CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 16 November 2011

Happy Birthday To Me.....



Sambil bernyanyi suka ria mendendangkan lagu.....♪♫♪♫Happy birthday to me...♪♫♪....happy birthday to me....♪♫♪....happy birthday to me....♫♪♫....

14 November yang lepas genaplah usia aku 28 tahun...2 tahun lagi nak upgred 3 series plak...sekejap je masa berlalu....Aku pun dah melalui fasa ke2 dalam hidup aku. Bahagia dikurniakan suami yang sangat baik dan anak yang sangat bijak dan comel. Aku rasa inilah hadiah paling bermakna dalam hidup aku. Terima kasih Allah kerana masih memberi peluang untuk aku bernafas di bumi Mu ini...

En somi ada tnya nak hadiah apa sempena birthday ni...Aku diam je tanpa jawapan...Nak apa lagi...Aku rasa apa yang ada dah cukup sempurna. Apa yang aku minta cuma kesetiaan yang berpanjangan. Aku pun bukan muda lagi...Nak kan itu dan ini sempena hadiah hari lahir. Cukup sekadar ingat tarikh penting ni. Itu dah cukup membahagiakan. Dan En somi sentiasa ingat 14 November ni dan sentiasa meraikannya tepat jam 1200...hehehe.....walaupun aku sebenarnya bukan lahir pukul 1200 pun....heheheh....Apa-apa pun aku sangat menghargainya. 

Tengok la apa yang dia suprise kat aku malam tu....En fayish yang dah tido pun bangun semata-mata nak wish birthday kat ibu...Terharu sangat.....


Cute cake.....

Thanks sayang.....


1 comment:

  1. happy belated birthday.....semoga bahagia ke akhir hayat...

    ReplyDelete