CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 30 June 2011

Cik Meera Al-Yahya

Hari ni last day Cik Meera Al-Yahya kat Bahagian Perolehan. Ingat tak membe aku yang introduce aku pasal blog. Dan antara kawan aku yang kepala giler gak kat team perolehan. Even kitorang bukan dalam unit yang sama tapi kitorg layan giler kitorang sesama. Maybe akan rasa kehilangan gak bila sorang dari geng da takde. We ols kat ofis pun agak sedikit terkejut sebenarnya dengan desicion cik meera untuk resign dari perkhidmatan kerajaan. Tapi maybe dia ada own reason nape dia decide nak resign. Apapun aku akan doakan semoga dia berjaya dalam apa yang dia hajatkan. Dia je yang tau apa yang dia nak. As friend kita sokong je la desicion dia. Mungkin ada hikmahnya kan. Mana la tau jodoh dia ada di luar sana kan. Kat jabatan kerajaan ni lelaki da agak pupus so agak susah jugak nak cari jodoh. Eh apa plak aku melalut ni. Tapi betul jugak kan. Sambil menyelam sambil minum air. Sambil bisnes sambil cari jodoh. hahaha... And aku jugak doakan cik meera cepat bertemu jodoh. Semoga dia dapat lelaki yang dia idam-idamkan like Seth Tan maybe. hehehe. Apa-apa pun jangan lupa kitorang kat Perolehan. We will miss u mouch!! Akan rindu dengan "arrrrrrrrrrrrrrrrr" ko tu. Kalo free boleh kita lepaking sesama. Karok (ko tak dengar lagi suara aku yang merdu kan??) Nanti kita tengok movie Ombak Rindu sesama ek dengan Cik Hanis, Mrs Zannisya, Pn Kamariah sume. 

:: Unit yang memang sempoi ::

:: Kitorang memang kaki posing ::

:: Ni la Cik Meera kita ::

p/s :

  1. Jangan lupa jemput aku bila nak makan nasi minyak nanti !!
  2. Jaga acct investment aku elok-elok !!
  3. Jangan lupa kat aku bila da kaya nanti !!
  4. Kalau nak g berjimba-jimba jangan lupa ajak aku !!
  5. Ko jangan terharu plak aku create 1 entri pasal ko !! huhuhu
  6. All the best dlm kerjaya n masa depan (jodoh la tu) !!

   

Thursday 23 June 2011

Ujian Personaliti

Ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:

(1) Anda berada di dalam hutan. Nyatakan dengan siapa anda berjalan?

(2) Sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan. Nyatakan apakah haiwan itu?

(3) Tindakan anda terhadap haiwan itu (biarkan dan pandang je / lari dari haiwan itu / dapatkan haiwan itu).

(4)  Anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci. Nyatakan bilangan kunci itu (dari 1-10           anak kunci)

(5) Anda teruskan perjalanan, tiba-tiba anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan. Pada fikiran anda.. adakah rumah itu berpagar?

(6) Pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

(7) Anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja. Apakah bentuk meja itu?
      ( Bulat / Oval / Segiempat / Segitiga)

(8) Atas meja ada pasu... Berapa banyak air dalam pasu itu? ( Penuh / Setengah / Kosong )

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa? (Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)

(10) Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh. Berapakah laju air itu? (1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)




11) Anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti. Apa ukuran kotak itu? (Kecil / Sederhana / Besar)

(12) Kotak itu diperbuat daripada? (Cupboard / Kertas / Kayu / Logam)

(13) Tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan. Jambatan diperbuat daripada apa?  Logam / Kayu / Rotan )


(14) Di seberang jambatan, ada seekor kuda. Apakah warna kuda itu? (Putih / Kelabu / Coklat / Hitam)  



(15) Apa yang kuda lakukan? (Diam dan tenang / Menggigit rumput / berlari)
(16) TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
        (i)   lari dan bersembunyi di dalam peti?
        (ii)  lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
        (iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


"



 
"



 
"



 
"



 
"



 
"


 
Berikut adalah tafsiran:

(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar.

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. Kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari  dari masalah.

(4) kunci

           1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
        2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
      6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
      berpagar : close-minded
      tidak berpagar : open minded

(6) pintu
      terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
      tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja.

Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
      Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
      Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah tercapai
      Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh                  logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

10) air terjun
      
            0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
         1-4 - ghairah seks rendah
            5 - ghairah seks sederhana
         6-9 - ghairah seks tinggi
          10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
       kecil - ego rendah
       menengah - ego sederhana
       besar - ego tinggi

(12) material peti:
       cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati kepribadian
       logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
        jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
        jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
        rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
        putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
        kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
        hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
       diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
       berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini. Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...

        Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:

        (i)   lari dan bersembunyi di dalam peti?
        (ii)  lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
        (iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

         Apa yang akan anda pilih? Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
         Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
          Jambatan - kawan-kawan anda
          Kuda - pasangan


         (i)   Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
          (ii)  atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
          (iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...







Anak kita memang pintar cerdas

Last week aku pinjam buku ni. Buku ni memang sangat bagus. Baik punye!!! hahaha... Ada banyak info pasal cara-cara mendidik anak since dari dalam kandungan sampai la sekolah. Semasa 3 bulan yang pertama di alam rahim, otak janin mula berkembang dengan pesatnya. Sebab tu la dari dalam perut lagi kita kena belai baby kita. Usap sambil zikrullah. Baca Al-Quran dsb. Semua tu untuk meransang tumbesaran kanak-kanak pintar cerdas. Tak salah kalo kita curi masa sikit untuk baca buku ni yang aku rasa sedikit sebanyak memberi tips dalam mendidik anak. Antara amalan-amalan surah Al-Quran yang digalakkan untuk dibaca since baby dlm kandungan ialah surah Yusuf, an-Nahl, Luqman, Yasin dan at-Taubah.


Tapi pembacaan aku lebih kepada kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas. Apa yang menarik aku baca ialah bentuk-bentuk rangsangan terhadap anak di waktu umur dia 3 hingga 5 tahun. Antaranya :
  • Ajak anak solat bersama - so far kalo aku or abah dia solat kitorang selalu ajak en fayish solat sekali, at least dia tau perbuatan dalam solat mula-mula berdiri, takbiratulihram, rukuk sujud n antara dua sujud. 
Gambar Hiasan
  • Mula ajar mengaji - En Fayish baru tau baca alif ba ta...pas ni boleh belikn dia Iqraa' plak.
  • Ajar bersosial - ni penting supaya dia lebih berdikari bila dia sekolah nanti. 
  • Ajar melakukan tugasan mudah -  letak botol susu dalam sink, ambilkan baju adik dll...
  • Games yang lebih mencabar - jigsaw puzzle.  Game ni memang menimbun kat rumah tapi tak dinafikan game ni memang bagus untuk meransang IQ kanak-kanak. 
  • Galakkan anak bila dia mula berminat dengan aktiviti yang anda lakukan - lipat baju, basuh kereta dll...
  • Beri peluang pada anak untuk memilih perkara/aktiviti yang disukainya - pilih baju yang dia suka, destinasi percutian, pilih buku yang nak dibeli dll...
  • Biar anak urus diri sendiri - mandi, pakai baju sendiri
  • Toilet training - En Fayish memang da tak kencing malam. 
Comel kan?
  • Tetapkan sedikit masa untuk aktiviti belajar
  • Sediakan tempat khas bermain
  • Sediakan peralatan, tempat dan masa supaya anak dapat lakukan aktiviti melukis dan kraftangan - yang ni tak pernah try lagi. Kena cari idea ni nak buat kraftangan apa....
  • Banyakkan aktiviti di luar rumah - yg ni kitorang memang tiap-tiap minggu ada aktiviti. sbb kitorang suami isteri memang tak suka duk umah.
  • Galakkan komunikasi
  • Ajar anak berdisiplin - Lepas main simpan mainan dalam bekas mainan, letak botol susu dalam sinki lepas minum susu dll
  • Bawa anak lihat kejadian alam - ais mencair, daun semalu, matahari terbenam dll


Okla.. Tujela entri kali ni yang boleh di sharing. Sharing is Caring...

Monday 20 June 2011

Happy Father's Day

Happy Father's Day to all bapak-bapak di seluruh Malaysia, hehehe....especially to my love, my soul, my umbrella Hubby....hehehe... En Somi sebenaqnya memang tak brapa nak suka dengan sambutan lagu ni. Dia tak berapa nak involve la sangat. Dia habaq hari-hari pun hari ibu bukan satu hari ja.. Hari bapak pun sama la. hmmm memang sangat la tak sama dengan pendirian aku. Maybe betul kita kalo sayang ibu/bapak bukan satu hari ja. Tapi tak salah kalo kita raikan ibu kita lebih kit untuk meraikan penat lelah dia membesaqkan kita. Layan makan minum kita. Pakaian kita. Tak salah kan.???? Ibu bapak mana yang tak suka kalo ada satu hari dalam kalendar yang meraikan diorang. Cer cite. ada....ada???


So sempena hari bapak ni aku n en fayish tak bagi apa-apa pun kat en somi. Kitorang wish je. Tu pun en Somi da terharu hehehe... Macam nak nangis aku tengok.  itu tipu!.. Cuma en Fayish ada buat something kat sekolah dia yang aku rasa bapak mana tak terharu.. Ni ada sikit dialog aku dengan en Fayish masa aku amik dia kat sekolah.

En Fayish : Ibu, selamat hari abah. Saya nak bagi ni kat abah.
Ibu : (.....budak-budak yang masih mentah....ibu tapi selamat hari abah....)....ooo fayish buat apa ni?
En Fayish : Ni saya buat biskut ni.
Ibu : (Pandai nye anak aku buat...boleh percaya ke ni...) Ye keeee? Pandainya, Fayish buat. (Si ibu mengiakan kata-kata anak)...
En Fayish : Ni pensel ni pun saya buat...Cantik tak ibu? Saya nak bagi abah...
Ibu : Fayish buat ni.. Pandai nye anak ibu. Cantik la..Fayish sorok nanti tunjuk kat abah pastu cakap Selamat Hari Abah ye...(Si Ibu mengajar si anak....)..
En Fayish : ok...
Ibu : Jom-jom...(kita tengok reaction abah... Tengok abah nangis terharu tak...hahah...)

Sesampainya di kereta...

En Fayish : Abah, Selamat Hari Abah...(si anak menurut cakap ibu...)
Abah yang memiliki hati kebal laksana batu : ooo terima kasih... Fayish buat apa ni?
En Fayish : Biskut... dengan pensel...
Abah yang memiliki hati kebal laksana batu : ooo sape buat biskut ni? Nampak macam sedap je.. (Nampak sangat si abah menipu sbb si abah memang tak makan Cornflakes...)
En Fayish : Cikgu Anis buat biskut pastu saya masukkan dalam bekas ni. (heheheh...akhirnya kantoi cikgu yang buat biskut...)
Abah yang memiliki hati kebal laksana batu : Nanti abah makan kat rumah nanti ye...
Ibu yang lemah lagi lembut : Abah cair rasa nak nangis la Fayish...
Abah yang memiliki hati kebal laksana batu : (...tersenyum sambil menjuihkan bibir....)
Ibu yang lemah lagi lembut : (...abah memang hati batu....)

Comel tak?
Whatever is....Si abah memang selalu kalah dengan si anak. En Somi selalu kata one day bila kita da ada anak. Anak no 1. Isteri no. 2. Takpela asalkan En Somi ngaku dia ada anak... dari dia ngaku bujang kan... hehehe... 

Sempena hari bapa ni...I want to dedicate Happy Father's Day to my Husband, Hasrul Azmal. Semoga abah sihat sentiasa dan diberkati Allah. Amin...

"

"

"

"

"

"

Terpaksa makan nak amik hati en fayish..

Hati abah da mula mencair....anak punya pasal...

Akhirnya cair dan nak nangis....tak la kebal mana pun hati tu...♥ both of u...




Wednesday 15 June 2011

My Lovely Cousin Engagement

Pic yang sempat aku amik masa hari pertunangan antara cousin yang aku paling rapat, Norhayati (Siti). So sweet...  Lepas bertunang ni kena la plak cari present utk diorang kawin plak nanti. Ramai plak cousin aku yang nak kwin tahun ni... Pandai betul korang plan. 









Ok.... Thats all...

Relief.....

Ahhhhh....Relief rasanya...Actully, since hari Sabtu minggu lepas aku duk asyik menelaah buku perkhidmatan awam, baca pekeliling, AP n etc gara-gara nak attend temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir. Nak jadi bos la plak. Bukan apa nak ubah taraf hidup ke arah yang lebih baik. Yela sempena menyahut seruan kerajaan dalam memacu rakyat ke arah berpendapatan tinggi dan mampan. Ewah tu dia kata-kata mukadimahnya.... hahaha... selepas berhempas pulas membaca... terkeluar plak sampai ke dalam entri ni.... tu baru sikit.... hehehe...
Greatest Strenght...
Since hari Sabtu lagi da start menelaah. Almaklum jela, aku baru 4 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam banyak yang aku tak tau. Apa yang aku tau, aku g keje buat keje aku diam-diam. gosip sikit-sikit...hehehe... kalo nak tanya pasal Perintah AM, Pekeliling aku memang fail.... Seriously, memang ilmu aku cetek giler lagi. Tapi takpela maybe ni rezeki aku dapat panggilan interview.. pegi jela..menimba pengalaman... Whatever is, aku rasa sangat berterima kasih kepada bos-bos n kawan-kawan yang membantu serba sedikit memberi info. Kepada En Mejan yang telah meminjamkan aku buku pasal transformasi kerajaan, ETP, NKRA etc (hahaha...sebut plak nama dia dalam blog aku ni, takpela aku da dapat APC pun...xde niat nak mengampu...), kpd CC Zarini yang explain kat aku apa itu KUP... tak lupa kat Hanis yang bagi info pasal FOB n CIF... teruk betul la aku ni tu pun tak tau.. Kat Kak Wati, pagi-pagi buta lagi aku da kol dia tanya 'Penswastaan' tu buat apa... kahkahkah... memang lawak sungguh.. And beribu-ribu lemon terima kasih jugak kepada kawan-kawan n sume yang wish good luck. hehehe.. da macam ucapan amik award atas stage plak. .. world peace!!! hahaah perasan...


Study!!!!
So, kiranya dengan berbekal ilmu yang da aku baca serba sedikit, search internet dsb aku pun pegila interview dengan harapan adalah satu soalan bocor. Preparation agak bagai nak rak jugak. Almaklum jela bila da sume benda tak tau n baru nak amik tau tak biol otak aku nak menerima sumenya dalam masa beberapa hari. Kesian kat en Somi malam tadi masak sendiri. Layan diri dan anak sbb ibu nak pegi interview. Kesian.... Baru tadi en Somi cakap, "Untuk pertama kalinya abah basuh ikan, gara-gara ibu nak pegi interview. Masa exam dulu takdela sampai macam ni sekali study..."... hehehe.... Alahai bukan nye selalu kan...

Dengan serba sedikit tips, aku pun bersiap macam biasa. Pakai baju warna pink. Pakai blazzer. Tengok cermin...wow adalah sikit-sikit macam bos.. hahaha.. giler kuasa. No giliran aku agak cantik jugak no 11. Harap-harap ada luck. Aku da standby dengan beberapa perkataan yang power... Anjakan paradigma, manifestasi, memacu... punya la.... aku siap pinjam lagi newspaper orang sebelah nak tau apa tajuk utama hari ni.  At last sume tu tak keluar langsung. Takde langsung soalan pasal perkhidmatan awam, apatah lagi Perintah Am, Pekeliling, ETP dsb.... tapi yang keluar soalan  berbentuk psikologi. Tanya kalo awak ditawarkan jawatan ini dan kami nak hantar awak ke luar daerah suami awak boleh ikut ke? Kerja swasta susah nak tukar. Takkan dia nak berhenti ikut awak. Macam mana awak nak mengawal selia orang bawah awak yang lebih tua dari awak. Golongan makcik-makcik, pakcik-pakcik.... ahhhh aku tak suka soalan jenis macam ni dan apalagi goreng garing-garing jela apa yang aku boleh. Dalam 20minit jugak proses goreng-menggoreng. Finally, aku keluar dan terus cari ice-cream.. tension siot dengan soklan cam gitu. Sia-sia je rasanya baca buku bagai nak rak. Kalo aku tau soklan mcam tu nak kuar, aku masak malam tadi. Takpela at least aku da dapat experince pegi interview. Kalo tak pasal nak g interview mesti aku masih ditakuk lama. Lepas LPKK, LPKK, LPKK dan selamanya LPKK jela... mmm... 

Tapi yang aku paling syahdu sekali mak aku siap buat Solat Hajat lagi kat rumah time aku tengah interview. Mak aku memang dari dulu macam tu. Kalo nak amik exam je buat Solat Hajat. Si anak ni cuma bagi date je kat mak suruh mak buat Solat Hajat sementera aku tengah duduk exam. Tq mak. Semoga Allah makbulkan doa  mak... hehehe... 
I like to share this :





Tuesday 7 June 2011

Going to Medical Check-up

Semalam aku pergi buat check-up kat Klinik Kesihatan Putrajaya. Agak sudah lama jugak aku tak datang klinik ni since aku mengandung almost 4 tahun yang lepas. Memang da sangat berbeza. Awalnya nak bawak my mom pegi medical check-up. Lately, my mom kesihatannya agak kurang memberansangkan. So, alang-alang menyeluk pekasam, aku pun buat la check-up sekali. Almost 3 bulan jugak aku tak datang period. Risau gak...buat urine test tak pregnant pun. Tapi tak period plak. Sekarang ni macam-macam penyakit wanita ada. Mintak simpang. Nauzubillah....

As usual aku sebenarnya memang pantang sangat nak pegi klinik kerajaan ni. Tapi memandangkan aku fikir ubat yang dibekalkan oleh klinik/hospital kerajaan sebenarnya adalah yang paling berkualiti aku pegi la jugak.  And sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan bagilah support sikit kan. Tapi sedia maklum la kan, services again macam puaka. Tersangatlah lembab. Sampai kan aku scan kad aku 2 kali. Apahal la lama sangat. Doktor ni buat apa benda kat dalam bilik tu. Makan kuaci ke apa? Aku mulala nak berimiginasi apa ke benda la yang dia buat. Da la aku bwk my mom yang tak berapa sihat. Agak lama jugak aku duk kat klinik since awal pagi kul 7.30pg selesai lebih kurang kul 11.30pg. Biasala kan klinik kerajaan kalo tak duduk 4 jam tak sah.

Pernah sekali dulu masa tu en fayish tak sihat. Ada naik ruam yang sangat banyak kat badan dia. Macam campak tapi macam tak pun ada. Almaklumlah, kitorang ni kan parents yang muda belia. Mana nak tau simptom-simptom campak ni kan. So, kitorang decide nak pegi hospital kerajaan sbb aku kan keje KKM of course la nak pegi dapatkan service kat hospital kerajaan. Tapi memang le menghampakan. Masih terngiang-ngiang lagi kat telinga aku en fayish menjerit sbb nurse nak amik darah nak tau punca masalah merah-merah ruam tu. Yang buat aku naik hangin bila nurse tu aku tengak macam teragak-agak nak cari urat en fayish. Last-last dia mintak kitorang keluar. Pastu apalagi menjerit la en fayish. En somi muka da lain macam. Kitorang tak tunggu pun result nye. Sbb en somi memang sangat tak puas hati. Da la tunggu sampai 6 jam. Tula dia mengenangkan balik services hospital kerajaan. Finally, kitorang pegi hospital swasta gak. Takpela kalo kena beratus-ratus pun janji puas hati. Duit boleh dicari kan?

So, pas check-up semalam again result nye negatif Tak pregnant. Haish lagi la risau. Apa penyakit la plak ni darah tak keluar-keluar. Doktor just bagi pil hormon untuk bagi aku period tapi aku tak makan pun. Aku rasa biarlah period keluar sendiri secara natural tanpa perlu dipaksa-paksa. Ok tu jela untuk hari ni.

Sekian.

My Cousin's E-Day

Last weekend, cousin aku bertunang kat Melaka. Aku pun menggoda en somi utk pegi follow cousin aku yg akan berkonvoi ke Melaka. Setelah menggoda dan menggoda, en somi pun memberi persetujuan utk kitorang pun ikut berkonvoi. Lagi pun since kawin kitorang tak pernah menjejakkan kaki ke Melaka. hahahaha...ternyata en somi memang tergoda....

Destinasi pertunangan adalah Merlimau. Gerak awal pagi sebab kitorang kena sampai kat umah perempuan pukul 11.00 pagi. Tapi biasala janji melayu kan, kata kul 11.00 tapi sampai kul 12.00. Kalo da berkonvoi tau-tau jela. Mula-mula plan 3 biji buah kereta je tapi last-last 7 buah kereta. ha amik terkejut jugak keluarga belah pompuan. Itu baru suku daripada keluarga besar kitorang. Ni kali kedua aku ikut rombongan meminang lepas aku kawin. Masa anak dara dulu kalo ada majlis pertunangan aku duk dalam bilik je or biasanya aku tak ikut. Sebab adat bertandang bertunang ni orang yang da kawin je. 1st time aku pegi masa bertunang cousin en somi kat Perlis. Memang seronok sebenarnya tgk adat bertunang ni. Lain tempat, lain adatnya. Kat Perlis memang slumber la aku rasa sbb diorang letak hantaran punya la simbolik...contohnya, RM12,589.24..weird sgt aku rasa. menyusahkan plak nak menyediakan 24 sen. hehehe..kat Melaka ni plak still ada adat pantun memantun aduhai memang klasik giler. Kitorang plak datang dengan sempoinye. Tersangatla moden. No pantun-pantun. Aku rasa wakil belah kitorang tu pun bidan terjun je. Takde persediaan langsung. Janji hajat sampai ye tak. Da tentu kitorang datang dari jauh bawak dulang hantaran sume takkan nak meniaga plak mestilah nak meminang. Straight forward sudey...apa nak susah..Hajat tergantung la apa la...tak ke menyesakkan je.. Pakcik kitorang ni orang moden la bukan mcm dulu-dulu.  "Hamba datang ada hajat nak menyunting bunga di taman utk sang kumbang"....hehehe....tapi tu la adat kan.

My Cousin, Nasir n His Fiancee (Lin)

Hantaran pihak lelaki untuk perempuan

Lagi satu yang aku rasa tak boleh pegi zaman skrg  ni hantaran dia mak ai da mcm nk jual anak la. Kesian kat cousin aku ni nak menyediakan hantaran RM11k. Tapi apa nak buat relevant la kot. Zaman skrg ni sume mahal. Bayangkan jela emas dulu masa aku kawin baru RM89/gm. Sekarang ni da naik hampir skli ganda. RM160/gm. Nasib bek kitorang kawin cepat. Hantaran aku dulu pun RM7k je. 

Selepas selesai majlis pertunangan n sesi bergambar sume. Aku n en somi bercadang nak pegi berjimba-jimba ke Bandar Melaka. Sgtla excited. Sbb last aku g Melaka 8 tahun lepas masa aku study dulu ikut housemate  aku balik kg dia kat Jasin, Melaka. Then, ni baru nak pegi balik setelah sekian lama. Kali ni lagi best dgn en somi, en fayish n  my mom. Tapi masa sangatla mencemburui sbb kitorang sampai kat Bandar Melaka pun da pukul 4 ptg. Apa je la yang sempat. Beratur nak nek Menara Taming Sari je dkt 1/2 jam. Again aku berjaya memujuk rayu en somi utk naik jugak. Then jalan-jalan bwk en fayish amik gambar sikit-sikit je mana sempat. Tersangat la tak puas. Hari tu p Langkawi pun balik hari je. Takpela janji dpt pegi kan....ok tu je la entry holiday singkat aku kali ni....

"

"

"

"

"

"

"

Menara Taming Sari


En Fayish yang rileks

Muka En Somi yang pucat...hahaha....

Pandangan dari atas Menara (View kapal)



Agak tenang sedikit tapi tetap tak berani bangun



View Mahkota Parade






Friday 3 June 2011

Lelaki dan Komunikasi

Hari ni aku nak share sikit pasal apa yang aku baca mengenai lelaki dan komunikasi. Dipetik dari buku Menjalin Hubungan Bahagia by Dato' Dr. Fadzillah Kamsah. Antara buku yang patut diamalkan oleh suami isteri bagi menjamin keharmonian rumah tangga hingga ke akhir hayat. ok that's a gorgeous punye mukadimah...




Apa yang boleh aku simpulkan, komunikasi lelaki lebih tertumpu kepada 'isi'. Tak macam pompuan, lelaki tak guna komunikasi utk bercakap-cakap pasal perasaan. Bagi lelaki, sekali sudah mereka melafazkan komitmen cinta mereka melalui perkahwinan, maka cinta tak perlu lagi disebut-sebut apatah lagi diperbualkan. Bagi lelaki, pusat nikmat kemesraan ialah aktiviti fizikal. Nampak sangat suami tipikal Malaysia sangat tak romantik kan. Tapi inilah lumrahnya yang harus sume pompuan terima include me. Patut la en somi sangat tak suka sebut i love u selalu. So, apalagi sabar dan redha je la ye. 


Tapi, bagi suami aktiviti adalah alat yang mereka gunakan bagi memupuk dan mengecap nikmat keintiman. Bagi suami, melakukan aktiviti bersama-sama dengan isteri adalah cara bagaimana mereka dapat merasakan keintiman dalam perhubungan. So, isteri-isteri mulalah dengan melakukan aktiviti bersama-sama ek. Outdoor aktiviti ke Indoor aktiviti ke in the room aktiviti ke....hahaha yang tu sang suami suka ye..tak perlula nk mengharap kata-kata cinta lagi ek. So, lagi sekali sabar dan redha je la...


Ok another thing yang aku nak share is ciri-ciri pasangan bahagia. Lets check  it out korang bahagia ke tak dengan rumah tangga korang.
  1. Berinteraksi dengan sopan - gunakan cara yang sopan apabila berinteraksi even dalam keadaan marah...
  2. Berbincang mengenai masa depan - bukan mengungkit ok!
  3. Bercakap mengenai masa lalu yang bahagia - ingat peristiwa-peristiwa yang membahagiakan saje ok!
  4. Membuat aktiviti bersama - Outdoor/Indoor aktiviti..
  5. Menziarahi keluarga dan sahabat bersama - kalo terluang la...
  6. Sentiasa bersama-sama - suka bergurau senda bersama....ah alangkah bahagianyeeee....
  7. Menjaga penampilan - ambil berat berkenaan penampilan dan kesihatan..
  8. Mengambil berat layanan seks - faham-faham jela....yang ni tak payah explain kot..
  9. Pendengar yang baik - so cari la pasangan yang boleh jadi pendengar yang baik ek, kang rasa mcm ckp dgn dinding plak kan....
  10. Tolong Menolong antara satu sama lain -  yg ni memang bonus la kalo sape-sape dapat...
  11. Perasaan ingin selalu menyeronokkan pasangan.
Okla tu jela entri utk kali ni....hayatila image di bawah...sweet sgt kan...