CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 24 April 2011

Late-Come-Moon

Hehehe...maknanya lewat datang bulan...suka hati aku la. ada aku kesah! da masuk sebulan aku tak datang period. maknanye apa ek? pregnant kah aku??? en Fayish da nak masuk 4 tahun. boleh kot nak ada adik kan. kesian dia sorang-sorang. ramai orang cakap "sian kat farish tu, bagila adik kat dia ila". hehehe...sape taknak tambah keluarga kan? tapi kesakitan yang aku rasa 4 tahun dulu masih terasa lagi. mai sini aku nak share sikit pengalaman aku bersalin kan en fayish dulu. keputusan HCG aku +ve ke -ve last nanti aku gtau ek.


Dulu aku tengok kat drama je orang sakit bersalin ni. ada yang meraung. ada yang mengerang. aku rilek je. hahaha. berlagak plak kan. takde la. tipu je. rasanya sama je. sakit tetap sakit. korang bayangkan la, nak keluarkan sorang manusia dari ******... mau tak sakit. da keluarkan nak kena jahit plak. tangan terkena kertas A4 pun sakit ni plak nak jahit-jahit. adus... Tuhan je yang tau. tapi yang peliknya orang pompuan ni langsung tak serik kan? ada yang anak diorang sampai berbelas orang. aduhai rabak aku rasa tu. yang satu ni pun rasa da tak syok da. ni kan plak berbelas-belas. sian suami dia nant kan tak rasa apa nanti. ooopppppssss. eh takpe kot membe-membe aku yang baca ni sume da akil baligh kan? kan? kan? Cik Hanis Izzati dan Cik Meera Al-Yahya pun da pandai kan? kan? kan?


Masa aku nak bersalin kan en. fayish dulu. aku keluar tanda darah. orang kata, nak bersalin ni lain orang, lain style nye. ada yang keluar tanda air dulu, ada yang terus rasa nak push. Seingat aku tanda darah tu dalam pukul 3 pagi. masa tu rasa contraction yang tak berapa kuat sangat la. sekali contraction dalam 15 min sekali. tapi aku tak kejutkan en somi lagi, sbb aku rasa boleh tahan lagi. macam mana aku nak describe kan sakitnye ek. memulas macam senggugut kot. tapi korang x 100 la sakit dia. ha sakit tak? sakit tak? tu masa da nak deliver la. masa bukaan da 9cm macam tu la rasa dia. masa tu aku diberi oksigen je utk tahan rasa sakit. tapi aku rasa oksigen tu pun macam tak memberi apa-apa kesan.

ok rewind balik lepas aku da rasa contraction 15 min tu, aku rasa makin lama, makin kuat dan makin kerap. dari 15 min jadi 5 min. aku pun kejutkan en somi. "abg, ila rasa cam da nak bersalin la, sakit....tadi da keluar tanda. tapi taknak kejutkan abang lagi, tapi sekarang da tak boleh tahan la sakitnye, abang kejutkan mak..." en somi bungkas bangun. kejutkan mak aku. mak aku baru sampai 2 hari lepas. so lepas solat subuh aku pun siap-siap nak g hospital. hari Isnin 24 Disember 2007, memang tarikh terakhir aku lepas due. due aku sepatutnya 17 Disember 2007. tapi sebelum aku sampai kat hospital sempat singgah jap kat petronas nak beli aiskrim. permintaan terakhir sebelum deliver. hehehe mesti cashier tu pelik tengok en somi pagi-pagi buta kul 6.30 pagi beli aiskrim. tq dear kerana memenuhi permintaan terakhir isterimu yang macam-macam ni.


Sesampainya di hospital, aku pun mendaftar kat kaunter pendaftaran. dalam sakit-sakit tu boleh lagi mendaftar. doktor yang bertugas untuk check bukaan aku hari tu doktor pelatih. muda belia giler. aku rasa umur dia dalam 24 tahun. freshies. Bukaan da 4cm. Aku rasa lepas proses check-mengecheck, aku masuk labour room dalam pukul 8.30 pagi. So bermula la kesakitan aku yang semakin lama semakin tak dapat ditahan lagi. akhirnya keluar la en fayish dengan berat 2.98kg. 24 Disember 2007, pukul 1.40 petang secara normal tapi terpakasa di vacum. takpela kan janji selamat. apa-apa pun tq kat en somi yang sudi menemani disaat genting tadi. Moment tu tak kan aku lupa sampai bila-bila pun.


Tapi korang tau tak lepas da abis azab bersalin tadi, aku terima satu azab lagi yakni azab jahit-menjahit. ha yang ni paling rare sekali aku rasa. korang bayangkan la, aku dua kali kena jahit. ni sume kerje doktor yang tak profesional la. ntah apa-apa ntah buat kerje. kalau aku duit banyak tak hingin nak pegi hospital gomen ni. (walaupun aku keje dengan KKM)...service macam puaka. menci. dia ingat aku punya ***** ni kain ke apa? boleh tetas-tetas plak. Baby betul la Dr. tu. sampai bila-bila aku ingat doktor ni. doktor pompuan nama dia Dr. Awanis. kalau korang jumpa dia masa nak bersalin nanti, tolong la mintak ditukarkan dengan doktor lain. lupa plak nak cakap aku bersalin kat hospital Putrajaya. kang korang pergi kat hospital Kota Bahru cari Dr. Awanis, memang tak jumpa la. ok tu la dia serba-sedikit citer experience aku masa bersalin dulu.


Tapi sekarang rasanya, da bersedia kot nak menambah lagi. Mana tau dapat baby gurl plak. Jeles au tengok Puan Kamariah beli baju anak dia. Korang doa-doakan la aku ek.

Ini la dia keputusan HCG aku.


Ni bukan aku punye tapi sama la macam ni result nye. (keputusan -ve) = gagal!


Sekian...

Friday 22 April 2011

En Somi yang jiwang

LUAHAN HATI by KRISTAL


Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta



Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu


c/o
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jika engkau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu


Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti


Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih


Korang rasa en somi aku ni jiwang tak? jiwang tak hingat kan. sebab tu aku kawin dengan dia. hehehe. aku suka bila dia mula memujuk. dulu la. sekarang aku rasa mcm nak kiamat la kalo dia nak pujuk. hehehe. tu tipu je ek. en somi ni sekarang ni egois la. ntah apa-apa ntah. sebelum kawin bukan main lagi. asal aku merajuk je nak tuju lagu. asal merajuk je nak nyanyi lagu. lagu plak lagu jiwang tak boleh blah. lagu cintamu mekar dihati la, lagu relaku pujuk la, lagu delaila la. padahal nama aku da terang-terang FADILAH. mmm apa-apa jela. dia kata dalam bait-bait lagu delaila tu ada ayat ni. "seluas langit raya tiada sempadannya. begitu cintaku pada FADILAH"...suka-suki tukar lirik lagu tu. takpela tapi aku suka. "alala sukanyeeeee" (tiru ayat shuib sepah)...wakaka...

Seluas langit raya..boleh la gambar ni ek..
korang rasa kenapa ek lelaki sekarang ni. da macam lumrah kan. sebelum kawin bukan main jiwang lepas kawin je berubah kaler. tak best la kalo macam ni. cer tengok mat salleh. very the romantic n gentleman. best kan? takpela apa-apa pun, aku redha dengan jodoh aku. hehehe. macam kawin paksa plak kan. jodoh yang telah ditentukan Allah. semoga ikatan perkahwinan aku akan berpanjangan. Ya Allah, kalau benar ini jodoh aku hingga aku menutup mata. kau eratkan lah lagi ikatan kasih kami disamping iringan tawa anak-anak. Amin.
kalo rajin search la lagu Luahan Hati dari Kristal tu. best tau...layannnn...lagu ni en somi tuju kat aku. tq dear.

Sekian.

Tuesday 12 April 2011

Going To Be OKB

Dalam masa 21 hari lagi aku akan jadi OKB a.k.a Orang Kaya Baru. Tak sabar rasanya nak membelanjakan duit yang ada. Hasil titik peluh aku membanting tulang bekerja selama 6 tahun. Kalau ikutkan keseluruhan duit aku ada lebih kurang RM22,200.00. Tapi selepas dikira-kira, ditimbang-timbang, ditolak-tolak ada dalam lebih kurang RM13,000.00. Kalau betul la pengiraan aku ni. Mak ai, banyak jugak. Alhamdulillah. Hopefully aku dapat membelanjakan duit ni ke jalan yang benar.


Gambar Hiasan je ni..


Kalau nak diikutkan plannye banyak. Entah cukup ke tak ek. Ni dia senarai yang ada dalam listing aku.

1)  Aku plan nak beli rumah. Yela da sah jawatan boleh la beli rumah melalui pinjaman kerajaaan. So nanti kalo nak beli rumah macam² developer mintak. Kang mana plak aku nak korek. So, ni ada la sikit yang aku nak simpan untuk bayar duit lawyer. Sikit-sikit simpan lama-lama jadi banyak kan??

Bayar duit lawyer beli rumah..gambar ni je jumpa..


2) Aku nak buat pelaburan dengan CIMB Wealth. Hehehe. Cik Meera Al-Yahya, tunggu aku akan melabur kat ko. Pas aku kaya, ko pun akan kaya gak. En Somi da melabur RM2k under membe dia. Takpe la aku melabur under membe aku plak.
 
3) Pastu aku nak beli saham Bank Rakyat yang sekarang tengah dibuka. Limit RM500. Takpela janji dapat masuk.
Borang beli saham..


4) Nak beli laptop. Finally dapat gak aku memilikinya. Ni asyik pakai PC kat umah ni. Asyik berebut guna dengan En Somi. En Somi kalo da guna tak hingat dunia. Pas ni aku da tak payah berebut lagi. hehehe...

Dell Pilihanku...


Ok tu la antara listing penting aku. Tunggu duit je tak dapat lagi. Hopefully sume berjalan dengan lancar. Amin.

Wednesday 6 April 2011

Di Pagi yang Larra

Syahdu je rasanya pagi ni. rasa nak nangis ada. rasa nak marah ada. nak tampar orang pun ada. nak ludah orang pun ada. hahaha.. mood tak berapa nak ok pagi ini.  moody... agaknye en somi pun pasan. dalam kete senyap sunyi. hanya kedengarah celoteh KE & SY dalam corong radio SINAR.FM. ok tu dia mukadimah pagi yang mendung ni. mendung ke? rasanya hati je yang mendung kot. tak tau mana silapnye. en somi tak buat hal pun. aku je yang lebih². ni kalo tak period mesti peknen...hehehe...panjang plak mukadimah.

actually, aku sebenarnya nak share sikit pasal kesyahduan aku last weekend (baru ari ni nak update), bila aku dengar en fayish baca al-fatihah. pada aku dalam usia 3 tahun 3 bulan. he is too young, tp da pandai. sejuk aku rasa perut aku mengandungkan dia. hopefully, 1 day dia akan jadi anak yang saaaaaaaaaangat baik, cerdik. sebagai ibu apa lagi yang aku harapkan dari anak sulong kan. bukan anak sulong je tapi sume anak-anak. cuma anak sulong adalah yang paling dinanti-nantikan. setuju tak? dalam erti kata lain harapan keluarga. 

since en fayish da ke sekolah, dia sangat membanggakan aku & en somi. betul la orang kata, anak ni ibarat kain putih. kita sebagai parents yang mencorakkan hala tuju diorang. paling aku tak boleh blah, selain dari boleh baca al-fatihah, even tak clear n fasih, dia boleh baca doa makan siap dengan terjemahan. aku pun tak hingat terjemahan doa makan. korang hingat? lastly, en fayish yang ajar ibu dia terjemahan doa makan. tak payah cite la doa-doa yang lain. doa lepas makan, doa tido. 

Gambar hiasan

sesungguhnya Ya Allah aku amat bersyukur sekali di atas pemberian ini. sadis plak tetiba. since dari kecik lagi en fayish sangat mudah untuk dijaga. even sampai sekarang. nakal tu tak yah cite la sume budak pun nakal. tapi menangis, merengek memang takde. aku harap biarla dia macam tu sampai besar pun. sekarang ni macam-macam masalah sosial kita dengar. takut rasanya bila dengar. Ya Allah kau jauhkan la anak-anak aku dari perkara-perkara yang mendatangkan kemungkaran dan perkara-perkara yang tak baik. aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak aku. amin.

Ok tu je utk hari ni. ada keje yang sedang menanti. dokumen tender sedang memanggil² untuk di coding.  

Saturday 2 April 2011

Hasil Kreativiti En. Fayish

Hari ni ada perjumpaan ibu bapa dan guru kat sekolah en fayish.. Konsepnye lebih kurang macam perjumpaan PIBG. Tak terpikir dek akal rasanya sekarang ni aku plak yang join perjumpaan ni. Mean, terasa usia aku da semakin meningkat a.k.a janganla nak perasan muda. Tapi en somi kata aku still cute...hahaha. Nak jugak. Ok tu dia mukadimah...

Aku nak share sikit apa yang aku dapat masa discussion tadi. Sgt terharu.




Hasil kreativiti En. Fayish....

Ni plak experiment yang en fayish buat kat sekolah.


Telur dalam air masin = Timbul
 Decision aku utk hantar en fayish kat sini mmg berbaloi. Terima kasih Cendekiawan Educare .