CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 16 October 2012

Yang mana satu pilihan anda?

Jika anda seorang yang pelik dan inginkan kelainan....


Less is more...

Hitam itu menawan..

Impian aku nak ada wardrobe macam ni..sgt praktikal...

Small bed.... Boleh peluk sampai pagi....

Putih itu suci...

Yang menyeramkan mungkin....

Mewah....


Penggemar Hijau...


Senang nak mandi....bangun tido terus lompat...

Ala-ala English.....

Rasa macam dalam perut ikan jaws je....

Ala-ala Moroccan....

Fairy Tale....Cinderella la konon....

Flinstone!!


Ala-ala.....



Glamourous.....

ataupun

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

Natural.....hehehe...



Sila buat pilihan bilik tidur anda.............






Oh My English!

Aku bukan nak citer pasal sitcom Oh My English lakonan Zain Saidin, Izara Aishah tu. Tapi sesiapa saje yang bercita-cita ataupun berniat nak sambung Degree WAJIB amik MUET... Alamak napela ada syarat macam tu. English aku dahlah so-so je.... Kat rumah aku memperkasakan Bahasa Kebangsaan je. Keje pun gomen. 100% cakap melayu. Mak bapak Mat dan Minah Soleh. Kulit pun tan-tan orang Melayu tulen.     Membaca pun majalah NUR, WANITA.... Surat Khabar BERITA HARIAN. Tengok TV cite hindustan. Kalo tengok cite omputih pun baca subtitle. Macam mana tu? Agak-agak boleh dapat Band 6 x?


Yang tak boleh blah nak suruh aku speaking pasal isu semasa. Baca surat khabar BERITA HARIAN pun jarang-jarang. Inikan pulak nak baca The Star. Tengok Berita pun aku ushar Penyampai Berita yang cun tu je. So, dengan ilmu di dada yang tak berapa nak berisi ni aku pun melangkah ke Sek Men Keb Presint 8 (1), Putrajaya.  

Belasah jelakan. Tergagap-gagap la jugak. Dicampur dengan nervous dan point yang tak berapa nak banyak jangan mimpi nak dapat band 6 ok. Band 1 pun ko da kena sujud syukur da. 1 lagi masalah aku ialah aku ni gabra kalo nak suruh aku speaking individually. Aku boleh blank kalo aku nervous. Da kuar dewan baru idea datang mencurah-curah. Apalah penyakit aku ni... Takpe la da lepas da tunggu test listening, reading n writing nanti plak. Aku pulun abis-abis. Nasib baik speaking test 15% je. 


Suka tengok Izara Aishah pakai pinafore...comel!


Nawaitu sambung belajar

Rasanya sudah sampai masanya untuk aku further study. Sememangnya dah lama terniat nak sambung, tapi dek kerana kekangan masa, komitmen dan kurangnya keyakinan diri... heheh. Niat tu macam freeze dalam hati je. Tengok orang study rasa jeles gak. Tapi boleh ke? mampu ke aku ni?? Kang macam kapal karam rumah aku kang. Mana nak layan en somi, en farish, kemas rumah, masak, komitmen dengan keje lagi.  adoyaiiii... Tapi bila ditimbang-timbang balik, fikirlah 1000 kali pun... kerja rumah memang tak pernah abis-abis. lagipun sampai bila kita nak duk takuk tu je kan. Dah sampai masanya kita step forward majukan diri. Mana tau 1 hari nanti Pembantu Tadbir ni boleh jadi Pegawai Tadbir Diplomatik. eheheh.. Cewah cita-cita taknak kalah ok. Ada ramai jugak member-member kat office aku yang further study.  Ok je aku tengok. Insha Allah dengan berkat sokongan en somi, aku mampu. Chaiyok...chaiyok.... Dan aku tabik spring kat seorang kawan aku kat office yang punya semangat yang kuat. Keje, study, uruskan anak-anak, ada baby yang menyusu badan lagi, mana nak pam susu, anak sume lelaki plak tu. Ye aku jadikan dia sebagai pemangkin semangat aku... hehehe.... 

Tq kat en somi jugak sebab mengizinkan aku further study.  Harap-harap dengan sokongan en somi, aku akan terus melangkah tanpa menoleh kebelakang lagi. Aku berdoa sangat aku tak patah semangat. Aminnn...

Saturday, 15 September 2012

Di hujung Syawal.....

Assalamualaikum.....

Sebelum habis Syawal esok, masih sempat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idulfitri kepada semua pembaca blog yang sudi membaca blog yang daif ini. Saya dengan rasa rendah hati menyusun 10 jari tanda maaf kepada yang tidak senang dengan tulisan saya.  Semua yang saya luahkan dalam blog ini sekadar pengalaman suka duka hidup saya. 

Inilah rentetan gambar kenangan hari raya saya untuk tatapan peminat-peminat followers saya diluar sana...hehehe...macam ramai je followers....



Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir & Batin.....
Dari Hasrul Azmal's Family.....

Friday, 3 August 2012

Sahur


Jika susah mengejutkan suami/adik/abang (seangkatannya) bangun sahur, bolehlah buat macam ni ye...







hahahah.......


Surah Al-A'ala....

Sedang berusaha menghafal surah ini....Tahun-tahun sebelum ni tak pernah nak buat Solat Tarawih kat rumah...Melainkan kalau pergi surau or masjid...kalau tak pergi, tak solat tarawih lah gamaknya. Dan apabila usia semakin meningkat barulah datang kesedaran diri. 

Sebelum tu masih belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat islam (especially yang sudi membaca blog ini)...Sekejap je masa berlalu hari ini sudah 15 hari umat islam menyambut Ramadhan....

Sambil-sambil saya berusaha menghafal surah ni, saya cuba memahami apa yang ingin disampaikan dalam surah ni. Rasa syahdu tiba-tiba dan meremang bulu roma membaca terjemahan surah ni yang saya print dalam internet (sekarang ni semua dhujung jari...tinggal rajin dan malas je...asyik tengok Izyan, Oh Bulan, Zalora,  Beautiful Nara, sekali-sekala google la perkara-perkara yg baik kan...asyik duniawi je...)..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Bertasbihlah mensucikan Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan);

Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadianNya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;

Dan telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);

Dan yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak;

Kemudian ia menjadikan (tumbuhan-tumbuhan yang menghijau) itu kering (berubah warnya) kehitam-hitaman;

Sentiasa menjadikan engkau (Wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran), sehingga engkau (menghafaznya) dan tidak lupa;

Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan, sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku) dan yang tersembunyi;

Dan tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan sesuatu perkara) Agama yang mudah diterima akal yang sihat;

Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);

Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;


Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya;


Dialah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya);


Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang;


Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh);


Dan menyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan solat (dengan khusyuk);


Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demukian, bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;


Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal;

Sesunguhnya ini ada disebutkan di dalam Kitab-kitab yang terdahulu;

Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

Amin.

Subhanallah....sebagai manusia kita selalu lalai....dan selalu mengejar duniawi....Wallahua'lam...





Peringatan pada diri.....


Saturday, 23 June 2012

Bacalah Anakku by ReadNetwork

Last week aku follow kursus Bacalah Anakku anjuran ReadNetwork & Cendekiawan Educare...Kursus ini sangat bagus untuk parents mengajar anak cepat membaca....Kursus asas ni adalah kursus kaedah mengajar membaca melalui pendekatan fonetik (bunyi dalam bahasa pertuturan)...Menarik..Walaupun kita hantar anak kita kat sekolah, as parents kita kena pantau jugak anak kita kat rumah. At least bila balik apa yang cikgu ajar kita boleh repeat & review balik kat rumah....

Ramai jugak yang mendaftar untuk kursus ni...Mungkin sebab bayarannya murah...RM10 sahaja...

A Step Ahead....






Masa aku pergi kursus ni ada beberapa fakta yang sangat menarik antaranya :
  1. Anak-anak tidak diajar mengeja....(macam masa kita sekolah dulu...M +A + M + A = MAMA), tapi diajar dengan cara mengajar bunyi (mmm + aaa + mmm + aaa = MAMA)..
  2. Teknik asosiasi adalah teknik yang mengaitkan satu AKSI yang dapat dilakonkan sambil membunyikan bunyi yang relevan dengan bunyi huruf yang hendak diajar. Contohnya huruf A, dikaitkan dengan aksi terkena air panas sambil menyebut 'aaa"....huruf S, dikaitkan dengan bunyi ular 'ssssss'...etc
  3. Kanak-kanak hanya boleh membunyi huruf tetapi tidak mengenal huruf (So, jangan marah anak kalo dia tak kenal huruf tetapi dia membunyi huruf)..Tengokla video dibawah....



Lagu ni bagus bagi anak senang nak ingat...



So, apalagi marilah kita ajar membaca kaedah baru ni...Kaedah ni boleh diajar start umur dia 3 tahun...

Beberapa tips pelaksanaan yang dikongsi antaranya :
  1. Masa : 2-3 minit saja setiap kali mengajar, berhenti sebelum jemu...(anak-anak hnya boleh fokus dalam jangka masa ini sahaja)
  2. Kekerapan : 2-3 kali sehari
  3. Suasana : Mesti tenang & rileks tanpa paksaan
  4. Pendekatan : Belajar sambil bermain
Ok...jom mengajar anak sendiri membaca....Untuk maklumat lanjut / Nak involve kursus, sila klik disini...ReadNetwork