CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 5 August 2011

Minggu pertama di Bulan Ramadhan...

Diam tak diam da hari ke 6 umat islam menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah setakat ni puasa penuh. huhuhu... Alhamdulillah jugak sebab azam nak pegi solat tarawih dan bertadarus di bulan mulia ni terlaksana jugak... berjaya aku membuktikan kepada en somi bahawa niat aku kali ni menjadi. Cuma niat nak kurus je belum terlaksana lagi. hahaha..bila agaknye ye... makin menjadi-jadi naiknya adalah. Bagai dipam-pam... adoyaiiii...

Citer pasal solat tarawih, pertama kali bawak en fayish pegi tarawih memang excited. En fayish pun excited. "Ibu, saya nak pakai baju sembahyang (baju melayu la tu maknanye)"... Tu pun malam ke-2 baru dapat pegi tarawih sbb malam pertama tu en fayish demam. Mula-mula tu risau gak sebab budak-budak ni unpredictable sikit. Tapi alhamdulillah boleh bawak pegi lagi lepas ni. Aku pun excited jugak. huhuhu. Solat plak kat masjid Sultan Mizan. Bukan seronok je beronok-beronok rasanya. Tapi buat 8 rakaat jela. Kesian kat en fayish sebab sampai ngantuk-ngantuk. Lagipun hari sekolah kesian plak. Nanti liat nak bangun pagi kalo tido lambat. Takpela itu pun da bersyukur sangat-sangat. Harap di beri kesihatan je untuk pegi solat tarawih selalu. Amin. Dan aku jugak telah berpakat-pakat dengan bebudak ofis utk bertadarus. Alhamdulillah setakat ni da 8 juzuk.

Means da 5 hari aku telah menyediakan juadah berbuka untuk seisi keluarga. Ewah padahal yang puasa 2 kerat je. Tahun ni aku berazam taknak pegi bazar ramadhan. Aku akan sedaya upaya akan masak sepanjang ramadhan ni. Insha Allah. Dekat ofis, ada jugak orang jual lauk-pauk untuk berbuka. Kalo teringin aku ada la jugak beli untuk menambah-nambah lauk. Tapi main dish tetap masak jugak kat rumah. En somi plak kata, "Kalo ibu tak larat tak payah la masak. Beli je kat ofis tu. Balik masak nasi je. Kita pun makan berdua je. Harga pun lebih kurang sama je..." mmm ish en somi ni taknak la. Nak masak jugak baru puas hati. Ngada-ngada kan? Da dpt green lite tak payah masak tapi nak memenatkan diri jugak nak memasak. Takpela amik barakah sikit di bulan mulia ni. Menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga pun satu ibadah tau dapat pahala tu. Sape taknak...Cuma hari-hari kena pikir apa lauk nak masak jela. 

Minggu ni aku akan berbuka bersama-sama my mom. So, cuti masak 2 hari.....




2 comments:

  1. selamat berposa beb....wah. ade geng tadarus ye...sape?

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa to u too.. sape lagi geng mengaji kitorg hajah kamariah, hanis izzati, mrs zannisya & puan anisah mat salim...lama da tak jumpa ko beb. Hari tu nak jumpa kat alamanda clash plak dgn LPKK. berkhidmat utk negara la katakan...takpela nant dtg raya umah aku ek...aku dapat bonus banyak 1/2 bulan gaji...hehehe...

    ReplyDelete