CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 24 December 2011

Persembahan En Fayish sempena Convocation Day!!!

Hari ni jugak merupakan hari convo sekolah en fayish. Dan berakhirnya sesi persekolah CE (caw PPJ) bagi tahun 2011. Next week en fayish akan melalui hari orientasi pelajar 5 tahun di CE (Caw. Presint 18). Hopefully should be ok. 

Majlis Convo en fayish telah berlangsung dengan meriah dan sangat comel di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya. Dan pada hari tersebut en fayish telah membuat persembahan nyanyian...


Nyanyian yang sangat comel tu membuat aku tersentuh dengan bait-bait lagu tu. Tanpa disedari kelopak mata aku dah pun dipenuhi air. Tunggu masa nak tumpah... huhuhu....

Satu... kasih yang abadi

Tiada tandingi dia yang satu

Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu



Tiga... lapar dan dahaga

Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih



Ibu kuingat dahulu

Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa



Sayang dengar lagu ini

Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan
untuk selamanya

Andai kau dalam sengsara 
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Hidup ini sementara...


Kalau anda seorang ibu dan menghayati lagu ini. Pasti leleh punye. Especially Ibu kuingat dahulu Menyisir rambut ku kemas selalu, Ayah menghantar ke sekolah Bergunalah ilmu bila dewasa... sadis tak???

Pentas yang dipenuhi belon...Tunggu masa untuk di grab...

Do u see him?

Comel....di make-over oleh cikgunye...

Haikal, his cousin pun turut serta jugak....
Terima kasih kepada semua guru-guru di Cendekiawan Educare (CE-Caw PPJ) yang telah mengajar en fayish sampai pandai. Very appreciate. Especially to cikgu Ida & cikgu Zila. Sangat banyak perubahan dan tak rugi hantar kat sini. Sebab tu kami continue hantar kat CE untuk tahun depan plak. 

No comments:

Post a Comment