CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 7 June 2011

My Cousin's E-Day

Last weekend, cousin aku bertunang kat Melaka. Aku pun menggoda en somi utk pegi follow cousin aku yg akan berkonvoi ke Melaka. Setelah menggoda dan menggoda, en somi pun memberi persetujuan utk kitorang pun ikut berkonvoi. Lagi pun since kawin kitorang tak pernah menjejakkan kaki ke Melaka. hahahaha...ternyata en somi memang tergoda....

Destinasi pertunangan adalah Merlimau. Gerak awal pagi sebab kitorang kena sampai kat umah perempuan pukul 11.00 pagi. Tapi biasala janji melayu kan, kata kul 11.00 tapi sampai kul 12.00. Kalo da berkonvoi tau-tau jela. Mula-mula plan 3 biji buah kereta je tapi last-last 7 buah kereta. ha amik terkejut jugak keluarga belah pompuan. Itu baru suku daripada keluarga besar kitorang. Ni kali kedua aku ikut rombongan meminang lepas aku kawin. Masa anak dara dulu kalo ada majlis pertunangan aku duk dalam bilik je or biasanya aku tak ikut. Sebab adat bertandang bertunang ni orang yang da kawin je. 1st time aku pegi masa bertunang cousin en somi kat Perlis. Memang seronok sebenarnya tgk adat bertunang ni. Lain tempat, lain adatnya. Kat Perlis memang slumber la aku rasa sbb diorang letak hantaran punya la simbolik...contohnya, RM12,589.24..weird sgt aku rasa. menyusahkan plak nak menyediakan 24 sen. hehehe..kat Melaka ni plak still ada adat pantun memantun aduhai memang klasik giler. Kitorang plak datang dengan sempoinye. Tersangatla moden. No pantun-pantun. Aku rasa wakil belah kitorang tu pun bidan terjun je. Takde persediaan langsung. Janji hajat sampai ye tak. Da tentu kitorang datang dari jauh bawak dulang hantaran sume takkan nak meniaga plak mestilah nak meminang. Straight forward sudey...apa nak susah..Hajat tergantung la apa la...tak ke menyesakkan je.. Pakcik kitorang ni orang moden la bukan mcm dulu-dulu.  "Hamba datang ada hajat nak menyunting bunga di taman utk sang kumbang"....hehehe....tapi tu la adat kan.

My Cousin, Nasir n His Fiancee (Lin)

Hantaran pihak lelaki untuk perempuan

Lagi satu yang aku rasa tak boleh pegi zaman skrg  ni hantaran dia mak ai da mcm nk jual anak la. Kesian kat cousin aku ni nak menyediakan hantaran RM11k. Tapi apa nak buat relevant la kot. Zaman skrg ni sume mahal. Bayangkan jela emas dulu masa aku kawin baru RM89/gm. Sekarang ni da naik hampir skli ganda. RM160/gm. Nasib bek kitorang kawin cepat. Hantaran aku dulu pun RM7k je. 

Selepas selesai majlis pertunangan n sesi bergambar sume. Aku n en somi bercadang nak pegi berjimba-jimba ke Bandar Melaka. Sgtla excited. Sbb last aku g Melaka 8 tahun lepas masa aku study dulu ikut housemate  aku balik kg dia kat Jasin, Melaka. Then, ni baru nak pegi balik setelah sekian lama. Kali ni lagi best dgn en somi, en fayish n  my mom. Tapi masa sangatla mencemburui sbb kitorang sampai kat Bandar Melaka pun da pukul 4 ptg. Apa je la yang sempat. Beratur nak nek Menara Taming Sari je dkt 1/2 jam. Again aku berjaya memujuk rayu en somi utk naik jugak. Then jalan-jalan bwk en fayish amik gambar sikit-sikit je mana sempat. Tersangat la tak puas. Hari tu p Langkawi pun balik hari je. Takpela janji dpt pegi kan....ok tu je la entry holiday singkat aku kali ni....

"

"

"

"

"

"

"

Menara Taming Sari


En Fayish yang rileks

Muka En Somi yang pucat...hahaha....

Pandangan dari atas Menara (View kapal)



Agak tenang sedikit tapi tetap tak berani bangun



View Mahkota Parade






No comments:

Post a Comment