CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Holidays. Show all posts
Showing posts with label Holidays. Show all posts

Tuesday, 7 June 2011

My Cousin's E-Day

Last weekend, cousin aku bertunang kat Melaka. Aku pun menggoda en somi utk pegi follow cousin aku yg akan berkonvoi ke Melaka. Setelah menggoda dan menggoda, en somi pun memberi persetujuan utk kitorang pun ikut berkonvoi. Lagi pun since kawin kitorang tak pernah menjejakkan kaki ke Melaka. hahahaha...ternyata en somi memang tergoda....

Destinasi pertunangan adalah Merlimau. Gerak awal pagi sebab kitorang kena sampai kat umah perempuan pukul 11.00 pagi. Tapi biasala janji melayu kan, kata kul 11.00 tapi sampai kul 12.00. Kalo da berkonvoi tau-tau jela. Mula-mula plan 3 biji buah kereta je tapi last-last 7 buah kereta. ha amik terkejut jugak keluarga belah pompuan. Itu baru suku daripada keluarga besar kitorang. Ni kali kedua aku ikut rombongan meminang lepas aku kawin. Masa anak dara dulu kalo ada majlis pertunangan aku duk dalam bilik je or biasanya aku tak ikut. Sebab adat bertandang bertunang ni orang yang da kawin je. 1st time aku pegi masa bertunang cousin en somi kat Perlis. Memang seronok sebenarnya tgk adat bertunang ni. Lain tempat, lain adatnya. Kat Perlis memang slumber la aku rasa sbb diorang letak hantaran punya la simbolik...contohnya, RM12,589.24..weird sgt aku rasa. menyusahkan plak nak menyediakan 24 sen. hehehe..kat Melaka ni plak still ada adat pantun memantun aduhai memang klasik giler. Kitorang plak datang dengan sempoinye. Tersangatla moden. No pantun-pantun. Aku rasa wakil belah kitorang tu pun bidan terjun je. Takde persediaan langsung. Janji hajat sampai ye tak. Da tentu kitorang datang dari jauh bawak dulang hantaran sume takkan nak meniaga plak mestilah nak meminang. Straight forward sudey...apa nak susah..Hajat tergantung la apa la...tak ke menyesakkan je.. Pakcik kitorang ni orang moden la bukan mcm dulu-dulu.  "Hamba datang ada hajat nak menyunting bunga di taman utk sang kumbang"....hehehe....tapi tu la adat kan.

My Cousin, Nasir n His Fiancee (Lin)

Hantaran pihak lelaki untuk perempuan

Lagi satu yang aku rasa tak boleh pegi zaman skrg  ni hantaran dia mak ai da mcm nk jual anak la. Kesian kat cousin aku ni nak menyediakan hantaran RM11k. Tapi apa nak buat relevant la kot. Zaman skrg ni sume mahal. Bayangkan jela emas dulu masa aku kawin baru RM89/gm. Sekarang ni da naik hampir skli ganda. RM160/gm. Nasib bek kitorang kawin cepat. Hantaran aku dulu pun RM7k je. 

Selepas selesai majlis pertunangan n sesi bergambar sume. Aku n en somi bercadang nak pegi berjimba-jimba ke Bandar Melaka. Sgtla excited. Sbb last aku g Melaka 8 tahun lepas masa aku study dulu ikut housemate  aku balik kg dia kat Jasin, Melaka. Then, ni baru nak pegi balik setelah sekian lama. Kali ni lagi best dgn en somi, en fayish n  my mom. Tapi masa sangatla mencemburui sbb kitorang sampai kat Bandar Melaka pun da pukul 4 ptg. Apa je la yang sempat. Beratur nak nek Menara Taming Sari je dkt 1/2 jam. Again aku berjaya memujuk rayu en somi utk naik jugak. Then jalan-jalan bwk en fayish amik gambar sikit-sikit je mana sempat. Tersangat la tak puas. Hari tu p Langkawi pun balik hari je. Takpela janji dpt pegi kan....ok tu je la entry holiday singkat aku kali ni....

"

"

"

"

"

"

"

Menara Taming Sari


En Fayish yang rileks

Muka En Somi yang pucat...hahaha....

Pandangan dari atas Menara (View kapal)



Agak tenang sedikit tapi tetap tak berani bangun



View Mahkota Parade






Monday, 16 May 2011

Sehari Di Langkawi

Sebenarnya, da lama da aku balik dari bercuti. Tapi baru ni sempat nak update. Holiday yang tak dirancang. Asalnye en somi ajak balik kampung coz da hampir 7 purnama tak balik. Since balik raya tahun lepas. Tuan dan Puan Mertua je yang rajin datang sini. Kitorang da sekian lama giler tak balik. Planning nak balik raya cina, Satria kesayangan en somi plak buat hal. Merajuk gamaknya bila kitorang plan nak beli kete lain. Until sekarang pun even da ada Myvi kitorang still naik gak kete Satria takut dia tambah merajuk lagi. Finally, keputusan balik kampung terpaksa di pospone ke penghujung bulan April.

Citenye, bila da balik kampung saje je la planning dgn adik² ipar aku, ajak g Langkawi. Kononnye nak g 3 hari 2 mlm la. Aku support homestay n kete sewa. En somi support feri, makan n minyak kete. Plan punye plan last² g balik hari je. Sbb sume homestay penuh coz ramai org amik peluang cuti Labour Day g Langkawi. Tak pela balik ari pun balik ari la janji dapat pegi. Memandangkan kitorang somi isteri da lama giler tak g Langkawi. 


So, 1 May 2011 ari tu, sampai jugak hajat aku nak pegi Langkawi. Asalnya nak beli Visions je. Last² ha tengok brp bnyak aku borong kat Idaman Suri n Haji Ismail Group. Since da berumah tangga ni aku lebih interest pada pinggan² mangkuk drp benda² lain. Interest da macam orang tua kan. Maybe aku da terdedah dengan benda² mcm ni drp aku kecik lagi. Mak aku pun minat. Adik beradik aku pun sume pompuan. Sbb tu kot minat aku lebih kepada menghias, gubah bunga, beli bunga sume. Dan nsib bek aku dapat en somi yang rajin melayan karenah aku. Kejap nak ubah perabot kat sini kejap nak ubah sana. Tiap² tahun nak cat umah. Kejap kang nak pegi Nilai beli pasu la beli bunga la beli cermin la beli carpet la. hehehe. Kejap kang nak pegi Ikea la, Macy la. Ikutkan aje. Eh ni da lari tajuk ni.


Masuk balik pada tajuk asal. Kitorang gerak awal² pagi lagi dari rumah kejar feri kul 8.00 pg. Rumah mertua aku dengan Kuala Perlis 15 minit je. Dan perjalanan nek feri ke Langkawi lebih kurang 45 minit. Nek flight dr KUL ke Langkawi brp jam?  Tengok plak harga tiket mak ai mahal giler. Nape la en somi takut nek flight. Kalo tak, tak payah mabuk²kan diri nek feri. Da la mahal. Nsib bek feri dia yang bayar. Kali 6 tgk. RM 18 x 6 orang [ x 2] = RM216. Takpela janji dapat pegi kan. Seronok!! rasa nak pegi lagi, kali ni nak stay sana plak. 1 hari mana nak puas. Tengokla sorotan gambar² percutian singkat aku ni.


Feri yang kitorang naik
Tiket feri yang mahal


Barang² yang aku beli. ni campur dengan Puan mertua punye la.


Mcm biasa la hobi aku masa kat dalam feri



Geram tengok

Nice Caption