CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 25 January 2012

Baddrol Bakhtiar vs Hasrul Azmal.....

Cuba tengok ni???




Sama tak??? En somi sangat kembang dan perasan ok....apa² pun my hubby adalah sangat manis dimata saya....♥ u darl....

Sunday 15 January 2012

10 Kebaikan Seks Yang Anda Mungkin Tidak Tahu....

Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikkan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah:
  1. Seks mengurangkan tekanan
    Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah.
  2. Seks meninggikan Immuniti badan
    Aktiviti seksual yang bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain.
  3. Seks membakar lemak
    Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US.
  4. Seks menguatkan kesihatan jantung
    Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya.
  5. Seks meninggikan Self-Esteem
    Seks  meninggikan ‘Self esteem”. Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita  merasa lebih bangga terhadap diri sendiri.
  6. Seks membuatkan kita lebih menyayangi
    Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil “love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi.
  7. Seks mengurangkan sakit
    Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda.
  8. Seks mengurangkan risiko kanser Prostat
    Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International.
  9. Seks menguatkan otot pelvis
    Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti.
  10. Seks membuat anda tidur lebih lena
    Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian.


En Fayish yang lawak.....

Situasi 1 : Ibu sakit perut dan sedang uhuh dalam toilet....

En Fayish : Ibu, buat apa? Mandi ke? (sambil mengetuk-ngetuk pintu toilet....)
Ibu : Ibu sakit perut la sayang....Nape?
En Fayish : Ibu, saya nak susu....(mengetuk-ngetuk lagi tanpa henti.....)
Ibu : (.....isk kacau daun la....nak berak pun susah...time ni la dia nak susu...).....jap ye sayang....fayish pegi la tengok tv dulu nanti ibu buat....

2 minit kemudian....

En Fayish : Cepatlah ibu saya haus ni....(dah mula merengek nak cepat....)
Ibu : Sabarlah sayang....
En Fayish : Ibu berak batu ke?
Ibu : ???? (pandai plak dia berak batu....) yela sayang....(iakan je....)
En Fayish : Ala tak payah la berak batu...berak taik jela.....
Ibu : x#*!@$^y....

Situasi 2 : Ibu sedang tengok movie yang sedang hangat di Astro First iaitu Ombak Rindu....

En Fayish : Ibu saya lapar la...nak nasi dengan telur....
Ibu : (sedang asyik dan kusyuk melayan Haris & Izzah dalam babak atas katil....so tak perasan anak panggil....)
En Fayish : Ibu saya lapar lah....Ibu ni tak dengar ke saya cakap....
Ibu : (memang dasat giler penangan Haris & Izzah ni....sampai anak cakap pun tak dengar dah...kalau la solat pun boleh sekusyuk ni kan ke bagus....)
En Fayish : FADILAH SAYA LAPARLAH!!!!
Ibu : x#*!@$^y....

Situasi 3 : Dalam kereta....

En Fayish : (Menepuk-nepuk perut si ibu yang semakin membuncit kerana lemak...) Ibu janganlah makan banyak-banyak....
Ibu : Kenapa?
En Fayish : Perut ibu nanti gemuk macam ummi haikal....(membandingkan ummi haikal, kak yu biras aku yang sedang pregnant....)
Ibu : x#*!@$^y....

Monday 9 January 2012

16 Fakta bayi baru lahir....

  • Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

  • Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 

  • Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

  • Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

  • Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

  • Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

  • Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

  • Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

  • Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

  • Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

  • Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

  • Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

  • Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

  • Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

  • Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

  • Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
  • Tersepit...

    Beginilah situasi aku bila my sis dah kembali semula ke Sandakan.  Mak akan menangis, meraung suruh aku balik temankan dia kat Selayang. Situasi menjadi tersepit apabila aku terpaksa memikirkan keadaan bilamana pada masa yang sama puan mertua pulak baru sampai dari kampung. Perasaan serba salah menyerang aku dan en somi. Taknak dikatakan bila mertua datang aku plak balik Selayang. Macam tak suka mertua datang. Tetapi pada masa yang sama aku terpaksa menemani mak. Mungkin di waktu ni dia sangat memerlukan aku. Sangat tak suka berdepan dengan situasi ni. Amat sukar untuk menjaga hati semua orang dalam satu masa. Oh Tuhan maha hebat ujian-Mu ni. Sesungguhnya hanya Kau yang tahu apa yang terdetik dalam hati hambaMu ini. 

    Newborn...

    30 Dis 2011 hari tu kak yu (biras aku) telah selamat melahirkan baby girl di Hospital Putrajaya. Baby yang dilahirkan seberat 3.18kg ni dilahirkan secara pembedahan... Aku & en somi sangat excited tengok dia. Sangat comel. Sampai aku dan en somi berebut nak pegang dia... hehehe... So sekarang kami sedang berusaha nak menambah lagi. Semoga Allah memberi rezki ini untuk kami. Doakan ea...


    Saturday 7 January 2012

    2012 sudah...!

    Sudah seminggu berada di tahun baru. Selamat tinggal 2011. Tinggalkan semua kenangan pahit manis yang pastinya telah menjadi memori. huhuhuhu....  

    Bila cite pasal tahun baru, semua orang akan cakap pasal azam.  Azam tahun baru 2012.  Azam aku tahun ni?  

    1. Kalo ada rezki dari Allah, nak anak (tu azam ke?)...
    2. Nak diet dan kuruskan badan (azam ni tiap-tiap tahun ada...)...
    3. Nak pastikan kalo boleh en fayish da boleh membaca...(Insha Allah)...

    Moga-moga dimakbulkan Allah...Amin...