CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 28 May 2011

Keluarga Bahagia

Pagi minggu yang cerah. Hari ni aku nak update sikit pasal "Keluarga Bahagia Pemangkin Dalam Meningkatkan Kualiti Kerja di Pejabat". Sebenarnya, last friday aku p dgr ceramah topik pasal rumah tangga bahagia ni la. Nama ustaz aku tak hingat da. Tapi banyak yang boleh dijadikan panduan dalam merealisasikan rumah tangga bahagia. ewah mukadimah sangat la bermotivasi.

Aku pun sekarang ni tengah bermuhasabah diri. Tengah menghabiskan baca buku Panduan Merancang Keluarga Bahagia. Buku yang menarik. Sejak akhir-akhir ni rajin plak aku pinjam buku kat library opis. Setelah almost 4 tahun keje baru nak menjejakkan kaki ke library. Kalo tak pasal aku nak amik exam KPSL ari tu da tentu2 sampai ke pencen le tak datang gamaknya. hahaha. bagus jugak kan. Bebudak kat opis, especially, puan zannisya n cik meera sibuk baca buku Kasih Yang Suci...(diorang tgh giler dgn Seth Tan), aku sibuk baca buku Panduan Merancang Keluarga Bahagia. Macam tak bahagia je kan, baca buku rancang keluarga bahagia ni. Hehehe. Simpang taknak masuk persatuan Isteri2 Teraniaya....choiiii.....taknak...taknak...



Aku baca buku ni untuk menambah lagi kebahagiaan rumah tangga dan meningkatkan lagi kemesraan suami isteri agar sentiasa harum selamanya, hehehe...berbalik kepada ceramah yang aku pegi tu. Dalam rumah tangga mesti ada Loving, Caring, Sharing, Giving & Forgiving. 

Loving 

Suami Isteri mesti menunjukkan kasih sayang. Panggillah dengan panggilan yang mesra dan manja. Jangan sesekali memanggil namanya, contohnya Apek, Cik Mad etc. ehehehh....Salah satu faktor yang dapat membangkitkan kecintaan dan kemesraan suami isteri ialah dengan panggilan sayang. Ucapkanlah sayang sekurang-kurangnya sehari sekali. Bukannya susah kan....


Caring

Ambil berat la antara satu sama lain. Ibarat bahagian-bahagian tubuh manusia, jika satu anggota sakit, maka seluruh badan akan merasa sakit. Inilah ikatan batin yang harus ada pada rumah tangga dalam mencintai, mengasihi dan merasakan kesedihan atau penderitaan. Harus mewujudkan prinsip saling menanggung dan berkongsi perasaan gembira mahupun sedih. Dalam kehidupan keluarga, ada saat-saat gembira dan saat-saat derita. Jika suami isteri menyatukan sikap dan perasaanya,  maka mereka akan menghadapinya dengan ringan. Buangla perasaan ego dan dendam. Insya Allah akan merasai nikmatnya perkahwinan. da macam pakar motivasi keluarga da aku rasa. hehehe...




Sharing

Sharing yang ustaz citer ari tu lebih kepada faktor kewangan. Sememangnya, apabila berkahwin isteri dan anak adalah tanggungjawab suami. Tapi tak salah kalo isteri turut sama-sama membantu suami meringankan bebanan. Ingatlah dalam Islam ada menyatakan kahwinila perempuan kerana hartanya. Dalam konteks sekarang ni, kahwinila perempuan kerana dia bekerja. Nescaya dia akan membantu dalam meringankan bebanan keluarga. Yang ni aku lulus la kot sbb aku keje kan. hehehe...

Giving

Saling memberi hadiah. Perbuatan saling memberi hadiah ini akan membuahkan rasa cinta antara pasangan suami isteri. Sekali-sekala ciptala suasana suprise dalam memberi hadiah. Terdapat beberapa faktor menyebabkan suami isteri tidak saling mahu menghadiahi, antaranya kerana menganggap tidak penting sbb mereka sudah menjadi suami isteri dan kerana takde duit utk membeli hadiah. Hadiah tak semestinya mahal kan. Tu pun nak ajar ke?



Forgiving

Saling memaafkan. Dalam kehidupan suami isteri, suasana saling memaafkan dan mengalah sangat diperlukan agar tidak menimbulkan fitnah dalam rumah tangga. Jarang kita dengar suami isteri tidak bertengkar, tetapi jika kita dengan mudah saling memaafkan serta mengalah nescaya akan cepat kembali tercipta suasana mesra dan kerukunan  dalam rumah tangga. Setiap orang tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Jika ada perasaan memaafkan insya Allah akan terciptalah suasana tenang dan mesra. Sebaliknya, janganlah menghadapinya dengan sikap mahu menang dan ego. 



Kesimpulannya, kalau nak APC pastikan keluarga anda bahagia....hahaha....aku pun baru kwin 4 tahun masih dalam proses meningkatkan kemesraan, menambahkan rasa cinta dan mengawal emosi. Mana ada rumah tangga takde masalah kan. Bak kata P.Ramlee sedangkan lidah lagi tergigit. ok renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s : Aku nak share kisah Rasulullah sikit.

"Suatu ketika ada seorang isteri Rasullullah yang menghadiahkan roti di atas piring besar kepada Baginda. Ketika itu Rasulullah sedang berada di rumah Aisyah, lalu tangan pelayan itu dipukul oleh Aisyah, hingga piring itu terjatuh dan pecah. Lalu Rasullullah mengambil roti yang berantakan dan meletakkannya di atas pecahan piring , seraya bersabda : "wahai pelayan, makanlah roti ini. Ibumu kini sedang cemburu." 

Monday 16 May 2011

Sehari Di Langkawi

Sebenarnya, da lama da aku balik dari bercuti. Tapi baru ni sempat nak update. Holiday yang tak dirancang. Asalnye en somi ajak balik kampung coz da hampir 7 purnama tak balik. Since balik raya tahun lepas. Tuan dan Puan Mertua je yang rajin datang sini. Kitorang da sekian lama giler tak balik. Planning nak balik raya cina, Satria kesayangan en somi plak buat hal. Merajuk gamaknya bila kitorang plan nak beli kete lain. Until sekarang pun even da ada Myvi kitorang still naik gak kete Satria takut dia tambah merajuk lagi. Finally, keputusan balik kampung terpaksa di pospone ke penghujung bulan April.

Citenye, bila da balik kampung saje je la planning dgn adik² ipar aku, ajak g Langkawi. Kononnye nak g 3 hari 2 mlm la. Aku support homestay n kete sewa. En somi support feri, makan n minyak kete. Plan punye plan last² g balik hari je. Sbb sume homestay penuh coz ramai org amik peluang cuti Labour Day g Langkawi. Tak pela balik ari pun balik ari la janji dapat pegi. Memandangkan kitorang somi isteri da lama giler tak g Langkawi. 


So, 1 May 2011 ari tu, sampai jugak hajat aku nak pegi Langkawi. Asalnya nak beli Visions je. Last² ha tengok brp bnyak aku borong kat Idaman Suri n Haji Ismail Group. Since da berumah tangga ni aku lebih interest pada pinggan² mangkuk drp benda² lain. Interest da macam orang tua kan. Maybe aku da terdedah dengan benda² mcm ni drp aku kecik lagi. Mak aku pun minat. Adik beradik aku pun sume pompuan. Sbb tu kot minat aku lebih kepada menghias, gubah bunga, beli bunga sume. Dan nsib bek aku dapat en somi yang rajin melayan karenah aku. Kejap nak ubah perabot kat sini kejap nak ubah sana. Tiap² tahun nak cat umah. Kejap kang nak pegi Nilai beli pasu la beli bunga la beli cermin la beli carpet la. hehehe. Kejap kang nak pegi Ikea la, Macy la. Ikutkan aje. Eh ni da lari tajuk ni.


Masuk balik pada tajuk asal. Kitorang gerak awal² pagi lagi dari rumah kejar feri kul 8.00 pg. Rumah mertua aku dengan Kuala Perlis 15 minit je. Dan perjalanan nek feri ke Langkawi lebih kurang 45 minit. Nek flight dr KUL ke Langkawi brp jam?  Tengok plak harga tiket mak ai mahal giler. Nape la en somi takut nek flight. Kalo tak, tak payah mabuk²kan diri nek feri. Da la mahal. Nsib bek feri dia yang bayar. Kali 6 tgk. RM 18 x 6 orang [ x 2] = RM216. Takpela janji dapat pegi kan. Seronok!! rasa nak pegi lagi, kali ni nak stay sana plak. 1 hari mana nak puas. Tengokla sorotan gambar² percutian singkat aku ni.


Feri yang kitorang naik
Tiket feri yang mahal


Barang² yang aku beli. ni campur dengan Puan mertua punye la.


Mcm biasa la hobi aku masa kat dalam feri



Geram tengok

Nice Caption

Sunday 15 May 2011

Luck 2011

Alhamdulillah...yang ditunggu-tunggu tiba jugak. sekejap jugak EPF ni proses duit aku. TQ pada akak yang aku submit form kat pej EPF Kajang. akhirnya kaya jugak aku. seronok rasanya. boleh tuju lagu tak???hahaha lawak klise jambu. seronok layan JAMBU n JOZAN dlm silent comedy semalam.

Rasanya tahun ni adalah my best n lucky year utk aku. Dapat kuarkan duit EPF, dpt nek kete baru kuar kotak, dapat beli periuk Visions yang telah lama diidam-idamkan, dapat g Langkawi (setelah 11 thn x pegi, w/pun dpt nek feri je & tak dapat nek flight), & yang paling best aku telah diberi pengiktirafan utk dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). baru dapat 15k dapat plak 1k lagi. alhamdulillah.

Betul la kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak sape yang tau.. alhamdulillah. sesungguhnya aku bersyukur. dan dek kerana besyukur itu, aku baru je sign up on-line kat pusat zakat. kalo diikutkan nisbahnya aku kena berzakat dalam RM375.00. semoga dpt keberkatan dunia akhirat kan.


Duit kuar EPF pun sebenarnya tak dan nak buat pe² lagi. baru guna beli nset. nset murah je. ingat nak bei E72 macam cik Meera, tapi mahal lagi. beli E5 jela. janji ada E kan?? hikhikhik. 


konon nak melabur pun tak sempat lagi dek kerana busy giler pas balik dari kampung en somi 2 mgu lepas. balik je dari kampung bz kursus kat INTAN, pastu bz baca buku plak. amik exam KPSL gred N27. nak jadi EO la konon. tengok la mggu ni aku akan sign up CIMB Wealth ye cik Meera. balik dari kampung ingat nak balik selayang mggu ni. en somi de hal plak. rindunye aku kat my mom. Puan Latipah. mggu lepas sempat wish je mother's day. hadiah da beli da tapi tak sempat nak bagi. mggu depan anakanda balik ye bonda. rasanya hampir satu purnama anakanda tak balik. en fayish pun wish happy mother's day kat aku. tengok apa dia bagi kat aku. cute kan?? syahdunye. tq sayang.

Cute kan??
cite pasal mother's day ni kena create post lain. tapi takpela sekali jalan. kalo nak ikutkan banyak nak cite ni tapi nanti-nanti la ek. ok itu saje utk post aku yang luck di tahun 2011 ok. semoga ni akan menjadi permulaan yang baik utk aku sampai hujung tahun ni dan sampai bebila. amin.