CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 23 June 2012

Bacalah Anakku by ReadNetwork

Last week aku follow kursus Bacalah Anakku anjuran ReadNetwork & Cendekiawan Educare...Kursus ini sangat bagus untuk parents mengajar anak cepat membaca....Kursus asas ni adalah kursus kaedah mengajar membaca melalui pendekatan fonetik (bunyi dalam bahasa pertuturan)...Menarik..Walaupun kita hantar anak kita kat sekolah, as parents kita kena pantau jugak anak kita kat rumah. At least bila balik apa yang cikgu ajar kita boleh repeat & review balik kat rumah....

Ramai jugak yang mendaftar untuk kursus ni...Mungkin sebab bayarannya murah...RM10 sahaja...

A Step Ahead....






Masa aku pergi kursus ni ada beberapa fakta yang sangat menarik antaranya :
  1. Anak-anak tidak diajar mengeja....(macam masa kita sekolah dulu...M +A + M + A = MAMA), tapi diajar dengan cara mengajar bunyi (mmm + aaa + mmm + aaa = MAMA)..
  2. Teknik asosiasi adalah teknik yang mengaitkan satu AKSI yang dapat dilakonkan sambil membunyikan bunyi yang relevan dengan bunyi huruf yang hendak diajar. Contohnya huruf A, dikaitkan dengan aksi terkena air panas sambil menyebut 'aaa"....huruf S, dikaitkan dengan bunyi ular 'ssssss'...etc
  3. Kanak-kanak hanya boleh membunyi huruf tetapi tidak mengenal huruf (So, jangan marah anak kalo dia tak kenal huruf tetapi dia membunyi huruf)..Tengokla video dibawah....



Lagu ni bagus bagi anak senang nak ingat...



So, apalagi marilah kita ajar membaca kaedah baru ni...Kaedah ni boleh diajar start umur dia 3 tahun...

Beberapa tips pelaksanaan yang dikongsi antaranya :
  1. Masa : 2-3 minit saja setiap kali mengajar, berhenti sebelum jemu...(anak-anak hnya boleh fokus dalam jangka masa ini sahaja)
  2. Kekerapan : 2-3 kali sehari
  3. Suasana : Mesti tenang & rileks tanpa paksaan
  4. Pendekatan : Belajar sambil bermain
Ok...jom mengajar anak sendiri membaca....Untuk maklumat lanjut / Nak involve kursus, sila klik disini...ReadNetwork


1 comment:

  1. memang bagus bacalah Anakku ni...

    Anak akak pun guna ni kat tadika, yang sulung dah habis buku 1-8 Bahasa Melayu dan English..memang cepat budak2 boleh baca pakai sistem ni

    ReplyDelete