CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 23 June 2011

Anak kita memang pintar cerdas

Last week aku pinjam buku ni. Buku ni memang sangat bagus. Baik punye!!! hahaha... Ada banyak info pasal cara-cara mendidik anak since dari dalam kandungan sampai la sekolah. Semasa 3 bulan yang pertama di alam rahim, otak janin mula berkembang dengan pesatnya. Sebab tu la dari dalam perut lagi kita kena belai baby kita. Usap sambil zikrullah. Baca Al-Quran dsb. Semua tu untuk meransang tumbesaran kanak-kanak pintar cerdas. Tak salah kalo kita curi masa sikit untuk baca buku ni yang aku rasa sedikit sebanyak memberi tips dalam mendidik anak. Antara amalan-amalan surah Al-Quran yang digalakkan untuk dibaca since baby dlm kandungan ialah surah Yusuf, an-Nahl, Luqman, Yasin dan at-Taubah.


Tapi pembacaan aku lebih kepada kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas. Apa yang menarik aku baca ialah bentuk-bentuk rangsangan terhadap anak di waktu umur dia 3 hingga 5 tahun. Antaranya :
  • Ajak anak solat bersama - so far kalo aku or abah dia solat kitorang selalu ajak en fayish solat sekali, at least dia tau perbuatan dalam solat mula-mula berdiri, takbiratulihram, rukuk sujud n antara dua sujud. 
Gambar Hiasan
  • Mula ajar mengaji - En Fayish baru tau baca alif ba ta...pas ni boleh belikn dia Iqraa' plak.
  • Ajar bersosial - ni penting supaya dia lebih berdikari bila dia sekolah nanti. 
  • Ajar melakukan tugasan mudah -  letak botol susu dalam sink, ambilkan baju adik dll...
  • Games yang lebih mencabar - jigsaw puzzle.  Game ni memang menimbun kat rumah tapi tak dinafikan game ni memang bagus untuk meransang IQ kanak-kanak. 
  • Galakkan anak bila dia mula berminat dengan aktiviti yang anda lakukan - lipat baju, basuh kereta dll...
  • Beri peluang pada anak untuk memilih perkara/aktiviti yang disukainya - pilih baju yang dia suka, destinasi percutian, pilih buku yang nak dibeli dll...
  • Biar anak urus diri sendiri - mandi, pakai baju sendiri
  • Toilet training - En Fayish memang da tak kencing malam. 
Comel kan?
  • Tetapkan sedikit masa untuk aktiviti belajar
  • Sediakan tempat khas bermain
  • Sediakan peralatan, tempat dan masa supaya anak dapat lakukan aktiviti melukis dan kraftangan - yang ni tak pernah try lagi. Kena cari idea ni nak buat kraftangan apa....
  • Banyakkan aktiviti di luar rumah - yg ni kitorang memang tiap-tiap minggu ada aktiviti. sbb kitorang suami isteri memang tak suka duk umah.
  • Galakkan komunikasi
  • Ajar anak berdisiplin - Lepas main simpan mainan dalam bekas mainan, letak botol susu dalam sinki lepas minum susu dll
  • Bawa anak lihat kejadian alam - ais mencair, daun semalu, matahari terbenam dll


Okla.. Tujela entri kali ni yang boleh di sharing. Sharing is Caring...

No comments:

Post a Comment