CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 12 August 2011

Hujan hati

Hari ni pagi-pagi jumaat da hujan. Bukan hujan yang diturunkan Allah, tapi hujan air mata. Hari ni aku sangat emosional & sensitip. Teringat kat mak. Rasanya dari pagi sampai ke petang asyik cengeng je. Muka pegi opis hari ni memang sangap giler. Plus dengan bulan puasa & keje menimbun yang last minute memang double sangap.

Minggu lepas aku balik berbuka puasa dengan mak. Asal aku balik dari rumah mak je mesti akan ada air mata yang tumpah. Kesian sangat tengok mak. Tambah-tambah nak dekat raya ni. Semoga doa aku supaya along & angah balik raya ni dimakbulkan Allah. Adik-beradik 5 org pun macam takde je. Tambah bila sume da mengikut suami. Sedih...sedih... Harap mak tak berseorangan raya ni. Kat ofis plak lagu raya da mula berkumandang. Rasa sayu sangat hati ni. Bukan sedih sebab turn raya rumah mentua tapi sedih bila terkenangkan mak. Kalo boleh  nak bawak mak balik beraya kat kg en somi. En somi pun cakap, "kalo da takde sape bawak je la mak sekali raya Kedah".. Tapi mak mesti taknak. Hari raya beraya kat tempat orang lagi la sedih. Sob...sob...sob....masa type entri ni pun air mata aku still bergenang tunggu masa nak tumpah je.. Sedih...sedih.... 



No comments:

Post a Comment