar?
(6) Pintu rumah tu terbuka atau tertutup? (7) Anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja. Apakah bentuk meja itu? ( Bulat / Oval / Segiempat / Segitiga)
(8) Atas meja ada pasu... Berapa banyak air dalam pasu itu? ( Penuh / Setengah / Kosong )
(9) Pasu itu diperbuat daripada apa? (Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)
(10) Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh. Berapakah laju air itu? (1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)
11) Anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti. Apa ukuran kotak itu? (Kecil / Sederhana / Besar)
(12) Kotak itu diperbuat daripada? (Cupboard / Kertas / Kayu / Logam)
(13) Tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan. Jambatan diperbuat daripada apa? Logam / Kayu / Rotan )
(14) Di seberang jambatan, ada seekor kuda. Apakah warna kuda itu? (Putih / Kelabu / Coklat / Hitam)
(15) Apa yang kuda lakukan? (Diam dan tenang / Menggigit rumput / berlari)
(16) TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?
"
"
"
"
"
"
Berikut adalah tafsiran: (1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.
(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar.
(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. Kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah.
(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda 2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda 6-10 - anda punya banyak teman baik
(5) rumah berpagar : close-minded tidak berpagar : open minded
(6) pintu terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye
(7) Meja Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja. Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda
(8) Pasu Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah tercapai Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!
(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda
10) air terjun 0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali 1-4 - ghairah seks rendah 5 - ghairah seks sederhana 6-9 - ghairah seks tinggi 10 - ghairah seks sangat tinggi ...
(11) Saiz kotak: kecil - ego rendah menengah - ego sederhana besar - ego tinggi
(12) material peti: cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati kepribadian logam - bangga diri
(13) Adapun material jambatan: jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman
(14) Warna kuda: putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda. kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati. hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.
(15) tindakan kuda: diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati. berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal
(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini. Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti? (ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan? (iii) lari ke kuda, naik dan pergi?
Apa yang akan anda pilih? Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini: Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda Jambatan - kawan-kawan anda Kuda - pasangan
(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah. (ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah. (iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.
Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...
Last week aku pinjam buku ni. Buku ni memang sangat bagus. Baik punye!!! hahaha... Ada banyak info pasal cara-cara mendidik anak since dari dalam kandungan sampai la sekolah. Semasa 3 bulan yang pertama di alam rahim, otak janin mula berkembang dengan pesatnya. Sebab tu la dari dalam perut lagi kita kena belai baby kita. Usap sambil zikrullah. Baca Al-Quran dsb. Semua tu untuk meransang tumbesaran kanak-kanak pintar cerdas. Tak salah kalo kita curi masa sikit untuk baca buku ni yang aku rasa sedikit sebanyak memberi tips dalam mendidik anak. Antara amalan-amalan surah Al-Quran yang digalakkan untuk dibaca since baby dlm kandungan ialah surah Yusuf, an-Nahl, Luqman, Yasin dan at-Taubah.
Tapi pembacaan aku lebih kepada kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas. Apa yang menarik aku baca ialah bentuk-bentuk rangsangan terhadap anak di waktu umur dia 3 hingga 5 tahun. Antaranya :
Ajak anak solat bersama - so far kalo aku or abah dia solat kitorang selalu ajak en fayish solat sekali, at least dia tau perbuatan dalam solat mula-mula berdiri, takbiratulihram, rukuk sujud n antara dua sujud.
Gambar Hiasan
Mula ajar mengaji - En Fayish baru tau baca alif ba ta...pas ni boleh belikn dia Iqraa' plak.
Ajar bersosial - ni penting supaya dia lebih berdikari bila dia sekolah nanti.
Ajar melakukan tugasan mudah - letak botol susu dalam sink, ambilkan baju adik dll...
Games yang lebih mencabar - jigsaw puzzle. Game ni memang menimbun kat rumah tapi tak dinafikan game ni memang bagus untuk meransang IQ kanak-kanak.
Galakkan anak bila dia mula berminat dengan aktiviti yang anda lakukan - lipat baju, basuh kereta dll...
Beri peluang pada anak untuk memilih perkara/aktiviti yang disukainya - pilih baju yang dia suka, destinasi percutian, pilih buku yang nak dibeli dll...
Biar anak urus diri sendiri - mandi, pakai baju sendiri
Toilet training - En Fayish memang da tak kencing malam.
Comel kan?
Tetapkan sedikit masa untuk aktiviti belajar
Sediakan tempat khas bermain
Sediakan peralatan, tempat dan masa supaya anak dapat lakukan aktiviti melukis dan kraftangan - yang ni tak pernah try lagi. Kena cari idea ni nak buat kraftangan apa....
Banyakkan aktiviti di luar rumah - yg ni kitorang memang tiap-tiap minggu ada aktiviti. sbb kitorang suami isteri memang tak suka duk umah.
Galakkan komunikasi
Ajar anak berdisiplin - Lepas main simpan mainan dalam bekas mainan, letak botol susu dalam sinki lepas minum susu dll
Bawa anak lihat kejadian alam - ais mencair, daun semalu, matahari terbenam dll
Okla.. Tujela entri kali ni yang boleh di sharing. Sharing is Caring...
Dream it. Want it. Plan For it. These are the essential steps that make a dream a reality. It may take time, it may require a lot of effort, but slowly and surely the goal is reached. If you dare to dream it, you can make it happen.