CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 28 May 2011

Keluarga Bahagia

Pagi minggu yang cerah. Hari ni aku nak update sikit pasal "Keluarga Bahagia Pemangkin Dalam Meningkatkan Kualiti Kerja di Pejabat". Sebenarnya, last friday aku p dgr ceramah topik pasal rumah tangga bahagia ni la. Nama ustaz aku tak hingat da. Tapi banyak yang boleh dijadikan panduan dalam merealisasikan rumah tangga bahagia. ewah mukadimah sangat la bermotivasi.

Aku pun sekarang ni tengah bermuhasabah diri. Tengah menghabiskan baca buku Panduan Merancang Keluarga Bahagia. Buku yang menarik. Sejak akhir-akhir ni rajin plak aku pinjam buku kat library opis. Setelah almost 4 tahun keje baru nak menjejakkan kaki ke library. Kalo tak pasal aku nak amik exam KPSL ari tu da tentu2 sampai ke pencen le tak datang gamaknya. hahaha. bagus jugak kan. Bebudak kat opis, especially, puan zannisya n cik meera sibuk baca buku Kasih Yang Suci...(diorang tgh giler dgn Seth Tan), aku sibuk baca buku Panduan Merancang Keluarga Bahagia. Macam tak bahagia je kan, baca buku rancang keluarga bahagia ni. Hehehe. Simpang taknak masuk persatuan Isteri2 Teraniaya....choiiii.....taknak...taknak...



Aku baca buku ni untuk menambah lagi kebahagiaan rumah tangga dan meningkatkan lagi kemesraan suami isteri agar sentiasa harum selamanya, hehehe...berbalik kepada ceramah yang aku pegi tu. Dalam rumah tangga mesti ada Loving, Caring, Sharing, Giving & Forgiving. 

Loving 

Suami Isteri mesti menunjukkan kasih sayang. Panggillah dengan panggilan yang mesra dan manja. Jangan sesekali memanggil namanya, contohnya Apek, Cik Mad etc. ehehehh....Salah satu faktor yang dapat membangkitkan kecintaan dan kemesraan suami isteri ialah dengan panggilan sayang. Ucapkanlah sayang sekurang-kurangnya sehari sekali. Bukannya susah kan....


Caring

Ambil berat la antara satu sama lain. Ibarat bahagian-bahagian tubuh manusia, jika satu anggota sakit, maka seluruh badan akan merasa sakit. Inilah ikatan batin yang harus ada pada rumah tangga dalam mencintai, mengasihi dan merasakan kesedihan atau penderitaan. Harus mewujudkan prinsip saling menanggung dan berkongsi perasaan gembira mahupun sedih. Dalam kehidupan keluarga, ada saat-saat gembira dan saat-saat derita. Jika suami isteri menyatukan sikap dan perasaanya,  maka mereka akan menghadapinya dengan ringan. Buangla perasaan ego dan dendam. Insya Allah akan merasai nikmatnya perkahwinan. da macam pakar motivasi keluarga da aku rasa. hehehe...




Sharing

Sharing yang ustaz citer ari tu lebih kepada faktor kewangan. Sememangnya, apabila berkahwin isteri dan anak adalah tanggungjawab suami. Tapi tak salah kalo isteri turut sama-sama membantu suami meringankan bebanan. Ingatlah dalam Islam ada menyatakan kahwinila perempuan kerana hartanya. Dalam konteks sekarang ni, kahwinila perempuan kerana dia bekerja. Nescaya dia akan membantu dalam meringankan bebanan keluarga. Yang ni aku lulus la kot sbb aku keje kan. hehehe...

Giving

Saling memberi hadiah. Perbuatan saling memberi hadiah ini akan membuahkan rasa cinta antara pasangan suami isteri. Sekali-sekala ciptala suasana suprise dalam memberi hadiah. Terdapat beberapa faktor menyebabkan suami isteri tidak saling mahu menghadiahi, antaranya kerana menganggap tidak penting sbb mereka sudah menjadi suami isteri dan kerana takde duit utk membeli hadiah. Hadiah tak semestinya mahal kan. Tu pun nak ajar ke?



Forgiving

Saling memaafkan. Dalam kehidupan suami isteri, suasana saling memaafkan dan mengalah sangat diperlukan agar tidak menimbulkan fitnah dalam rumah tangga. Jarang kita dengar suami isteri tidak bertengkar, tetapi jika kita dengan mudah saling memaafkan serta mengalah nescaya akan cepat kembali tercipta suasana mesra dan kerukunan  dalam rumah tangga. Setiap orang tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Jika ada perasaan memaafkan insya Allah akan terciptalah suasana tenang dan mesra. Sebaliknya, janganlah menghadapinya dengan sikap mahu menang dan ego. 



Kesimpulannya, kalau nak APC pastikan keluarga anda bahagia....hahaha....aku pun baru kwin 4 tahun masih dalam proses meningkatkan kemesraan, menambahkan rasa cinta dan mengawal emosi. Mana ada rumah tangga takde masalah kan. Bak kata P.Ramlee sedangkan lidah lagi tergigit. ok renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s : Aku nak share kisah Rasulullah sikit.

"Suatu ketika ada seorang isteri Rasullullah yang menghadiahkan roti di atas piring besar kepada Baginda. Ketika itu Rasulullah sedang berada di rumah Aisyah, lalu tangan pelayan itu dipukul oleh Aisyah, hingga piring itu terjatuh dan pecah. Lalu Rasullullah mengambil roti yang berantakan dan meletakkannya di atas pecahan piring , seraya bersabda : "wahai pelayan, makanlah roti ini. Ibumu kini sedang cemburu." 

No comments:

Post a Comment