CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 19 November 2011

Musim mengawan....

Cuti sekolah sangat sinonim dengan musim orang kawin. Asal cuti sekolah je adalah orang kawin. Asal ada orang kawin je cuti sekolah. hehehe. Senang sedara mara nak datang bertandang, sebab anak-anak cuti sekolah kan. Dah la hujung tahun ni musim tengkujuh memang seronok kawin ni. hahaha....

Tak ketinggalan my cousin yang straight kawin sepanjang cuti sekolah ni. Selamat pengantin baru, semoga berbahagia ke akhir hayat.


Ahmad Fazli ♥ Fatima Azzahra @ 30/10/2011


Norsyazwani ♥ Rizal @ 11/11/2011


26/11/2011 ni cousin kat Tg. Karang plak kawin. Koyak poket nak beli hadiah ni. huhuhu... Apapun tahniah diucapkan kerana telah melalui 1 lagi fasa dalam kehidupan. Selamat menempuh alam rumah tangga yang penuh dengan masam, manis dan pahit. Namapun asam garam rumah tangga kan? Laluilah dengan penuh kasih sayang. cewah....

p/s : Sekarang ni musim orang kawin pilih tarikh yang cantik-cantik.. 11/11/2011 & 20/11/2011...


Cuti sekolah....

Cuti sekolah sudahpun bermula. Selamat bercuti kepada adik-adik sumer.... Kepada yang amik exam SPM, selamat menjawab soklan...kepada yang baru amik result UPSR, tahniah diucapkan kepada yang berjaya memperoleh straigth A's.... My niece ada sorang yang amik exam SPM. Good luck to her... Sorang lagi baru pas amik result UPSR & dpt 5A..Congrats Nur Camelia Fatihah...Siap upload lagi result kat fb...




Semoga adik-adik sumer mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah sepanjang musim cuti sekolah ni ye. Especially kepada yang bakal mengambil exam tahun depan. 

Thursday 17 November 2011

Mertua vs Menantu Vol. 3..

Hari tu aku stop kat favourite menantu kan. Hari ni nak sambung pasal biras plak. Hubungan dengan biras pun  sedikit sebanyak memberi impact jugak dalam konflik mertua vs menantu ni. Biras bawak mulut pun boleh jadi punca hubungan mertua & menantu tak ok jugak. Ada biras yang jeles bila mak mertua lebih sayang menantu lagi satu than dia. Macam-macam kan? Duniawi ni memang penuh dengan drama la. Hubungan aku dengan biras aku pun ok. Maybe sebab kita sama-sama orang luar, bukan orang utara boleh lah sekepala. Part ni pun Alhamdulillah….

Pokoknya sebagai menantu kenalah balance janganlah sampai boleh mengecikkan hati mertua. Kalo dia terluka or kecik hati berdosa tau. Hubungan mak & anak lelaki memang tak akan putus even dah ada isteri. Tak kemana pun perginya suami kita tu. Mengalah lah sekejap sementara ada. Asalkan suami adil dan pandai ambil hati kita jugak. Alah bias tegal biasa. Lagipun bukan duduk serumah pun kan? Aku pun mengingatkan diri aku jugak as Menantu. Kalo menantu lelaki takde hal sangat.

Ha citer pasal menantu dan mertua duk serumah ni. Ni 1 lagi benda yang boleh dikatakan bahaya jugak. Even macam mana baik pun hubungan antara mertua dan menantu adalah lebih baik jangan duduk serumah. Melainkanlah kalo mertua kita dah tak larat dan takde siapa nak jaga. Tapi kalo saje suka-suka nak duduk serumah tak payah lah kot. Nanti akan banyak hati yang terluka. Kalo tak mertua, menantu yang terluka. Susah kan. Nanti kesian suami tersepit antara sayang isteri dan kasih kat mak. So, better is jangan duduk serumah untuk mengelakkan ada yang terluka. Huhuh..

So, the conclusion is hormati lah mertua kita seperti mana kita hormat pada mak & ayah kita. ceh...ceh...ceh...husband yang paling memainkan peranan yang sangat besar dalam rumah tangga dan berusaha untuk menangani konflik antara mertua dan menantu. Tak sepatutnya ada konflik sebab mak tetap mak, isteri tetap isteri. Mestilah fair n square. 

Ok sampai sini je la kisah Mertua vs Menantu. Takde lagi dah....Kalo ada sesape yang sudi  untuk berkongsi, sudi-sudikan lah....


Wednesday 16 November 2011

Happy Birthday To Me.....



Sambil bernyanyi suka ria mendendangkan lagu.....♪♫♪♫Happy birthday to me...♪♫♪....happy birthday to me....♪♫♪....happy birthday to me....♫♪♫....

14 November yang lepas genaplah usia aku 28 tahun...2 tahun lagi nak upgred 3 series plak...sekejap je masa berlalu....Aku pun dah melalui fasa ke2 dalam hidup aku. Bahagia dikurniakan suami yang sangat baik dan anak yang sangat bijak dan comel. Aku rasa inilah hadiah paling bermakna dalam hidup aku. Terima kasih Allah kerana masih memberi peluang untuk aku bernafas di bumi Mu ini...

En somi ada tnya nak hadiah apa sempena birthday ni...Aku diam je tanpa jawapan...Nak apa lagi...Aku rasa apa yang ada dah cukup sempurna. Apa yang aku minta cuma kesetiaan yang berpanjangan. Aku pun bukan muda lagi...Nak kan itu dan ini sempena hadiah hari lahir. Cukup sekadar ingat tarikh penting ni. Itu dah cukup membahagiakan. Dan En somi sentiasa ingat 14 November ni dan sentiasa meraikannya tepat jam 1200...hehehe.....walaupun aku sebenarnya bukan lahir pukul 1200 pun....heheheh....Apa-apa pun aku sangat menghargainya. 

Tengok la apa yang dia suprise kat aku malam tu....En fayish yang dah tido pun bangun semata-mata nak wish birthday kat ibu...Terharu sangat.....


Cute cake.....

Thanks sayang.....


Wednesday 9 November 2011

Mertua vs Menantu Vol. 2..

Sambung balik citer pasal mertua vs menantu ok.. idea tengah datang mencurah-curah ni...hehehe...bertuah punya menantu kan...apa yang aku share ni takde kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah mati. Hanya sekadar renungan dan ingatan pada kita semua.


Mesti pernah tengok or pernah dengar citer ni kan. Seriously, aku memang tak follow citer ni. Aku tak berapa suka sangat tengok citer-citer yang banyak memberi impak negatif ni...hehehe...Tapi nak tau hebat tak hebat citer ni sampai ada season 2 tu. Maknanya ramai jugak la followers drama ni. Dan semestinya dikalangan mertua-mertua & menantu-menantu. hehehe... Sis aku tengok le citer ni. Layan giler. Sama macam kisah dia kot...huhuhu... Apa yang aku tau menurut sis aku la, dia kata aqasha tu mother's boy. Mertua n menantu tak sebulu. 

Kekadang takut jugak bila baca kisah yang mak mertua tak sebulu. Ada yang mak mertua masuk campur dalam hal rumah tangga, ada yang mak mertua tak faham yang anak dia dah jadi suami orang, tapi asyik suruh balik tiap-tiap minggu, ada yang suka menyansang menantu…macam-macam la…  Tambah perit bila ada orang ketiga (adik ipar) kat dalam rumah yang sampai-menyampai kat mak mertua kata kakak ipar tak masak, tak reti masak la, kakak ipar queen control dsb…. Tak kurang jugak sampai bercerai-berai gara-gara mak mertua punya penangan. Takut kan?? Patut la sampai ada kuar kat tv kisah MERTUA VS MENANTU ni. Rupa-rupanya, benda ni memang meninggalkan impak yg sangat besar dalam rumah tangga. 

Omputih pun ada jugak konflik ni ek.
Tapi pernah dengar tak? Kalo mak mertua ok, menantu plak macam hantu. Kalo menantu ok, mak mertua pulak jadi dalang. Logik lagi ke benda ni? Aku rasa, aku sederhana je. Nak kata ok sangat pun tak…nak kata tak ok pun tak…yang sedang-sedang saja….huhuhu… Tula maybe sebab aku tak peramah, tak pandai amik hati kot… Tapi nak buat cam mana. Tu dah jadi sifat semulajadi aku. Tapi tak la sampai tak bercakap langsung. Ok la tu kot. Ceh pandai plak aku nak judge sendiri. At least aku tak la kejam sangat ok. Macam kat dalam tv tu. Ada yang sampai nak pisahkan anak lelaki dengan mak dia. Yang tu memang tak patut. Kita ni bukan kawin dengan suami kita je tapi dengan seluruh keluarga dia tau. Ni dah amik anak dia, mak dia kita buat tak endah plak. Yang tu aku memang bangkang 100%.

Suami pun memainkan peranan besar dalam merapatkan hubungan antara mertua & menantu ni. Hehehe… Suami adalah pengantara antara kedua-dua insan yang mereka sayang ni. Setuju tak? Maklumlah si isteri ni kan ibarat orang baru dalam keluarga dia. So, kenalah up kan sikit isteri ni bagi mak mertua nampak. At least, mak mertua kata “untung anak aku dapat isteri rajin, pandai masak & jaga makan pakai suami…” hehehe… Barulah bahagia rumah tangga. Kan??Kan??Kan??...

Pernah dengar plak tak pasal Favourite Menantu or sinonimnya menantu kesayangan. … yang ni susah sikit nak cakap. Tapi aku rasa aku bukanlah menantu favourite kot. Terima jela dengan hati terbuka. Tula padan dengan muka aku kan. Tak pandai amik hati mak mertua.  Asalkan tak membandingkan antara menantu-menantu. Tu pun dah kira ok. Alhamdulillah. Oh ye lupa plak nak cakap mak mertua aku ni ada 2 menantu & going to 3 sebab tak lama lagi adik ipar aku pun nampak macam nak kawin sangat dah tu. huhuhu...bertambahlah saingan aku...kahkahkah...nanti aku continue lagi ek...


Hayatilah image di bawah. Interesting. Sekali takde kena mengena antara yang hidup atau yang telah mati. Sekadar untuk berkongsi.















How sweet...

Cont. to vol. 3...

Monday 7 November 2011

Mertua vs Menantu Vol. 1..

Teruja rasanya nak citer lebih lanjut pasal tajuk ni. Kat office aku dah jadi macam kaunselor dah dengar masalah rumah tangga orang, tak kurang dengan masalah dengan mertua, orang ketiga, masalah nak bertunang dsb. Tapi kaunselor tak bertauliah lah ek.. hehehe..tak salah kan kalo kita berkongsi kalo itu dapat meringankan bebanan. Dan secara tak langsung sharing dari pengalaman lepas kita. Sharing is caring ok…


Yang paling hangat ialah masalah rumah tangga. Macam-macam…kadang-kadang naik takut jugak. Nauzubillah mintak simpang. Huhuhu…Alhamdulillah setakat ni rumah tangga aku ok. Sikit-sikit gaduh tu biasa la kan. Gaduh manja la katakan. Sedangkan lidah lagi tergigit….

Tapi hari ni aku bukan nak citer pasal rumah tangga, tapi nak citer pasal mertua vs menantu. MERTUA??? Ada bran??? Hehehe…Selalunya kalo citer pasal mertua yang paling sinonim ialah MAK MERTUA. BAPAK MERTUA rasanya takde masalah sangat. Sebab bapak mertua ni cool je. Macam BAPAK MERTUAKU JUGAK….hehehe.. 


Hubungan aku dengan mak mertua…okla…tapi nama pun mak mertua kan tak sama macam mak sendiri. TAPI jangan lupa kita kena hormat mereka ni sama macam MAK & BAPAK kita jugak. Tak lebih tak kurang. Kiranya kalo mak mertua sumpah jadi batu memang kun fayakun jugak tau. Haaaa ingat tu!!! Tapi aku ni dah memang dilahirkan dari azali seorang yang pemalu lagi pendiam…lemah lembut…sopan santun…hehehe…So, aku agak lambat sikit nak mesra dengan insan tersebut. Aku cuma ramah dengan family aku sendiri, en somi & rakan terdekat je. Tapi lepas kawin ni agak ok sikit la kalo nak dibandingkan dengan before kawin. Kata lainnya aku ni bukan seorang yang peramah. So, agak susah sikit la nak rapat , apatah lagi com molot dengan mak mertua. Hehehe… Tapi aku tetap hormat dia sama macam mak aku jugak. Cuma dengan mak mertua tak reti la nak manja-manja. Kekok….Ehehe…macam mana ek?

Actually, mak mertua aku pun bukan lah jenis yang peramah sangat. Lebih kurangnya macam aku jugak. Bukan tak try nak bertepuk bertampar dengan dia tapi bila aku nak tepuk je aku malu.. heheh kang dia kata menantu dia ni nak jet dia plak ke….boleh ke imagine macam tu? Ahahah…Or perasaan aku je ek. Kiranya nak berciter sakan duk gelak-gelak sampai kuaq ayaq mata memang takde. Straight forward je. Cuma aku & mak mertua  ada persamaan dari segi suka shopping. Pokoknya apa yang aku beli kekadang nampak dia berkenan. Maybe citerasa sama kot. Huhuhu…


To be cont....