CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 24 July 2011

Feel guilty...

Mood sedih. Baru balik dari rumah mak Selayang. Rasa bersalah ni selalu datang menyerang bila aku nak balik dari rumah mak aku ke Putrajaya. Aduhai....sob...sob...sob...

Bila Ramadan menjelma je ni la perasaan yang akan datang menyerang. Tambah-tambah bila turn raya aku tahun ni kat rumah puan mertua. Dengan sape la mak raya tahun ni. Nama je ada 5 beradik tapi tu la susah kalo takde adik beradik lelaki. Kalo la aku ada abang sekurang-kurangnya dia boleh kurangkan kesedihan mak. "Mak akak mintak maaf sebab tak dapat beraya dengan mak, tahun ni turn raya kat rumah Mal"... tapi aku tak mampu meluahkannya pada mak. Ya Allah hanya Kau saje yang mengerti perasaan hamba-Mu ini. Perit rasanya untuk ditelan kenyataan yang aku sudah punya rumah tanggaku sendiri. Aku mesti mengikut suamiku.

Along sejak berhijrah ke Terengganu agak jarang balik ke KL lagi. Mungkin tuntutan keluarga. Bersuamikan polis menuntut along berkorban kerana suaminya. Angah pun dah berhijrah ke Perak mengikut suami. Apakan daya suami tetap no. 1. Ude pun dah berhijrah mengikut suami ke Sandakan, Sabah. Tahun ni ude mungkin tak dapat beraya dengan mak sebab da sarat mengandung 8 bulan. Hanya tinggal aku dan alang yang tinggal berhampiran dengan mak. Tahun ni plak aku dan alang turn beraya rumah mertua masing-masing. Along dan angah tak pasti lagi dapat beraya di KL atau tak...Habis mak??? Mak nak raya dengan sape? Entah nape tetiba masa aku bersiap-siap nak balik Putrajaya tadi mak menangis. Sedih memikirkan sape yang akan menemankan dia beraya tahun ni. Aku pasti mak mesti rindu abah. Kalo la abah ada......

Sejak along, angah dan ude berhijrah mengikut suami masing-masing, aku sedaya upaya cuba untuk balik ke rumah mak setiap minggu. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesedihan mak. Tambahan sebagai anak bongsu kepulangan aku sentiasa di nanti. Tetapi tuntutan aku sebagai isteri kadang-kadang menyekat aku untuk balik menziarah mak selalu. Inilah kenyataan yang harus aku terima. 

Cuma satu yang aku harap semoga along dan angah dapat balik beraya dengan mak tahun ni. Ya Allah, semoga Kau mendengar rintihan aku ini. Sesungguhnya hanya Kau yang mengerti dan memahami akan isi hati hambaMu ini. Kau makbulkan doa ku semoga mak bergembira di hari raya nanti. Amin.

2 comments:

  1. Mana akak tau saya punye blog ni...sedey kan? apa nak buat kak. Hanya Allah yang tahu.

    ReplyDelete