CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 3 June 2011

Lelaki dan Komunikasi

Hari ni aku nak share sikit pasal apa yang aku baca mengenai lelaki dan komunikasi. Dipetik dari buku Menjalin Hubungan Bahagia by Dato' Dr. Fadzillah Kamsah. Antara buku yang patut diamalkan oleh suami isteri bagi menjamin keharmonian rumah tangga hingga ke akhir hayat. ok that's a gorgeous punye mukadimah...




Apa yang boleh aku simpulkan, komunikasi lelaki lebih tertumpu kepada 'isi'. Tak macam pompuan, lelaki tak guna komunikasi utk bercakap-cakap pasal perasaan. Bagi lelaki, sekali sudah mereka melafazkan komitmen cinta mereka melalui perkahwinan, maka cinta tak perlu lagi disebut-sebut apatah lagi diperbualkan. Bagi lelaki, pusat nikmat kemesraan ialah aktiviti fizikal. Nampak sangat suami tipikal Malaysia sangat tak romantik kan. Tapi inilah lumrahnya yang harus sume pompuan terima include me. Patut la en somi sangat tak suka sebut i love u selalu. So, apalagi sabar dan redha je la ye. 


Tapi, bagi suami aktiviti adalah alat yang mereka gunakan bagi memupuk dan mengecap nikmat keintiman. Bagi suami, melakukan aktiviti bersama-sama dengan isteri adalah cara bagaimana mereka dapat merasakan keintiman dalam perhubungan. So, isteri-isteri mulalah dengan melakukan aktiviti bersama-sama ek. Outdoor aktiviti ke Indoor aktiviti ke in the room aktiviti ke....hahaha yang tu sang suami suka ye..tak perlula nk mengharap kata-kata cinta lagi ek. So, lagi sekali sabar dan redha je la...


Ok another thing yang aku nak share is ciri-ciri pasangan bahagia. Lets check  it out korang bahagia ke tak dengan rumah tangga korang.
  1. Berinteraksi dengan sopan - gunakan cara yang sopan apabila berinteraksi even dalam keadaan marah...
  2. Berbincang mengenai masa depan - bukan mengungkit ok!
  3. Bercakap mengenai masa lalu yang bahagia - ingat peristiwa-peristiwa yang membahagiakan saje ok!
  4. Membuat aktiviti bersama - Outdoor/Indoor aktiviti..
  5. Menziarahi keluarga dan sahabat bersama - kalo terluang la...
  6. Sentiasa bersama-sama - suka bergurau senda bersama....ah alangkah bahagianyeeee....
  7. Menjaga penampilan - ambil berat berkenaan penampilan dan kesihatan..
  8. Mengambil berat layanan seks - faham-faham jela....yang ni tak payah explain kot..
  9. Pendengar yang baik - so cari la pasangan yang boleh jadi pendengar yang baik ek, kang rasa mcm ckp dgn dinding plak kan....
  10. Tolong Menolong antara satu sama lain -  yg ni memang bonus la kalo sape-sape dapat...
  11. Perasaan ingin selalu menyeronokkan pasangan.
Okla tu jela entri utk kali ni....hayatila image di bawah...sweet sgt kan...





No comments:

Post a Comment