CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 29 July 2011

Perjumpaan PIBG Cendekiawan Educare

Semalam perjumpaan PIBG kali ke 2 sekolah en fayish. Tapi perjumpaan kali ini aku tak dapat follow sebab tugas terhadap negara. hahaha... Lagipun masa sangatla tidak sesuai. Hari Jumaat pukul 12.00 tghr. So, diputuskan hanya en somi saje yang akan menghadiri perjumpaan dengan cikgi-cikgi kat sekolah (jelesnye....). Lagipun lepas dia pegi sekolah en fayish dia boleh terus solat jumaat kat masjid besi yang bertentangan dengan sekolah en fayish. Malam sebelum tu en somi mintak listing apa soklan yang nak ditanya kepada cikgi nanti. Aku pun memikirkan apakah soklan-soklan spot yang nak ditanya. Antaranya ialah :

  1. Cikgu, da kawin ke belum? itu tipu! kalo dia tanya jugak siap dia....(haip!!).
  2. Macam mana pelajaran en fayish di sekolah? Soklan standard aku rasa....
  3. Adakah en fayish makan di sekolah? Sebab bila balik je rumah lapar macam tak makan 4 hari...
  4. Macam mana hubungan dengan cikgu & kawan-kawan? Sebab masa mula-mula dulu en fayish agak pendiam dan kurang mesra dengan cikgu dan kawan-kawan.. kawan dia hanya Haikal. (anak menakan en somi yang jugak dihantar sekolah yg sama)...
  5. Penggunaan diapers da boleh di "stop" kan ke? Sebab kat rumah en fayish da tak pakai diapers lagi even malam pun da tak ngompol lagi.
  6. Kalo en fayish absent adakah pelajaran pada hari dia absent akan diulang?
So, itu je la soklan yang dapat aku pikirkan buat masa ni. Selebihnya ikut en somi la. Kot-kot nanti tengok muka cikgu tu terlintas nak tanya soklan apa...So, mari kita tengok jawapan cikgu.

  1. Menjawab soklan pertama tadi. Saya belum kawin tapi tak hingin dengan suami orang!!!! hehehe...(kalo sume pompuan jawapan macam ni kan bagus...)
  2. En fayish seorang yang cepat faham dan cepat tangkap apa yang diajar. (alhamdulillah)....
  3. Kat sekolah dia makan banyak. Mungkin dia tengok kawan-kawan sume makan. So, dia selalunya habiskan makanan dia. Cuma dia agak memilih makanan. Dan kat sekolah sediakan makan 3 kali sehari. (Ok, fine la kalo macam tu...mungkin da baka kot, tengok la bapak kecik...makan banyak pun badan macam tu jugak..)
  4. Sekarang ni da ok dengan cikgu dan kawan-kawan sume. Takdelah asyik nak melekat dengan haikal je. Kalo dulu haikal cuti, en fayish akan menangis, muka monyok je tapi sekarang da ok. (alhamdulillah...en fayish ni amik masa sikit nak panas...itu macam aku...tak kenal maka tak cinta...)
  5. Rasanya kalo da tak hantar diapers pun takpe. Sebab kalo dia tido pun da tak kencing lagi. (alhamdulillah jimat....)
  6. Jawapan yang ni aku kurang berkenan sikit. Kalo en fayish cuti, pelajaran pada hari dia cuti takkan diulang tapi takpe en fayish cepat follow balik kawan-kawan sebab dia cepat tangkap...(okla kalo macam tu...)
Biasala kalo mak-mak datang mesti taknak cucu diorang hantar pegi sekolah. Cikgu still suruh hantar jugak ke sekolah kalo nenek/atok dia datang, then tengahari kul 12pm boleh amik. Coz sesi pembelajaran sampai kul 12 je. Ok, Noted!

Lain-lain ialah en fayish antara yang susah bila nak suruh tido. Asyik nak main je. Takpela budak-budak kalo asyik di suruh tido nanti lemau plak. hehehe...Lagipun perangai susah nak tido ni ikut abah dia. Sangat kuat berjaga. Rasanya tu je kot sedikit sebanyak perjumpaan dengan cikgu. 

Apa yang aku dan en somi harapkan agar en fayish akan jadi anak soleh dan cerdik. Kami sangat berharap en fayish akan jadi Engineer bila besar nanti. Sebab kitorang tengok kecenderungan en fayish lebih banyak ke arah itu. Insya Allah. Ibu akan sentiasa doakan anak-anak ibu. Amin. 


Klik pautan di bawah :



Sunday, 24 July 2011

Feel guilty...

Mood sedih. Baru balik dari rumah mak Selayang. Rasa bersalah ni selalu datang menyerang bila aku nak balik dari rumah mak aku ke Putrajaya. Aduhai....sob...sob...sob...

Bila Ramadan menjelma je ni la perasaan yang akan datang menyerang. Tambah-tambah bila turn raya aku tahun ni kat rumah puan mertua. Dengan sape la mak raya tahun ni. Nama je ada 5 beradik tapi tu la susah kalo takde adik beradik lelaki. Kalo la aku ada abang sekurang-kurangnya dia boleh kurangkan kesedihan mak. "Mak akak mintak maaf sebab tak dapat beraya dengan mak, tahun ni turn raya kat rumah Mal"... tapi aku tak mampu meluahkannya pada mak. Ya Allah hanya Kau saje yang mengerti perasaan hamba-Mu ini. Perit rasanya untuk ditelan kenyataan yang aku sudah punya rumah tanggaku sendiri. Aku mesti mengikut suamiku.

Along sejak berhijrah ke Terengganu agak jarang balik ke KL lagi. Mungkin tuntutan keluarga. Bersuamikan polis menuntut along berkorban kerana suaminya. Angah pun dah berhijrah ke Perak mengikut suami. Apakan daya suami tetap no. 1. Ude pun dah berhijrah mengikut suami ke Sandakan, Sabah. Tahun ni ude mungkin tak dapat beraya dengan mak sebab da sarat mengandung 8 bulan. Hanya tinggal aku dan alang yang tinggal berhampiran dengan mak. Tahun ni plak aku dan alang turn beraya rumah mertua masing-masing. Along dan angah tak pasti lagi dapat beraya di KL atau tak...Habis mak??? Mak nak raya dengan sape? Entah nape tetiba masa aku bersiap-siap nak balik Putrajaya tadi mak menangis. Sedih memikirkan sape yang akan menemankan dia beraya tahun ni. Aku pasti mak mesti rindu abah. Kalo la abah ada......

Sejak along, angah dan ude berhijrah mengikut suami masing-masing, aku sedaya upaya cuba untuk balik ke rumah mak setiap minggu. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesedihan mak. Tambahan sebagai anak bongsu kepulangan aku sentiasa di nanti. Tetapi tuntutan aku sebagai isteri kadang-kadang menyekat aku untuk balik menziarah mak selalu. Inilah kenyataan yang harus aku terima. 

Cuma satu yang aku harap semoga along dan angah dapat balik beraya dengan mak tahun ni. Ya Allah, semoga Kau mendengar rintihan aku ini. Sesungguhnya hanya Kau yang mengerti dan memahami akan isi hati hambaMu ini. Kau makbulkan doa ku semoga mak bergembira di hari raya nanti. Amin.

Friday, 22 July 2011

Jom Sign Up!

Jom sign up Huggies Club! Aku sebenarnya da lama sign up, masa en fayish baby lagi sbb aku memang huggies user. Huggies sgt comfort.. cewah.. nape diorang tak invite aku jadi duta huggies ek. Perasan. Tetiba setelah sekian lama saje check my account balik. Tengok perkembangan terbaru kot-kot diorang da upgrade website. Yess terbukti mereka telah membuat pembaharuan dalam website diorang dan boleh dikatakan sangat useful terutama kepada bakal-bakal ibu, info tentang pregnancy, newborn, baby care, parenting n so on.. 

So, apa lagi jom sign up!!

Sila klik pautan di bawah...

Huggies

Their new hobby

Ini adalah hobi baru mereka selain daripada xtvt yang selalu mereka berdua buat iaitu computer games.

Ni mentor punye...

protoge yg ber"IQ" engineer...Pantang jumpa test pen...

Test his car.. 

Ni protoge punye...


En somi telah menghabiskan ratusan dan mungkin juga ribuan untuk melengkapkan control car nye. Minat itu diturunkan pulak ke si anak.Minat memang macam-macam. Layan je la. Asalkan keperluan isi rumah cukup...

Tengok la budak sekarang memang genius...

Adakah mereka sudah bersedia?

Look!!

Sudah agak lama en somi tak pegang baby...Ternyata tak kekok pun..

"saya nak baby, ibu!"....

"saya nak hug baby..."

Rasa sangat syahdu tgk pic ni. Nampaknya aku dan mereka telah bersedia untuk menambah our family members. Dan aku especially sangat menginginkan baby girl plak. hehehe.. Boleh dapat ke tak ek? Baby di atas adalah anak menakan en somi. Comel kan dia macam Japanese. Putih dengan mata sepet. Tapi baby aku nanti tak mungkin seperti itu kot. Hahaha... 

Nur Khadeeja Qaisara

Comel kan?
Sekarang bila tengok baby aku rasa sangat excited. Semoga Allah memberi aku kesihatan luar dan dalam sebagai persediaan sebelum mengandung. Dan semoga Dia memperkenan doa aku untuk mengandung kali kedua. Dan kalau boleh baby girl pulak. Amin. 


* Anak menakan = anak sedara

Wednesday, 20 July 2011

Rahim

Sebenarnya nak share benda ni. Dalam tubuh seorang wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu Rahim.  Perkataan ini di ambil daripada Nama-nama Allah (Asmaul Husna), yang bermaksud "Maha Penyayang". Allah s.w.t tidak akan memberikan nama semulia ini kepada sesuatu yang hina disisi-Nya. Rahim inilah penghubung kepada semua makhluk. Di alam rahim inilah, wanita menjaga dan melahirkan ciptaan-Nya.  Anugerah rahim kepada kaum wanita ini adalah bukti mereka dimuliakan oleh Allah s.w.t. Wallahu a'lam. 


Sambut kepulangan suami

Just nak share something yang aku tengah baca sekarang dan yang pasti memberi peringatan bersama kepada semua isteri-isteri termasuk aku yang kadang-kadang take for granted benda-benda macam ni. 

Dipetik dari buku "Bunga Kebahagiaan" tulisan Dato' Nik Aziz Nik Mat, setiap kali pulang dari kerja, sang suami sangat memerlukan bantuan isterinya bagi menghilangkan rasa letih yang ditanggungnya di tempat kerja. Oleh itu, isteri yang menyambut harus pandai memahami mood dan kehendak suami.


Sambut kepulangan suami dengan senyuman. Tunjukkan wajah yang manis dan elakkan dari tidak acuh dan masam muka. 

"Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, dia akan berada dalam kemurkaan Allah S.W.T hingga dia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya" - Sabda Rasulullah S.A.W.

Sebuah hadis ada menyebut, apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya gugur segala dosa daripada celah-celah jari mereka berdua. Oleh itu, rebutlah peluang untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf kepadanya. Menarik kan!!

Jom share ni!

"Terdapat suatu riwayat, pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang wanita yang begitu taat dan memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan, disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah, anak Rasulullah. Lalu beliau bertanya kepadanya bagi mengetahui rahsia di sebalik perlakuan wanita itu.

Wanita itu berkata, "Aku bersiap-siap dan mengangkat kainku supaya mudah sekiranya suamiku ingin menyempurnakan hajatnya ke atas diriku. Tuala ini gunanya untuk mengesat peluhnya, air ini bagi menghilangkan dahaganya manakala rotan ini digunakan untuk menghukum aku  sekiranya aku membuat sebarang kesalahan"

Kebahagiaan rumah tangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik rupa parasnya, tapi jika layanannya yang baik terhadap suaminya sudah tentu dia akan menjadi penghibur dalam rumah tangganya. Oleh itu, para isteri sume berusahalah menjadi seorang isteri solehah. Wallahu A'lam.