CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 29 July 2011

Perjumpaan PIBG Cendekiawan Educare

Semalam perjumpaan PIBG kali ke 2 sekolah en fayish. Tapi perjumpaan kali ini aku tak dapat follow sebab tugas terhadap negara. hahaha... Lagipun masa sangatla tidak sesuai. Hari Jumaat pukul 12.00 tghr. So, diputuskan hanya en somi saje yang akan menghadiri perjumpaan dengan cikgi-cikgi kat sekolah (jelesnye....). Lagipun lepas dia pegi sekolah en fayish dia boleh terus solat jumaat kat masjid besi yang bertentangan dengan sekolah en fayish. Malam sebelum tu en somi mintak listing apa soklan yang nak ditanya kepada cikgi nanti. Aku pun memikirkan apakah soklan-soklan spot yang nak ditanya. Antaranya ialah :

  1. Cikgu, da kawin ke belum? itu tipu! kalo dia tanya jugak siap dia....(haip!!).
  2. Macam mana pelajaran en fayish di sekolah? Soklan standard aku rasa....
  3. Adakah en fayish makan di sekolah? Sebab bila balik je rumah lapar macam tak makan 4 hari...
  4. Macam mana hubungan dengan cikgu & kawan-kawan? Sebab masa mula-mula dulu en fayish agak pendiam dan kurang mesra dengan cikgu dan kawan-kawan.. kawan dia hanya Haikal. (anak menakan en somi yang jugak dihantar sekolah yg sama)...
  5. Penggunaan diapers da boleh di "stop" kan ke? Sebab kat rumah en fayish da tak pakai diapers lagi even malam pun da tak ngompol lagi.
  6. Kalo en fayish absent adakah pelajaran pada hari dia absent akan diulang?
So, itu je la soklan yang dapat aku pikirkan buat masa ni. Selebihnya ikut en somi la. Kot-kot nanti tengok muka cikgu tu terlintas nak tanya soklan apa...So, mari kita tengok jawapan cikgu.

  1. Menjawab soklan pertama tadi. Saya belum kawin tapi tak hingin dengan suami orang!!!! hehehe...(kalo sume pompuan jawapan macam ni kan bagus...)
  2. En fayish seorang yang cepat faham dan cepat tangkap apa yang diajar. (alhamdulillah)....
  3. Kat sekolah dia makan banyak. Mungkin dia tengok kawan-kawan sume makan. So, dia selalunya habiskan makanan dia. Cuma dia agak memilih makanan. Dan kat sekolah sediakan makan 3 kali sehari. (Ok, fine la kalo macam tu...mungkin da baka kot, tengok la bapak kecik...makan banyak pun badan macam tu jugak..)
  4. Sekarang ni da ok dengan cikgu dan kawan-kawan sume. Takdelah asyik nak melekat dengan haikal je. Kalo dulu haikal cuti, en fayish akan menangis, muka monyok je tapi sekarang da ok. (alhamdulillah...en fayish ni amik masa sikit nak panas...itu macam aku...tak kenal maka tak cinta...)
  5. Rasanya kalo da tak hantar diapers pun takpe. Sebab kalo dia tido pun da tak kencing lagi. (alhamdulillah jimat....)
  6. Jawapan yang ni aku kurang berkenan sikit. Kalo en fayish cuti, pelajaran pada hari dia cuti takkan diulang tapi takpe en fayish cepat follow balik kawan-kawan sebab dia cepat tangkap...(okla kalo macam tu...)
Biasala kalo mak-mak datang mesti taknak cucu diorang hantar pegi sekolah. Cikgu still suruh hantar jugak ke sekolah kalo nenek/atok dia datang, then tengahari kul 12pm boleh amik. Coz sesi pembelajaran sampai kul 12 je. Ok, Noted!

Lain-lain ialah en fayish antara yang susah bila nak suruh tido. Asyik nak main je. Takpela budak-budak kalo asyik di suruh tido nanti lemau plak. hehehe...Lagipun perangai susah nak tido ni ikut abah dia. Sangat kuat berjaga. Rasanya tu je kot sedikit sebanyak perjumpaan dengan cikgu. 

Apa yang aku dan en somi harapkan agar en fayish akan jadi anak soleh dan cerdik. Kami sangat berharap en fayish akan jadi Engineer bila besar nanti. Sebab kitorang tengok kecenderungan en fayish lebih banyak ke arah itu. Insya Allah. Ibu akan sentiasa doakan anak-anak ibu. Amin. 


Klik pautan di bawah :



No comments:

Post a Comment