CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 16 October 2012

Nawaitu sambung belajar

Rasanya sudah sampai masanya untuk aku further study. Sememangnya dah lama terniat nak sambung, tapi dek kerana kekangan masa, komitmen dan kurangnya keyakinan diri... heheh. Niat tu macam freeze dalam hati je. Tengok orang study rasa jeles gak. Tapi boleh ke? mampu ke aku ni?? Kang macam kapal karam rumah aku kang. Mana nak layan en somi, en farish, kemas rumah, masak, komitmen dengan keje lagi.  adoyaiiii... Tapi bila ditimbang-timbang balik, fikirlah 1000 kali pun... kerja rumah memang tak pernah abis-abis. lagipun sampai bila kita nak duk takuk tu je kan. Dah sampai masanya kita step forward majukan diri. Mana tau 1 hari nanti Pembantu Tadbir ni boleh jadi Pegawai Tadbir Diplomatik. eheheh.. Cewah cita-cita taknak kalah ok. Ada ramai jugak member-member kat office aku yang further study.  Ok je aku tengok. Insha Allah dengan berkat sokongan en somi, aku mampu. Chaiyok...chaiyok.... Dan aku tabik spring kat seorang kawan aku kat office yang punya semangat yang kuat. Keje, study, uruskan anak-anak, ada baby yang menyusu badan lagi, mana nak pam susu, anak sume lelaki plak tu. Ye aku jadikan dia sebagai pemangkin semangat aku... hehehe.... 

Tq kat en somi jugak sebab mengizinkan aku further study.  Harap-harap dengan sokongan en somi, aku akan terus melangkah tanpa menoleh kebelakang lagi. Aku berdoa sangat aku tak patah semangat. Aminnn...

1 comment: