CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 7 November 2011

Mertua vs Menantu Vol. 1..

Teruja rasanya nak citer lebih lanjut pasal tajuk ni. Kat office aku dah jadi macam kaunselor dah dengar masalah rumah tangga orang, tak kurang dengan masalah dengan mertua, orang ketiga, masalah nak bertunang dsb. Tapi kaunselor tak bertauliah lah ek.. hehehe..tak salah kan kalo kita berkongsi kalo itu dapat meringankan bebanan. Dan secara tak langsung sharing dari pengalaman lepas kita. Sharing is caring ok…


Yang paling hangat ialah masalah rumah tangga. Macam-macam…kadang-kadang naik takut jugak. Nauzubillah mintak simpang. Huhuhu…Alhamdulillah setakat ni rumah tangga aku ok. Sikit-sikit gaduh tu biasa la kan. Gaduh manja la katakan. Sedangkan lidah lagi tergigit….

Tapi hari ni aku bukan nak citer pasal rumah tangga, tapi nak citer pasal mertua vs menantu. MERTUA??? Ada bran??? Hehehe…Selalunya kalo citer pasal mertua yang paling sinonim ialah MAK MERTUA. BAPAK MERTUA rasanya takde masalah sangat. Sebab bapak mertua ni cool je. Macam BAPAK MERTUAKU JUGAK….hehehe.. 


Hubungan aku dengan mak mertua…okla…tapi nama pun mak mertua kan tak sama macam mak sendiri. TAPI jangan lupa kita kena hormat mereka ni sama macam MAK & BAPAK kita jugak. Tak lebih tak kurang. Kiranya kalo mak mertua sumpah jadi batu memang kun fayakun jugak tau. Haaaa ingat tu!!! Tapi aku ni dah memang dilahirkan dari azali seorang yang pemalu lagi pendiam…lemah lembut…sopan santun…hehehe…So, aku agak lambat sikit nak mesra dengan insan tersebut. Aku cuma ramah dengan family aku sendiri, en somi & rakan terdekat je. Tapi lepas kawin ni agak ok sikit la kalo nak dibandingkan dengan before kawin. Kata lainnya aku ni bukan seorang yang peramah. So, agak susah sikit la nak rapat , apatah lagi com molot dengan mak mertua. Hehehe… Tapi aku tetap hormat dia sama macam mak aku jugak. Cuma dengan mak mertua tak reti la nak manja-manja. Kekok….Ehehe…macam mana ek?

Actually, mak mertua aku pun bukan lah jenis yang peramah sangat. Lebih kurangnya macam aku jugak. Bukan tak try nak bertepuk bertampar dengan dia tapi bila aku nak tepuk je aku malu.. heheh kang dia kata menantu dia ni nak jet dia plak ke….boleh ke imagine macam tu? Ahahah…Or perasaan aku je ek. Kiranya nak berciter sakan duk gelak-gelak sampai kuaq ayaq mata memang takde. Straight forward je. Cuma aku & mak mertua  ada persamaan dari segi suka shopping. Pokoknya apa yang aku beli kekadang nampak dia berkenan. Maybe citerasa sama kot. Huhuhu…


To be cont....

No comments:

Post a Comment