CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 11 July 2011

APC

Finally, majlis yang ditunggu tiba jugak. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Satu pengiktirafan untuk semua kakitangan awam. Alhamdulillah aku antara yang terpilih sebagai penerima APC bagi tahun 2010. Layak ke ek? Kalo dari segi experience memang banyak lagi yang aku kena belajar. Tapi aku rasa kalo dari segi responsiblity aku rasa aku layak. Ewah masuk bakul angkat sendiri plak. 

Aku baru je keje dengan perkhidmatan kerajaan almost 4 years. Still baby. Tapi alhamdulillah dengan pengiktirafan ini aku rasa sangat dihargai. Tak sia-sia aku balik lambat gara-gara preparation tender board meeting. Lately meeting ni sangat la kerap sampai kengkadang aku da naik jemu dengan keje aku. Tapi aku rasa sangat berbangga pada diri aku kerana dengan tugas ni la aku berjaya mendapat anugerah yang aku rasa sangat diimpikan oleh setiap kakitangan kerajaan. Hopefully aku tak lupa diri dengan anugerah ini dan semoga ia menjadi pemangkin untuk aku terus bekerja dengan lebih tekun lagi. 

Masa majlis tu aku rasa sangat terharu masa nyanyian lagu korporat KKM, Kami Sedia Membantu. Sangat sadis. Yup aku akan jadikan lagu ni sebagai motivasi aku untuk terus bekerja memberi perkhidmatan terbaik pada kerajaan. Tu dia semangat orang baru dapat APC ek. hahaha. Apa-apa pun harap aku tak riak dengan pengiktirafan ni. Insha Allah.

Kami Sedia Membantu

Bangsa yang sihat aset negara
Kualiti hidup dipelihara
Berpasukan berganding bahu
Pertingkatkan taraf kesihatan

Secara profesional khidmat diberi
Kecemerlangan matlamat kami
Dimana pun jua di setiap waktu
Kami sedia membantu

Kami penyayang pada semua
Bagi kami tiada beza
Bertanggungjawab amalan kita
Kesihatan dan maruah dijaga


Secara profesional khidmat diberi
Kecemerlangan matlamat kami
Dimana pun jua di setiap waktu 
Kami sedia membantu

Dimana pun jua di setiap waktu 
Kami sedia membantu



Lagu : Fauzi Marzuki
Lirik : Habsah Hasan

Patutla lagu ni sedap rupanya composed by Fauzi Marzuki. Credite to Fauzi Marzuki...Thumb up!!

Bila tercatatnya sebuah nama....



Baju baru

Agenda

Sila ignore orang dibelakang

Bergambar kenangan

Hopefully aku tak alpa dengan pengiktirafan ni. Dan motivate diri aku jadi lebih baik from time to time...Amin..

No comments:

Post a Comment