CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 20 July 2011

Sambut kepulangan suami

Just nak share something yang aku tengah baca sekarang dan yang pasti memberi peringatan bersama kepada semua isteri-isteri termasuk aku yang kadang-kadang take for granted benda-benda macam ni. 

Dipetik dari buku "Bunga Kebahagiaan" tulisan Dato' Nik Aziz Nik Mat, setiap kali pulang dari kerja, sang suami sangat memerlukan bantuan isterinya bagi menghilangkan rasa letih yang ditanggungnya di tempat kerja. Oleh itu, isteri yang menyambut harus pandai memahami mood dan kehendak suami.


Sambut kepulangan suami dengan senyuman. Tunjukkan wajah yang manis dan elakkan dari tidak acuh dan masam muka. 

"Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, dia akan berada dalam kemurkaan Allah S.W.T hingga dia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya" - Sabda Rasulullah S.A.W.

Sebuah hadis ada menyebut, apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya gugur segala dosa daripada celah-celah jari mereka berdua. Oleh itu, rebutlah peluang untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf kepadanya. Menarik kan!!

Jom share ni!

"Terdapat suatu riwayat, pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang wanita yang begitu taat dan memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan, disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah, anak Rasulullah. Lalu beliau bertanya kepadanya bagi mengetahui rahsia di sebalik perlakuan wanita itu.

Wanita itu berkata, "Aku bersiap-siap dan mengangkat kainku supaya mudah sekiranya suamiku ingin menyempurnakan hajatnya ke atas diriku. Tuala ini gunanya untuk mengesat peluhnya, air ini bagi menghilangkan dahaganya manakala rotan ini digunakan untuk menghukum aku  sekiranya aku membuat sebarang kesalahan"

Kebahagiaan rumah tangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik rupa parasnya, tapi jika layanannya yang baik terhadap suaminya sudah tentu dia akan menjadi penghibur dalam rumah tangganya. Oleh itu, para isteri sume berusahalah menjadi seorang isteri solehah. Wallahu A'lam.







No comments:

Post a Comment