CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 9 November 2011

Mertua vs Menantu Vol. 2..

Sambung balik citer pasal mertua vs menantu ok.. idea tengah datang mencurah-curah ni...hehehe...bertuah punya menantu kan...apa yang aku share ni takde kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah mati. Hanya sekadar renungan dan ingatan pada kita semua.


Mesti pernah tengok or pernah dengar citer ni kan. Seriously, aku memang tak follow citer ni. Aku tak berapa suka sangat tengok citer-citer yang banyak memberi impak negatif ni...hehehe...Tapi nak tau hebat tak hebat citer ni sampai ada season 2 tu. Maknanya ramai jugak la followers drama ni. Dan semestinya dikalangan mertua-mertua & menantu-menantu. hehehe... Sis aku tengok le citer ni. Layan giler. Sama macam kisah dia kot...huhuhu... Apa yang aku tau menurut sis aku la, dia kata aqasha tu mother's boy. Mertua n menantu tak sebulu. 

Kekadang takut jugak bila baca kisah yang mak mertua tak sebulu. Ada yang mak mertua masuk campur dalam hal rumah tangga, ada yang mak mertua tak faham yang anak dia dah jadi suami orang, tapi asyik suruh balik tiap-tiap minggu, ada yang suka menyansang menantu…macam-macam la…  Tambah perit bila ada orang ketiga (adik ipar) kat dalam rumah yang sampai-menyampai kat mak mertua kata kakak ipar tak masak, tak reti masak la, kakak ipar queen control dsb…. Tak kurang jugak sampai bercerai-berai gara-gara mak mertua punya penangan. Takut kan?? Patut la sampai ada kuar kat tv kisah MERTUA VS MENANTU ni. Rupa-rupanya, benda ni memang meninggalkan impak yg sangat besar dalam rumah tangga. 

Omputih pun ada jugak konflik ni ek.
Tapi pernah dengar tak? Kalo mak mertua ok, menantu plak macam hantu. Kalo menantu ok, mak mertua pulak jadi dalang. Logik lagi ke benda ni? Aku rasa, aku sederhana je. Nak kata ok sangat pun tak…nak kata tak ok pun tak…yang sedang-sedang saja….huhuhu… Tula maybe sebab aku tak peramah, tak pandai amik hati kot… Tapi nak buat cam mana. Tu dah jadi sifat semulajadi aku. Tapi tak la sampai tak bercakap langsung. Ok la tu kot. Ceh pandai plak aku nak judge sendiri. At least aku tak la kejam sangat ok. Macam kat dalam tv tu. Ada yang sampai nak pisahkan anak lelaki dengan mak dia. Yang tu memang tak patut. Kita ni bukan kawin dengan suami kita je tapi dengan seluruh keluarga dia tau. Ni dah amik anak dia, mak dia kita buat tak endah plak. Yang tu aku memang bangkang 100%.

Suami pun memainkan peranan besar dalam merapatkan hubungan antara mertua & menantu ni. Hehehe… Suami adalah pengantara antara kedua-dua insan yang mereka sayang ni. Setuju tak? Maklumlah si isteri ni kan ibarat orang baru dalam keluarga dia. So, kenalah up kan sikit isteri ni bagi mak mertua nampak. At least, mak mertua kata “untung anak aku dapat isteri rajin, pandai masak & jaga makan pakai suami…” hehehe… Barulah bahagia rumah tangga. Kan??Kan??Kan??...

Pernah dengar plak tak pasal Favourite Menantu or sinonimnya menantu kesayangan. … yang ni susah sikit nak cakap. Tapi aku rasa aku bukanlah menantu favourite kot. Terima jela dengan hati terbuka. Tula padan dengan muka aku kan. Tak pandai amik hati mak mertua.  Asalkan tak membandingkan antara menantu-menantu. Tu pun dah kira ok. Alhamdulillah. Oh ye lupa plak nak cakap mak mertua aku ni ada 2 menantu & going to 3 sebab tak lama lagi adik ipar aku pun nampak macam nak kawin sangat dah tu. huhuhu...bertambahlah saingan aku...kahkahkah...nanti aku continue lagi ek...


Hayatilah image di bawah. Interesting. Sekali takde kena mengena antara yang hidup atau yang telah mati. Sekadar untuk berkongsi.















How sweet...

Cont. to vol. 3...

1 comment:

  1. Salam sejahtera. apa pun buatlah kerana Allah baru dapat pahala....

    ReplyDelete