CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 24 August 2011

Shopping Pra-Raya 2

Sorotan dari shopping baju en fayish hari tu. Kali ni baju sang ibu plak. hahaha.. Lokasi pilihan ialah PKNS Shah Alam, SACC Mall & Plaza Alam Sentral. Dalam listing ada baju raya, kasut raya, tudung raya, hand bag raya, brooch raya. mmm brooch raya pun ada tau...en somi plak tambah bra & panties raya xde ker? Baru tingat haah ek..tq kerana mengingatkan...hahaha parak poket mcm gini... Mentang-mentang la dapat bonus 1/2 bulan gaji... hehehe...

Sesampainye di Shah Alam adoyai...ramainye manusia macam semut... aku nk jalan pun terkemut-kemut. Macam gini takde masa nak memilih lama-lama ni. Fed-up kalo nak memilih dalam situasi orang ramai macam ni.. Plan tahun ni nak pakai baju sedondon dengan warna kuning air. En somi & en fayish punya baju melayu da ready. Tinggal aku je yang kena cari baju warna kuning. Tapi melihatkan kebanjiran manusia a.k.a aku malas nk memilih lama-lama aku terjatuh cinta plak dengan ini baju. Aku sauk je la tanpa berfikir panjang okla tu. Bagi ada tone sikit. 

Cantik x?
Okla kan. Then, aku sempat gak singgah di SACC Mall nak cari kasut & h/bag plak. Masuk Primavera. Ada yang berkenan tapi takde saiz plak... Adoyai ni yang buat hilang mood ni. Last-last balik je terus + da tak larat nak berjalan da. 

So, pada keesokan harinya aku dapat jugak kasut yang aku nak kat Primavera tapi dekat Alamanda je. Gambar kasut tak boleh di upload nanti korang tiru...hahaha...Orait baju, kasut done. Tinggal h/bag je. Ingat nak cari kat Alor Setar Mall la masa balik nanti. Seronok sikit bershopping 2/3 hari before raya. Seronoknya tak sabar nak balik kampung. Walaupun dalam hati sedih jugak nak meninggalkan my mom kat Selayang. Since da berkahwin ni, baru la dapat menikmati lagu Balik Kampung by Sudirman. Kalo tak sekadar nyanyi je. 

Ok itu la dia serba sedikit citer pasal shopping. Biasala pompuan kan shopping adalah pendekatan paling bagus untuk realise tension. Sambil bershopping sambil exercise.. Lenguh-lenguh kaki tu jalan-jalan shopping. 


No comments:

Post a Comment