CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 22 October 2011

Mengimbau kenangan lama...

20 weeks
" Hari ni ibu pergi check up...awal-awal pagi ibu & abah dah bangun..nak pergi check-up...nurse ckp kandungan dah 5 bulan dan kedudukan baby sedikit melintang..tapi masih di awal kehamilan...doktor puji baby sebab senang nak scan.. ibu pun dah mula rasa denyutan jantung baby..Weight : 54kg, Hb : 11.8.." - 02.08.2007-

20 weeks

24 weeks
" Next check-up, kali ni ibu kena amik injection kancing gigi. Nurse kata untuk kelahiran sulong kena amik 2 dos. Injection ni bertujuan untuk mengelakkan kancing gigi semasa proses bersalin nanti. Ibu dan baby dua-dua sihat. Denyutan jantung normal dan baby dah mula bergerak-gerak. Nurse ckp jugak paras Hb ibu rendah dan nurse advise ibu amalkan makanan seimbang dan lebihkan pengambilan zat besi. Makan bayam, kerang sebab waktu ni baby banyak menyerap zat-zat dan vitamin dari tubuh badan ibu..Weight : 58kg, Hb : 10.5.." - 28.08.2007-

28 weeks
"Routine biasa urine n blood test..urine ok, blood much better. Last check-up Hb 10.5 kali ni 12.  Alhamdulillah.. cuma ibu tak sihat dalam 3-4 hari ni. Batuk dan selsema. Kurang air agaknya. Baby sihat. Injection Kancing gigi 2nd time. Check-up dengan Dr. Fauzi, muda & hensem. Tiba-tiba ada sindrom malu plak. huhuhu... Dr. Fauzi kata kemungkinan baby boy...Insha Allah.. Dr. Fauzi check uri agak sedikit ke bawah. Ibu akan dirujuk ke hospital kalau keadaan berlarutan. Tapi Dr. Fauzi akan buat comfirmation dengan Specialist Dr. Hamimah dulu. Lastly, miracle bila Dr. Hamimah kata uri OK dan Insha Allah kalau takde problem boleh bersalin normal. Alhamdulillah..Weight : 58.4kh, Hb : 12..." - 25.09.2007 -

30 weeks
"Minum air gula. Kena minum air gula sebab family history. Tapi alhamdulillah sumenya ok. Weight : 60kg, Hb : 12..." - 09.10.2007 -

32 weeks
"Ibu demam lagi. Hopefully baby sihat.. Tapi berat sentiasa bertambah..huhu..Baby bergerak aktif. Cuma kesihatan je yang tak stabil. Stress sikit. Harap-harap muka baby nanti tak berkerut..Tak sabar nak tunggu baby keluar...Weight : 62kg, Hb : 13.1..." - 23.10.2007 -

32 weeks
34 weeks
" Normal routine. Nurse tegur pasal berat badan yang naik terlalu banyak. sebulan naik 4kg..heheh...Selera makan memang bertambah di waktu ni. Nurse suruh stop makan vitamin B. Nurse advice pasal family planning dan provide segala persiapan perkakasan ibu untuk deliver nanti. Nurse jugak suruh catat pergerakan baby setiap 12 jam..hopefully baby sihat...Weight : 64.3kg, Hb : 13..." - 06.11.2007 -

36 weeks
"Orang pertama yang sampai untuk pemeriksaan ibu mengandung. Abah pun follow sampai selesai. Kesihatan ibu & baby ok. Baby pun bergerak aktif. Doktor kata kepala dah masuk dalam pelviks dan bila-bila masa boleh deliver. Hb turun sikit tp still ok. Weight : 66kg, Hb : 12.2..." - 20.11.2007 -

38 weeks
" Pemeriksaan lebih kerap. Once a week. Letih dah berulang ke klinik. Bila la nak bersalin ni. Kali ni nurse advise pasal persediaan bersalin dan penjagaan vagina selepas melahirkan. Cuci dengan air suam/ air garam supaya vagina cepat sembuh dan kering. Kalau ada apa-apa masalah hubungi klinik/hospital segera. Nurse advise mengiring ke kiri masa contraction dalam labour room nanti untuk mengelakkan sakit pinggang selepas bersalin. Weight : 67kg.. " - 04.12.2007 -

40 weeks
" Hopefully ini check-up yang terakhir untuk ibu. Macam-macam bermain difikiran saat ni. Hanya Allah je yang tahu. Moga-moga dengan izin-Nya ibu dapat melahirkan baby secara normal. Due date 24.12.2007 kalau tak bersalin jugak ibu akan di induce.. Hopefully semuanya selamat.  Weight : 70kg, Hb : 12.6... " - 18.12.2007 -

40 weeks


24/12/2007
Selamat melahirkan secara vacum. Fetal distress. Ibu tak pandai push. Baby boy, 2.98kg. Diberi nama Hazryl Farish. Alhamdulillah. Aku bersyukur di atas pemberian-Mu.


Inilah budak nye...

What i ♥ to buy...

1. Nikon DSLR D90


2. I-Pad Apple



2 Benda ni yang aku tengah aim sekarang. Ada sape² nak hadiahkan x???

Monday, 17 October 2011

Hari-hari yang membosankan

Setelah lama tak update, rasa macam mati kutu nak tulis ape...rasanya nak citer pasal raya dah basi dah...dah nak masuk raya deepavali pun.. Lately, kerja kat office pun semakin menekan dan menekan… Kadang-kadang rasa macam nak resign je dari perkhidmatan awam. Ujian Allah yang Maha Hebat. Kalo aku isteri dato’-dato’ da lama aku resign.. jaga suami n anak je…huhu...Tiap-tiap minggu OT...pastu board meeting plak tiap-tiap minggu ada.. aku da naik lebam da buat keje kat dept yang sama ni..arghhhh...da naik muak, loya....Tolong la bagi aku bertukar ke dept lain. Jemu tahap dewa da ni. Duk ngadap minit dsb… Pressure…Nak pegi tempat lain sayang plak nak tinggalkan member-member ofis yang dah sedia best....huhuhu...apa nak buat selagi boleh bertahan...tahan jela ek...


Friday, 23 September 2011

Non-stop Open House...

Seperti yang kita sedia maklum..Open house kalo kat KL ni memang sentiasa ada sampai hujung Syawal. Raya pertama di KL memang agak bosan tapi raya sebulan di KL memang kenyang memanjang...penyakit pun  datang...sebab over makan... Tapi untung gak sebab boleh gantung kuali belanga sepanjang bulan ni...hehehe... interesting kan?

Open house yang pertama aku pergi bulan ni ialah di rumah bos yang aku paling sayang iaitu Tuan Haji Jasman Bin Jurami...hehehe... Tengok rumah dia mewah tak? Harga rumah ni RM 1/2 juta... Tapi macam membazir beli rumah kat Putrajaya ni sebab tak boleh buat renovation... Tapi environment memang gah le almaklum je dalam Putrajaya le katakan. 


2nd open house ialah di rumah my BFF Zabedah...  Dia punya mee bandung Muar memang terbaek. Orang Muar pure buat mestila sedap... 

Gambar hiasan je ni...

Seterusnya rumah my cousin di Selayang Mulia. Tokey katering buat open house so makanan memang banyak giler la... 

My cousin Kak Lily n Husband...Promote Serambi Katering sikit...
Next station ialah rumah member ofis KKM, kak Azila. Kelantanese... Nasi Kerabu Special tapi tak larat nak makan sebab kenyang giler da... 

Nyum...nyum...

Open House lain-lain ialah Jamuan raya kat ofis anjuran Bahagian Perolehan & Unit Dasar. Tak ketinggalan jamuan raya my ex-ofis Sapura. Dan juga jamuan raya company Hi-tech Padu Berhad. Pic akan di upload later...

So, kesimpulannya makan open house berpada-pada la ye.. Nanti ada yang kena food poisoning...huhuh...

2011's Eid...

Orang lain da update bermacam-macam entri pasal raya. Aku da nak abis Syawal baru nak update. Tahun ni rasa lebih seronok sebab en fayish da semakin faham erti raya & puasa. Ada baju raya, kasut raya, duit raya. Seronok tengok en fayish kutip duit raya. Dia sememangnya da cukup besar & cerdik sekarang. Pergi rumah orang tunggu duit raya. Keluarkan dari sampul duit tengok berapa banyak orang bagi duit raya. Kadang-kadang segan jugak bila dia kata "ibu, singgit je bu..."...bertuah betul budak ni. Buat malu orang je. hehehe.. tapi bila memikirkan da memang jadi tabiat bebudak...x dapek den nak nolong. 

Tahun ni tak sempat nak amik gambar raya banyak-banyak macam tahun-tahun sebelumnya sebab en fayish telah menjatuhkan seterusnya merosakkan camera kitorang. Pic yang ada ni pun hasil ihsan my niece....siap editted lagi...credited to her...


Yang lain-lain akan di update later....

Sunday, 28 August 2011

Last Minit Shopping

Last minit punye shopping semalam en somi ajak pegi Padang Besar. Satu tempat beli belah yang jual barang murah kat Perlis. Boleh dikatakan setiap kali balik kampung destinasi ni memang tak pernah mis untuk dikunjungi. Biasanya kalo orang luar datang sini mean bukan dari negeri Perlis/Kedah/Siam sebab tempat ni sempadan Malaysia/Thailand, memang dia mentedarah mahal. Aku kalo beli mesti susah nak tawar tapi kalo en somi dan seberadiknya tawar senang plak nak dapat murah. So, note kalo nak pegi shopping sini bawaklah someone yang boleh cakap loghat utara noo...baru boleh tawaq harga murah. 

Welcome to Padang Besar
Aku sebenarnya takde apa nak beli sangat, cuma nak temankan en somi beli jeans & jersi Liverpool dia je. Adik-adik ipar aku  nak beli h/bag & tudung. Aku saje jalan cuci mata je. Tapi dalam jalan-jalan cuci mata rabak purse jugak la sebab aku telah membeli sebiji sebuah h/bag. Awalnya nak cari h/bag kat Sembonia tapi da jumpa kat sini, sauk jela. Jimat sikit. hehehe... Aku tak kisah sangat mahal ke murah ke, ada brand xde brand ke, kalo da cantik kaut je la. En somi dulu beli gak jeans kat Levis Boutique tapi sekarang ni anak lebih penting. En somi beli kat PB Boutique je la. (Padang Besar Boutique)...hehehe...Jeans anak lagi mahal dari jeans abah. 

"You'll never walk alone"...

Made in Thailand...

My 1st white h/bag....
Lepas pegi Padang Besar, kitorang singgah pulak kat Kangar. Perlis ni bandar tak besar sangat. Lebih kurang KL je. Tapi KL macam-macam ada. Kat sini takde apa sangat. Shopping Mall pun ada 1 je, The Store. Kalo nak meriah sikit shopping kena pegi Alor Setar. Tak berapa jauh sangat dari rumah en somi. Lebih kurang 45 minit. Kangar dekat sikit la lebih kurang 30 minit. Kampung en somi sempadan negeri Kedah/Perlis. So, dalam 1  masa kitorang boleh pegi 2 negeri. Hebat kan? Kat Kangar pun aku tak beli apa, kali ni lebih kepada shopping barang-barang en somi. 

Inilah satu-satunya Shopping Complex

Last-last bila dah balik baru tingat stokin en fayish tak beli. Alamak mana plak nak cari stokin ni. Dah la aku tak bawak spare. Alamak nampaknya aku kena keluar cari stokin plak. Boleh cuci mata lagi. hhahaha...

p/s : Dikesempatan ini aku nk ucapkan Selamat menyambut hari raya idulfitri kepada semua yang sudi membaca blog ini. Kalo ada la pembaca...Entah-entah follower aku tu pun tak baca...hehehe.... Maaf zahir batin. Ampun dan maaf dipinta jika ada tulisan yang menyentuh hati. Tidak terlintas, mahupun terniat untuk mengata, mengutuk mahupun mengeji. Sekadar suka-suka. Sudi-sudikan la untuk "join this site"...janganla baca je ek...







Balik Kampung

Sebenarnya aku da sampai kampung pun. Dah 3 bulan tak balik kampung. Last kitorang balik kalo masih ingat masa aku update Sehari Di Langkawi hari tu. Kali ni balik beraya plak. Seperti yang telah sedia maklum tahun ni turn beraya kat kampung en somi. Syahdu rasanya meninggalkan mak. Tapi apa nak buat kalo dah jadi isteri orang mesti la fair kan. Alhamdulillah berkat doa aku yang tak pernah putus mak aku tak beraya sorang-sorang tahun ni. Along as usual husbandnya mesti kena duty 1 raya. Susah bersuamikan polis ni. Kekadang aku bersyukur gak en somi kerja swasta. Sekurang-kurangnya setiap kali raya kami dapat beraya sama-sama. Angah dan alang yang akan menemani mak tahun ni. Sebelum aku balik kampung, aku sempat balik berbuka sekali lagi dengan mak. Sempatla beraya dulu dengan mak sebelum balik. 

Tahun ni rasanya raya macam kurang meriah la. Bagi aku la. Bukan sebab kena beraya kat kampung en somi. Tapi tahun ni rasa sedih nak meninggalkan Ramadhan. Kalo dulu menghitung hari nak raya. Tapi sekarang ni rasa kalo boleh bulan Ramadhan ni biarlah 2 bulan. Mungkin faktor usia kot. hahaha. Tahun ni aku rasa macam transform sikit. Yela as human being kita mesti akan berubah ke arah yang lebih baik from time to time kan. Sebenarnya aku terbaca satu blog ni dan aku rasa touching sangat. Kalo sape-sape baca mesti leleh punya la. hehehe...Aku memang macam biasa la. Ratu air mata. Blog ni citer pasal Transformasi Wardina & Catriona Ross selepas mendapat hidayah dari Allah. Cerita pasal kehidupan diorang before & after transform. Bagus dijadikan panduan.

Tahun ni lama sikit aku balik beraya. Lebih seminggu jugak la. Hari Jumaat next week baru balik ke Selayang pulak. Takpela bagi chance kat en somi kan. Dah lama tak balik kampung. Cuti panjang macam ni lah baru kitorang balik. Lagipun kalo raya haji memang kitorang tak pernah balik. Kadang-kadang kesian gak kat en somi. Tu la nak sangat kawin dengan orang KL. Kalo kawin dengan orang Kedah kan senang tiap-tiap tahun dapat balik kampung. hehehe.

2 hari lagi umat Islam akan menyambut Syawal. Selalunya time macam ni aku da habis bershopping tapi tahun ni macam malas sangat nak keluar shopping. Ni pun still ada yang tak beli lagi. Hari ni en somi ajak pergi Padang Besar plak. Ada apa kat Padang Besar?? Nanti aku update ek.