CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 16 July 2011

Cendekiawan Educare's Sport Day

Semalam hari sukan sekolah en fayish. Dua tiga hari sebelum sport day, aku ada cakap dengan en fayish supaya lari laju-laju. Over kan si ibu? Acara yang dia masuk adalah acara lari berhalangan. Mulanya aku risau gak en fayish ni esok tetiba taknak lari plak. Buat peel manja dia. Susah ada anak bujang sorang ni. Manja bukan main lagi. Bagi adik nanti baru tau. hehehe. Konon...

So apabila tiba harinya. En somi siap apply leave lagi nak support anak. Bagus-bagus...Mula-mula da spoil sbb kitorang telah salah padang. Almaklum la surat pun tak terang dan jelas isinya. Venue cuma tulis padang permainan presint 9. Aku pun dengan confident ajak en somi ke padang permainan yang orang selalu buat event la. Last-last salah padang. Alamak malunye. hehehe. Tula dia kalo parents yang over bersemangat. En fayish as usual memang cool memanjang.

So sesi mencari padang permainan yang banyak di presint 9 berakhir dengan menelefon en somi punye abang (dia pun antar anak kat sekolah sama gak). hehehe. Memang kitorang yang tak peka ok. So sesampainya di tempat kejadian aku pun bergegas ke khemah yang di hias serba hijau coz en fayish rumah hijau. 

Khemah yang comel dihias

Tetiba je en fayish memulakan peel dia. Boleh plak nangis. Alamak hilang la macho bro. Apa ni kata cool. Tapi aku tinggalkan gak dia dengan cikgu Zilla. Sorang dari cikgu yang aku memang biasa. Then selepas beberapa minit ok la kot. Tapi muka still masam mencuka. Aku plak da mula cuak takut kang dia buat taknak lari plak. Praktis da bagai nak rak da kat umah. hehehe. (jgnla korang bayangkan si ibu dan anak praktis ye...siyes buruk...)

So sebelum memulaka acara diorang start dengan acara perbarisan dulu. Macam biasa la sukan sekolah. Dalam kumpulan budak-budak yang ramai aku tercarik-carik en fayish. Mana dia ni ikut perbarisan ke tak?

Perbarisan Rumah Hijau.. Dengan tag line Hijau Hebat!!!

Ye itu pun dia. Tapi tengokla muka. Macam asam jawa. hehehe.

So selepas di arak dalam perbarisan. Sesi perlumbaan pun bermula. Dalam sibuk-sibuk bagi semangat aku sempat gak ajak en somi turut serta dalam acara ibu bapa. Aku register dalam acara isi air dalam botol n terompah gergasi. Saje suka-suka. Dan beri semangat pada en fayish betapa perlunya dia terlibat dengan acara-acara macam ni kat sekolah. Jangan jadi macam katak bawah tempurung asyik main games je rumah. Bagus kan? En somi plak macam biasa acara feberet dia acara tarik tali. Kita tengok nanti ye...

Mulalah acara lari berhalangan. Masa cikgu-cikgu duk sibuk buat barisan kat budak-budak lain aku sempat bagi semangat kat en fayish supaya lari laju-laju. Macam-macam la semangat yang aku bagi kat dia. Da macam coach aku rasa. En fayish punye muka giler slumber. Korang tengok ek aku sempat mengambil gambar ini.

Rasa macam aku je yang obses sorang-sorang...

Hehehe. Takpela kan. Apa-apa pun aku sangat bangga dengan dia. Even mula-mula nangis. Muka masam tapi dengan semangat yang aku dan en somi bagi. Dia da mula confident. Whatever is aku akan sentiasa bagi semangat kat dia supaya dia boleh build self-esteem dalam diri dia. En fayish ni pemalu sikit. So aku akan train dia supaya dia boleh confident n expose diri dia. Pada aku itu sangat penting untuk bersosial. Baca la buku ni. Bagus tau. 

Buku ni untuk build +ve self-esteem anak start from baby sampai tahap remaja

Jom tengok pic en fayish.


Berjaya menghabiskan

Alhamdulillah. Even team hijau kalah. Tapi en fayish sentiasa menang dalam hati aku n en somi. And en fayish pun tak suka cakap dia kalah. Dia cakap saya menang dapat no 3. hehehe. Aku n en somi senyum je. Mengiakan. 


Lepas tu baru la nak pose glemer. Siap ada awek lagi nak join bergambar.

Okla skarang adalah sesi ibu-bapa plak bermain sukan. Jom tengok sorotan gambar di bwh.

Nampak tak aku? Yang pakai tudung kuning...
Susah giler. Aku ingat guna span masuk air dalam botol. Rupanya guna daun. Last-last kalah no 3. Terompah gergasi gambarnya tak dapat di upload dikhuatiri akan di banned. hehehe. Tapi kalah jugak no 3. Takpela kalah pun dpat hadiah gak. hehehe.

Ini en somi pasang strategi nak menang...konon..

Pasang kuda-kuda...yehaaa...

Tarik....tarik...tarik...
Akhirnya, pada hari sukan semalam hanya en somi je yang dapat no 1. Aku plak perli en somi. Abah menang nasib je tu. Setakat pegang tali ibu pun boleh. hahaha. Marah en somi. Katanya dia pun perah kudrat jugak. Alahai kudrat memang ada tapi 5% je. heheheh... Tengok la badan. 

Nilah hadiah yang dapat kami rangkul. hahaha...

En fayish punye...

Abah punye...

Ibu punye....

Kami punye...Tak payah le beli tupperware da pas ni...

Okla sampai di sini sajela sesi bersukan hari ini. Terimalah pose aku yang paling ayu selepas sukan tamat.

Muka penat yang sweet....hehehe...suka hatila nk puji diri sendiri..

No comments:

Post a Comment