CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 16 July 2011

Antara Aku, Dia dan Liverpool

Amacam tajuk syahdu tak? Keluar ayaq mata tau nak pikiaq. Hehehe..ini kisah en somi dengan team bola kesayangannye. Kalo tanya dia sayang aku lagi ke liverpool, dia mest cakap liverpool kot.. wakakaka...tak pernah plak try tanya. Tapi kalo dia jawab liverpool, aku suruh dia makan bola je la hari-hari. hahaha jahat tak?

Sebenarnya, aku create entri ni adalah disebabkan semalam team Liverpool telah datang ke Malaysia untuk pertama kalinya setelah bebas dari Calrsberg.

Dulu

Sekarang

Dan dek kerana itulah Malaysia telah kalah ditangan Liverpool 3-6. Under prediction. Aku ingatkan Malaysia kalah 1-3 tapi semalam macam best gak la tengok. Tetiba plak aku terlayan bola gara-gara minat en somi. Tapi pelik kan nape yang dia tak pegi tengok kat stadium ek. Jawapannya ialah tengok kt rumah lagi best. Sebab en somi tak suka meredah jammed dan dia habaq stadium hingaq tak boleh fokus. Apa-apala en somi oi. Nampak sangat taknak tinggalkan isteri kan...Itu aku perasan!! Jangan terpedaya!!

Tapi nak dijadikan cerita en somi sangat fanatik dengan Liverpool sebab sanggup bersengkang mata tengok EPL. Sanggup bangun kul 2/3 pagi. Kalo bangun solat tahajud ke elok la jugak ni nak tengok bola. Dah tu kalo ada match jangan harap aku dapat tengok cite kegemaran aku. Remote control kat tangan dia je la. Walaupun Astro da naikkan kadar harga untuk sport, sport channel still ada dalam bil astro aku. Pastu kalo da tengok bola faham-faham jela memang da tak hirau benda lain da la. Anak makan vicks ke sume da tak heran la. Yang penting dapat tengok team dia main. Agaknye kalo isteri dia ni naked kat depan TV pun suruh tepi kot sebab nak tengok bola...ahahaha... tapi sumpah aku tak pernah buat lagi la. Makan hati la aku kalo dia buat aku macam tu. 7 hari 7 malam aku tak bercakap kot. hehehe...

Itulah kisah en somi dengan favourite teamnya. Takpela kan as a wife, aku support je minat dia. Belikan dia baju Liverpool, sticker Liverpool. Kalo boleh aku nak bawak kan Steven Gerard dinner kat umah aku. Kalo boleh la. 

Steven Gerrard

Ni sementara EPL tak start lagi dia ada jela menemani aku tido setiap malam. Sok kalo EPL da start aku kena tido dengan en fayish jela. Sekian.

Cendekiawan Educare's Sport Day

Semalam hari sukan sekolah en fayish. Dua tiga hari sebelum sport day, aku ada cakap dengan en fayish supaya lari laju-laju. Over kan si ibu? Acara yang dia masuk adalah acara lari berhalangan. Mulanya aku risau gak en fayish ni esok tetiba taknak lari plak. Buat peel manja dia. Susah ada anak bujang sorang ni. Manja bukan main lagi. Bagi adik nanti baru tau. hehehe. Konon...

So apabila tiba harinya. En somi siap apply leave lagi nak support anak. Bagus-bagus...Mula-mula da spoil sbb kitorang telah salah padang. Almaklum la surat pun tak terang dan jelas isinya. Venue cuma tulis padang permainan presint 9. Aku pun dengan confident ajak en somi ke padang permainan yang orang selalu buat event la. Last-last salah padang. Alamak malunye. hehehe. Tula dia kalo parents yang over bersemangat. En fayish as usual memang cool memanjang.

So sesi mencari padang permainan yang banyak di presint 9 berakhir dengan menelefon en somi punye abang (dia pun antar anak kat sekolah sama gak). hehehe. Memang kitorang yang tak peka ok. So sesampainya di tempat kejadian aku pun bergegas ke khemah yang di hias serba hijau coz en fayish rumah hijau. 

Khemah yang comel dihias

Tetiba je en fayish memulakan peel dia. Boleh plak nangis. Alamak hilang la macho bro. Apa ni kata cool. Tapi aku tinggalkan gak dia dengan cikgu Zilla. Sorang dari cikgu yang aku memang biasa. Then selepas beberapa minit ok la kot. Tapi muka still masam mencuka. Aku plak da mula cuak takut kang dia buat taknak lari plak. Praktis da bagai nak rak da kat umah. hehehe. (jgnla korang bayangkan si ibu dan anak praktis ye...siyes buruk...)

So sebelum memulaka acara diorang start dengan acara perbarisan dulu. Macam biasa la sukan sekolah. Dalam kumpulan budak-budak yang ramai aku tercarik-carik en fayish. Mana dia ni ikut perbarisan ke tak?

Perbarisan Rumah Hijau.. Dengan tag line Hijau Hebat!!!

Ye itu pun dia. Tapi tengokla muka. Macam asam jawa. hehehe.

So selepas di arak dalam perbarisan. Sesi perlumbaan pun bermula. Dalam sibuk-sibuk bagi semangat aku sempat gak ajak en somi turut serta dalam acara ibu bapa. Aku register dalam acara isi air dalam botol n terompah gergasi. Saje suka-suka. Dan beri semangat pada en fayish betapa perlunya dia terlibat dengan acara-acara macam ni kat sekolah. Jangan jadi macam katak bawah tempurung asyik main games je rumah. Bagus kan? En somi plak macam biasa acara feberet dia acara tarik tali. Kita tengok nanti ye...

Mulalah acara lari berhalangan. Masa cikgu-cikgu duk sibuk buat barisan kat budak-budak lain aku sempat bagi semangat kat en fayish supaya lari laju-laju. Macam-macam la semangat yang aku bagi kat dia. Da macam coach aku rasa. En fayish punye muka giler slumber. Korang tengok ek aku sempat mengambil gambar ini.

Rasa macam aku je yang obses sorang-sorang...

Hehehe. Takpela kan. Apa-apa pun aku sangat bangga dengan dia. Even mula-mula nangis. Muka masam tapi dengan semangat yang aku dan en somi bagi. Dia da mula confident. Whatever is aku akan sentiasa bagi semangat kat dia supaya dia boleh build self-esteem dalam diri dia. En fayish ni pemalu sikit. So aku akan train dia supaya dia boleh confident n expose diri dia. Pada aku itu sangat penting untuk bersosial. Baca la buku ni. Bagus tau. 

Buku ni untuk build +ve self-esteem anak start from baby sampai tahap remaja

Jom tengok pic en fayish.


Berjaya menghabiskan

Alhamdulillah. Even team hijau kalah. Tapi en fayish sentiasa menang dalam hati aku n en somi. And en fayish pun tak suka cakap dia kalah. Dia cakap saya menang dapat no 3. hehehe. Aku n en somi senyum je. Mengiakan. 


Lepas tu baru la nak pose glemer. Siap ada awek lagi nak join bergambar.

Okla skarang adalah sesi ibu-bapa plak bermain sukan. Jom tengok sorotan gambar di bwh.

Nampak tak aku? Yang pakai tudung kuning...
Susah giler. Aku ingat guna span masuk air dalam botol. Rupanya guna daun. Last-last kalah no 3. Terompah gergasi gambarnya tak dapat di upload dikhuatiri akan di banned. hehehe. Tapi kalah jugak no 3. Takpela kalah pun dpat hadiah gak. hehehe.

Ini en somi pasang strategi nak menang...konon..

Pasang kuda-kuda...yehaaa...

Tarik....tarik...tarik...
Akhirnya, pada hari sukan semalam hanya en somi je yang dapat no 1. Aku plak perli en somi. Abah menang nasib je tu. Setakat pegang tali ibu pun boleh. hahaha. Marah en somi. Katanya dia pun perah kudrat jugak. Alahai kudrat memang ada tapi 5% je. heheheh... Tengok la badan. 

Nilah hadiah yang dapat kami rangkul. hahaha...

En fayish punye...

Abah punye...

Ibu punye....

Kami punye...Tak payah le beli tupperware da pas ni...

Okla sampai di sini sajela sesi bersukan hari ini. Terimalah pose aku yang paling ayu selepas sukan tamat.

Muka penat yang sweet....hehehe...suka hatila nk puji diri sendiri..

Tuesday, 12 July 2011

Perginya dia meninggalkan kami

Da 12 tahun abah pergi meninggalkan kami. Terasa macam baru semalam aku bergurau dengan dia. Itu tipu! Tapi pemergiannya memang memberi perubahan besar dalam keluarga kami. Mak boleh dikatakan sangat bergantung dengan abah coz she is full time housewife. So, tanpa abah mak patah kaki.

Tanggal 25 Mei 1999, adalah tarikh keramat yang kami sekeluarga akan ingat sampai bila-bila. Bilamana Dia ambil abah dari kehidupan kami. Waktu tu aku form 4. Still young. Aku hampir sukar menerima kenyataan ketiadaan abah lagi dalam hari-hari aku. Takde orang yang akan backing aku bila mak marah aku sebab aku malas mandi. Aku anak bongsu so sangat manja dengan abah. Takde orang lagi akan arah aku untuk picit kaki or pijak belakang sbb abah ada diabetes so hari-hari dia akan mintak aku picit kaki dia. Tapi aku selalu ngelat sebab aku boring duk lama-lama picit kaki abah. Sebab abah takkan kata stop selagi dia tak puas hati. Sekali picit 2 jam. Mana tahan. So aku selalu ngelat. Takde orang lagi yang akan bagi aku duit belanja. Takde orang lagi yang akan buat lawak kat rumah. Ya Allah aku memang sedang rindu dia.  

Dalam family aku, takde lelaki melainkan abah. Aku takde abang, hanya abang ipar. Sebab tula aku rasa sangat kehilangan. Paling menyedihkan bila aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma. Takde abah yang akan menemani aku hanya mak. Aku nangis sebab di waktu itu aku nak kongsi kegembiraan aku dengan abah. Tapi dia takde. Aku sedih bila tengok orang lain datang dengan abah dan mak diorang. Waktu tu, aku rasa sangat down. 1st time aku rasa sangat sedih sampai aku cakap kat mak. "Mak, kalau abah ada mesti dia antara orang yang paling bangga kan mak!" Aku nangis depan mak. Kami nangis sama-sama. Dan itu pertama kali aku berjauhan dengan mak. Tiap-tiap malam aku nangis.

Kali kedua, masa majlis konvo aku. Aku pernah terpikir taknak pegi majlis konvo aku sebab aku tak dapat nak share kejayaan aku dengan abah. Tapi mak pujuk aku. Aku nangis lagi. 

Lepas tu, masa hari perkahwinan aku. Aku la satu-satunya anak yang abah tak walikan. Kakak aku sume abah nikahkan sendiri. Aku nangis lagi. Mak antara yang paling terasa sebab dia kena strong tanpa abah. Selama ni abah yang akan uruskan pegi pasar dan preparation sume tapi kali ni dia kena berdikari sendiri. Aku pasti kalau aku sedih mak lagi sedih. Aku cuba tak menangis pada hari pernikahan aku. Alhamdulillah. Tapi aku nampak genangan air mata mak. Sebab sebelum majlis kami da menangis sama-sama. 

Pemergian abah bagai mimpi bagi kami. Tapi setelah 12 tahun kami semakin menerima kenyataan bahawa hidup mesti diteruskan. Setiap tahun mak sedaya upaya cuba membuat majlis tahlil arwah untuk abah. Semoga abah tenang di sana. Al-Fatihah buat abah Mohd Ghani Bin Sindang. 

Monday, 11 July 2011

APC

Finally, majlis yang ditunggu tiba jugak. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Satu pengiktirafan untuk semua kakitangan awam. Alhamdulillah aku antara yang terpilih sebagai penerima APC bagi tahun 2010. Layak ke ek? Kalo dari segi experience memang banyak lagi yang aku kena belajar. Tapi aku rasa kalo dari segi responsiblity aku rasa aku layak. Ewah masuk bakul angkat sendiri plak. 

Aku baru je keje dengan perkhidmatan kerajaan almost 4 years. Still baby. Tapi alhamdulillah dengan pengiktirafan ini aku rasa sangat dihargai. Tak sia-sia aku balik lambat gara-gara preparation tender board meeting. Lately meeting ni sangat la kerap sampai kengkadang aku da naik jemu dengan keje aku. Tapi aku rasa sangat berbangga pada diri aku kerana dengan tugas ni la aku berjaya mendapat anugerah yang aku rasa sangat diimpikan oleh setiap kakitangan kerajaan. Hopefully aku tak lupa diri dengan anugerah ini dan semoga ia menjadi pemangkin untuk aku terus bekerja dengan lebih tekun lagi. 

Masa majlis tu aku rasa sangat terharu masa nyanyian lagu korporat KKM, Kami Sedia Membantu. Sangat sadis. Yup aku akan jadikan lagu ni sebagai motivasi aku untuk terus bekerja memberi perkhidmatan terbaik pada kerajaan. Tu dia semangat orang baru dapat APC ek. hahaha. Apa-apa pun harap aku tak riak dengan pengiktirafan ni. Insha Allah.

Kami Sedia Membantu

Bangsa yang sihat aset negara
Kualiti hidup dipelihara
Berpasukan berganding bahu
Pertingkatkan taraf kesihatan

Secara profesional khidmat diberi
Kecemerlangan matlamat kami
Dimana pun jua di setiap waktu
Kami sedia membantu

Kami penyayang pada semua
Bagi kami tiada beza
Bertanggungjawab amalan kita
Kesihatan dan maruah dijaga


Secara profesional khidmat diberi
Kecemerlangan matlamat kami
Dimana pun jua di setiap waktu 
Kami sedia membantu

Dimana pun jua di setiap waktu 
Kami sedia membantu



Lagu : Fauzi Marzuki
Lirik : Habsah Hasan

Patutla lagu ni sedap rupanya composed by Fauzi Marzuki. Credite to Fauzi Marzuki...Thumb up!!

Bila tercatatnya sebuah nama....



Baju baru

Agenda

Sila ignore orang dibelakang

Bergambar kenangan

Hopefully aku tak alpa dengan pengiktirafan ni. Dan motivate diri aku jadi lebih baik from time to time...Amin..

Sunday, 3 July 2011

Shopping Pra-Raya 1

Hari ni adalah hari menghabiskan duit. Duit RM1k hasil APC. Majlis APC belum lagi tapi duit da hampir habis. Duit sekarang ni memang macam air. Duit 1k banyak dihabiskan untuk menyambut lebaran 2 bulan lagi. Masa memang sangat cepat berlalu. Pejam celik pejam celik da nak puasa balik. So preparation untuk baju raya mesti start dari bulan ni. Ni baru ada anak satu. Belum dua tiga lagi. Tapi rezki anak ramai lain kot. Kebetulan mega sale da start sampai bulan Ogos nanti. So amik peluang untuk shopping.  Preparation baju raya start dari en fayish punya baju dulu.

  1. Baju Melayu - settled
  2. Baju Kemeja/T-shirt - settled
  3. Jeans - Settled
  4. Kasut - not yet
  5. Songkok - not yet
  6. Sampin/Butang baju melayu - pakai thn lepas punya
Baju raya En Fayish je 10 pasang

En Fayish "pow" abah jeans Ben10 yang mahal

Lepas ni preparation si ibu plak. Ibu rasanya raya tak sakan kot sbb tahun ni turn raya kat kg en somi. hehehe. Tak baik kan? Kalo Puan Mertua dengar kecik ati dia. Baju raya tahun ni disebabkan tak sakan sangat ada dalam 5 pasang. hehehe. Tu kalo tak sakan kalo sakan 10 kot. hahaha. Tapi yang pastinya tahun ni aku tak nak beli kuih raya da. Da 4 tahun aku beli kuih raya tapi tak pernah abis pun. Kuih raya ada lagi sampai hari raya cina.  Lagipun raya kitorang memang tak duk rumah. Lebih banyak beraya sbb nak kutip duit raya untuk en fayish. So, waktu bila orang nak datang rumah makan kuih raya. Kalo datang pun kitorang jamu makan berat. So rasanya kat situ da jimat sbb tak payah menghabiskan duit beli kuih raya. Kalo beli pun mayb tempeyek n mini popia simpul je. Sbb yang tu memang en somi suka. Tahun ni pun tak buat langsir sbb langsir baru tukar tahun lepas. Rumah pun tak cat sbb baru cat jugak tahun lepas. So, shopping raya sangat sederhana tahun ni.  Alhamdulillah. Open house? Tengokla kalo ada rezki kot dapat bonus tebal tahun ni. Kalo tak pegi open house rumah org jela. Rumah aku close house. hehehehe..  Ok tu dia serba sedikit shopping Pra-Raya 1. Aku akan continue di lain entri. 

Thursday, 30 June 2011

Cik Meera Al-Yahya

Hari ni last day Cik Meera Al-Yahya kat Bahagian Perolehan. Ingat tak membe aku yang introduce aku pasal blog. Dan antara kawan aku yang kepala giler gak kat team perolehan. Even kitorang bukan dalam unit yang sama tapi kitorg layan giler kitorang sesama. Maybe akan rasa kehilangan gak bila sorang dari geng da takde. We ols kat ofis pun agak sedikit terkejut sebenarnya dengan desicion cik meera untuk resign dari perkhidmatan kerajaan. Tapi maybe dia ada own reason nape dia decide nak resign. Apapun aku akan doakan semoga dia berjaya dalam apa yang dia hajatkan. Dia je yang tau apa yang dia nak. As friend kita sokong je la desicion dia. Mungkin ada hikmahnya kan. Mana la tau jodoh dia ada di luar sana kan. Kat jabatan kerajaan ni lelaki da agak pupus so agak susah jugak nak cari jodoh. Eh apa plak aku melalut ni. Tapi betul jugak kan. Sambil menyelam sambil minum air. Sambil bisnes sambil cari jodoh. hahaha... And aku jugak doakan cik meera cepat bertemu jodoh. Semoga dia dapat lelaki yang dia idam-idamkan like Seth Tan maybe. hehehe. Apa-apa pun jangan lupa kitorang kat Perolehan. We will miss u mouch!! Akan rindu dengan "arrrrrrrrrrrrrrrrr" ko tu. Kalo free boleh kita lepaking sesama. Karok (ko tak dengar lagi suara aku yang merdu kan??) Nanti kita tengok movie Ombak Rindu sesama ek dengan Cik Hanis, Mrs Zannisya, Pn Kamariah sume. 

:: Unit yang memang sempoi ::

:: Kitorang memang kaki posing ::

:: Ni la Cik Meera kita ::

p/s :

  1. Jangan lupa jemput aku bila nak makan nasi minyak nanti !!
  2. Jaga acct investment aku elok-elok !!
  3. Jangan lupa kat aku bila da kaya nanti !!
  4. Kalau nak g berjimba-jimba jangan lupa ajak aku !!
  5. Ko jangan terharu plak aku create 1 entri pasal ko !! huhuhu
  6. All the best dlm kerjaya n masa depan (jodoh la tu) !!

   

Thursday, 23 June 2011

Ujian Personaliti

Ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:

(1) Anda berada di dalam hutan. Nyatakan dengan siapa anda berjalan?

(2) Sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan. Nyatakan apakah haiwan itu?

(3) Tindakan anda terhadap haiwan itu (biarkan dan pandang je / lari dari haiwan itu / dapatkan haiwan itu).

(4)  Anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci. Nyatakan bilangan kunci itu (dari 1-10           anak kunci)

(5) Anda teruskan perjalanan, tiba-tiba anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan. Pada fikiran anda.. adakah rumah itu berpagar?

(6) Pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

(7) Anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja. Apakah bentuk meja itu?
      ( Bulat / Oval / Segiempat / Segitiga)

(8) Atas meja ada pasu... Berapa banyak air dalam pasu itu? ( Penuh / Setengah / Kosong )

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa? (Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)

(10) Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh. Berapakah laju air itu? (1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)




11) Anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti. Apa ukuran kotak itu? (Kecil / Sederhana / Besar)

(12) Kotak itu diperbuat daripada? (Cupboard / Kertas / Kayu / Logam)

(13) Tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan. Jambatan diperbuat daripada apa?  Logam / Kayu / Rotan )


(14) Di seberang jambatan, ada seekor kuda. Apakah warna kuda itu? (Putih / Kelabu / Coklat / Hitam)  



(15) Apa yang kuda lakukan? (Diam dan tenang / Menggigit rumput / berlari)
(16) TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
        (i)   lari dan bersembunyi di dalam peti?
        (ii)  lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
        (iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


"



 
"



 
"



 
"



 
"



 
"


 
Berikut adalah tafsiran:

(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar.

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. Kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari  dari masalah.

(4) kunci

           1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
        2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
      6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
      berpagar : close-minded
      tidak berpagar : open minded

(6) pintu
      terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
      tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja.

Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
      Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
      Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah tercapai
      Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh                  logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

10) air terjun
      
            0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
         1-4 - ghairah seks rendah
            5 - ghairah seks sederhana
         6-9 - ghairah seks tinggi
          10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
       kecil - ego rendah
       menengah - ego sederhana
       besar - ego tinggi

(12) material peti:
       cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati kepribadian
       logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
        jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
        jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
        rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
        putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
        kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
        hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
       diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
       berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini. Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...

        Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:

        (i)   lari dan bersembunyi di dalam peti?
        (ii)  lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
        (iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

         Apa yang akan anda pilih? Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
         Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
          Jambatan - kawan-kawan anda
          Kuda - pasangan


         (i)   Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
          (ii)  atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
          (iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...