CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 20 September 2013

Setelah 6 bulan menyepi....

Assalamualaikum...

Ya!. Sudah 6 bulan saya menyepikan diri. Kalau pregnant ertinya lagi 3 bulan saya akan melahirkan. Unfortunately, Allah belum beri saya rezeki itu. Dan kami masih berusaha ke arah itu. Dia sahaja yang maha mengetahui kenapa masih belum ada tanda-tanda saya hamil. Saya harap kepada yang terbaca blog ini doa-doakan la saya ya...

Dalam tempoh 6 bulan ni macam-macam perkara berlaku. Antaranya saya sibuk menelaah buku. Yelah selepas bergelar student saya harus pandai membahagikan masa sebaiknya. Bukan mudah untuk bergelar isteri + ibu + bekerja + belajar dalam masa yang sama.  Jika saya sudah tekad untuk belajar saya harus harunginya walaupun berliku. Puitis kan bahasa saya sejak dapat title student ni. Hihi. Well....

Instead, saya sangat bersyukur dikurnikan en somi yang sangat memahami erti penat saya dan sentiasa menyokong saya. Dia sentiasa berada dibelakang saya menolak saya ke hadapan. Terima kasih suamiku. 

Keduanya, saya telah bertukar ke jabatan baru. Bukan kerana kenaikan pangkat tapi sengaja hendak bertukar angin. Pada saya setiap orang perlu berani untuk berubah. Instead bila kita lama dalam satu-satu jabatan dan kita sudah pioneer dalam segala hal, kita take for granted dan akan sering buat mistake. So, why not kita berubah kalau itu yang terbaik untuk kerjaya, instead of kita dapat belajar benda baru, menimba pengalaman baru dan menambah kawan kan? Jadi bermulalah langkah saya di tempat baru. Terima kasih kepada team baru saya kerana menerima kehadiran saya. Bersyukur juga dikurniakan bos yang sangat baik.

Ketiganya, sekarang en farish my lil' son sudah pandai membaca. Saya sangat teruja sekali. Oleh itu saya telah membuat schedule untuk dia dan memastikan dia disiplin dengan schedule ini. Terima kasih kepada semua teacher especially teacher reena dan fatin atas jasa kalian. Walaupun ada guru yang mengajar di sekolah secara rutin tetapi kita jangan lupa untuk melihat perkembangan akademik anak kita di rumah. 

Itulah sedikit sebanyak yang saya buat dalam tempoh 6 bulan menyepi ini. Esok akan bermulalah semester baru untuk saya. Saya akan kembali sibuk. Semoga saya berkesempatan lagi untuk menjenguk dan menulis di sini.  








No comments:

Post a Comment