CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 15 June 2011

Relief.....

Ahhhhh....Relief rasanya...Actully, since hari Sabtu minggu lepas aku duk asyik menelaah buku perkhidmatan awam, baca pekeliling, AP n etc gara-gara nak attend temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir. Nak jadi bos la plak. Bukan apa nak ubah taraf hidup ke arah yang lebih baik. Yela sempena menyahut seruan kerajaan dalam memacu rakyat ke arah berpendapatan tinggi dan mampan. Ewah tu dia kata-kata mukadimahnya.... hahaha... selepas berhempas pulas membaca... terkeluar plak sampai ke dalam entri ni.... tu baru sikit.... hehehe...
Greatest Strenght...
Since hari Sabtu lagi da start menelaah. Almaklum jela, aku baru 4 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam banyak yang aku tak tau. Apa yang aku tau, aku g keje buat keje aku diam-diam. gosip sikit-sikit...hehehe... kalo nak tanya pasal Perintah AM, Pekeliling aku memang fail.... Seriously, memang ilmu aku cetek giler lagi. Tapi takpela maybe ni rezeki aku dapat panggilan interview.. pegi jela..menimba pengalaman... Whatever is, aku rasa sangat berterima kasih kepada bos-bos n kawan-kawan yang membantu serba sedikit memberi info. Kepada En Mejan yang telah meminjamkan aku buku pasal transformasi kerajaan, ETP, NKRA etc (hahaha...sebut plak nama dia dalam blog aku ni, takpela aku da dapat APC pun...xde niat nak mengampu...), kpd CC Zarini yang explain kat aku apa itu KUP... tak lupa kat Hanis yang bagi info pasal FOB n CIF... teruk betul la aku ni tu pun tak tau.. Kat Kak Wati, pagi-pagi buta lagi aku da kol dia tanya 'Penswastaan' tu buat apa... kahkahkah... memang lawak sungguh.. And beribu-ribu lemon terima kasih jugak kepada kawan-kawan n sume yang wish good luck. hehehe.. da macam ucapan amik award atas stage plak. .. world peace!!! hahaah perasan...


Study!!!!
So, kiranya dengan berbekal ilmu yang da aku baca serba sedikit, search internet dsb aku pun pegila interview dengan harapan adalah satu soalan bocor. Preparation agak bagai nak rak jugak. Almaklum jela bila da sume benda tak tau n baru nak amik tau tak biol otak aku nak menerima sumenya dalam masa beberapa hari. Kesian kat en Somi malam tadi masak sendiri. Layan diri dan anak sbb ibu nak pegi interview. Kesian.... Baru tadi en Somi cakap, "Untuk pertama kalinya abah basuh ikan, gara-gara ibu nak pegi interview. Masa exam dulu takdela sampai macam ni sekali study..."... hehehe.... Alahai bukan nye selalu kan...

Dengan serba sedikit tips, aku pun bersiap macam biasa. Pakai baju warna pink. Pakai blazzer. Tengok cermin...wow adalah sikit-sikit macam bos.. hahaha.. giler kuasa. No giliran aku agak cantik jugak no 11. Harap-harap ada luck. Aku da standby dengan beberapa perkataan yang power... Anjakan paradigma, manifestasi, memacu... punya la.... aku siap pinjam lagi newspaper orang sebelah nak tau apa tajuk utama hari ni.  At last sume tu tak keluar langsung. Takde langsung soalan pasal perkhidmatan awam, apatah lagi Perintah Am, Pekeliling, ETP dsb.... tapi yang keluar soalan  berbentuk psikologi. Tanya kalo awak ditawarkan jawatan ini dan kami nak hantar awak ke luar daerah suami awak boleh ikut ke? Kerja swasta susah nak tukar. Takkan dia nak berhenti ikut awak. Macam mana awak nak mengawal selia orang bawah awak yang lebih tua dari awak. Golongan makcik-makcik, pakcik-pakcik.... ahhhh aku tak suka soalan jenis macam ni dan apalagi goreng garing-garing jela apa yang aku boleh. Dalam 20minit jugak proses goreng-menggoreng. Finally, aku keluar dan terus cari ice-cream.. tension siot dengan soklan cam gitu. Sia-sia je rasanya baca buku bagai nak rak. Kalo aku tau soklan mcam tu nak kuar, aku masak malam tadi. Takpela at least aku da dapat experince pegi interview. Kalo tak pasal nak g interview mesti aku masih ditakuk lama. Lepas LPKK, LPKK, LPKK dan selamanya LPKK jela... mmm... 

Tapi yang aku paling syahdu sekali mak aku siap buat Solat Hajat lagi kat rumah time aku tengah interview. Mak aku memang dari dulu macam tu. Kalo nak amik exam je buat Solat Hajat. Si anak ni cuma bagi date je kat mak suruh mak buat Solat Hajat sementera aku tengah duduk exam. Tq mak. Semoga Allah makbulkan doa  mak... hehehe... 
I like to share this :





No comments:

Post a Comment