CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 12 April 2011

Going To Be OKB

Dalam masa 21 hari lagi aku akan jadi OKB a.k.a Orang Kaya Baru. Tak sabar rasanya nak membelanjakan duit yang ada. Hasil titik peluh aku membanting tulang bekerja selama 6 tahun. Kalau ikutkan keseluruhan duit aku ada lebih kurang RM22,200.00. Tapi selepas dikira-kira, ditimbang-timbang, ditolak-tolak ada dalam lebih kurang RM13,000.00. Kalau betul la pengiraan aku ni. Mak ai, banyak jugak. Alhamdulillah. Hopefully aku dapat membelanjakan duit ni ke jalan yang benar.


Gambar Hiasan je ni..


Kalau nak diikutkan plannye banyak. Entah cukup ke tak ek. Ni dia senarai yang ada dalam listing aku.

1)  Aku plan nak beli rumah. Yela da sah jawatan boleh la beli rumah melalui pinjaman kerajaaan. So nanti kalo nak beli rumah macam² developer mintak. Kang mana plak aku nak korek. So, ni ada la sikit yang aku nak simpan untuk bayar duit lawyer. Sikit-sikit simpan lama-lama jadi banyak kan??

Bayar duit lawyer beli rumah..gambar ni je jumpa..


2) Aku nak buat pelaburan dengan CIMB Wealth. Hehehe. Cik Meera Al-Yahya, tunggu aku akan melabur kat ko. Pas aku kaya, ko pun akan kaya gak. En Somi da melabur RM2k under membe dia. Takpe la aku melabur under membe aku plak.
 
3) Pastu aku nak beli saham Bank Rakyat yang sekarang tengah dibuka. Limit RM500. Takpela janji dapat masuk.
Borang beli saham..


4) Nak beli laptop. Finally dapat gak aku memilikinya. Ni asyik pakai PC kat umah ni. Asyik berebut guna dengan En Somi. En Somi kalo da guna tak hingat dunia. Pas ni aku da tak payah berebut lagi. hehehe...

Dell Pilihanku...


Ok tu la antara listing penting aku. Tunggu duit je tak dapat lagi. Hopefully sume berjalan dengan lancar. Amin.

2 comments: