CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 5 February 2014

Make over....

Assalamualaikum...

Terajin pula rasanya dalam seminggu ni dua kali update blog.  Sebab-sebabnya, pertama kerja di Jabatan baru ni saya kurang sibuk berbanding di Jabatan lama. Kedua, sekarang masih dalam mood cuti semester. Ketiga, minggu ni rutin ambil anak dari sekolah telah diambil alih oleh en somi. Minggu depan akan sibuk semula dengan rutin harian.

Balik kepada tajuk utama. Make over! Bukan nak make over penampilan diri tapi saya nak make over rumah saya. Baiti Jannati. Saya memang seorang yang cepat jemu tengok dekorasi rumah yang sama. Dalam tak sempat saya akan cuba untuk menukar aksesori-aksesori rumah yang ringkas untuk menampakkan kelainan. Tukar bunga, tukar cushion cover, tukar pasu, alih susunan perabot. Saya suka bila saya balik rumah, rasa bahagia tengok rumah. Bak kata farish. Rasa sungguh indah sekali! (Jangan pelik sebab bahasa Farish memang bahasa buku). 

So, perkara pertama untuk make over rumah ialah tukar cat dinding. Sekarang ni rumah saya warna ini! 

Warna Kayu Jati (tapi ini bukan rumah saya ye!)

Saya cadang nak make over macam ni... Stripe wall.
Cantik kan? Nanti lepas make over saya akan kongsikan gambarnya. Mari kita tengok contoh-contoh lain pula. 




















Sekian.

1 comment:

  1. salam...

    Feel free to visit my blog

    http://vitaliciousngojes.blogspot.com/

    ReplyDelete