CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 19 May 2012

Bahasa buku.....

Questions???? Mesti tertanya² kenapakah? Apakah? jawapannya ialah....En Farish kini sering menggunakan bahasa buku ketika di rumah. Kadang-kadang saya rasa sangat kelakar dan sesekali rasa teruja. Eh kenapa plak aku pun cakap bahasa buku ni. hehehe...Takpela untuk entri kali ini saya akan sedikit skema....Walaubagaimanapun, kadang-kadang rasa pelik tapi bagus jugak nanti senang buat karangan kan...hihihi...

Mulanya aku dengar dia cakap macam tu bila kitorang nak hang out jenjalan, dan aku lebih prefer dia pakai kasut senang nak bergerak. Sambil-sambil dia menyuakan kaki mintak tolong pakaikan kasut seraya dia berkata "Ibu, saya perlukan stokin!!".....Aku terkesima sambil berpandangan dengan en somi. En somi hanya tersenyum dan berkata "Ini penangan sekolah ke ibu?"....hihihi....

Ini hanya sketsa semata-mata...takde kena mengena dengan entri ini...

Kali kedua...masa kitorang makan laksa kat pasar tani...en somi kalo boleh dalam seminggu mesti kepingin makan laksa. Oleh kerana mempunyai isteri yang tak berapa suka masak jadi kitorang akan cari laksa sampai jumpa kat luar. Susah...lidah org utara mesti asyik ngidam nak laksa kedah je. Beza laksa kedah dengan penang ialah laksa penang masam sikit, laksa kedah pedas sikit. Dan en farish juga terikut² lebih banyak lidah  en somi dan pastinya suka makan laksa. Walaupun kepedasan tapi masih berselera makan. Tiba-tiba...."Ibu pedas....saya nak air sejuk!"....Sebagai ibu yang mithali lagi prihatin..Aku pun menyuakan air teh o ais untuk mengurangkan rasa pedasnya.. Selepas meneguk air sejuk tersebut, en farish pun berkata..."Ibu berhasil! dah tak pedas lagi.....".......hehehe....orang yang duduk dimeja sebelah hanya tersenyum sambil berkata...pandainya dia bercakap....macam orang tua....(aku rasa, aku yang tua pun tak cakap macam tu...)

Image Laksa ini sekadar ingin membuat anda mengidam....

Seterusnya, ada sekali tu masa aku tengah sibuk masak kat dapur. En farish jengah ke dapur lalu berkata "Ibu, bau ni indah sekali.....ibu masak apa?".....hahaha....kelakar plak rasanya....



Last but not lease....masa aku beli baju Boboiboy yang kini menjadi kesukaannya....Selepas berterima kasih kat aku sebab telah membelikan baju itu, dia pun berkata..."Ibu, saya sukakannya!!"....


Sesungguhnya, kehadiran en farish dalam hidup kami memang 1 perkara yang sangat membahagiakan. Terima Kasih Allah kerana memberi kami rezki ini. Kami akan bertanggungjawab dengan amanah yang telah Kau berikan kepada kami. Insha Allah....Kasih kami suami isteri sentiasa bersinar dengan kehadiran En Farish. Aku hanya mampu berdoa agar En Farish menjadi anak yang soleh dan sentiasa membanggakan kami serta boleh menjadi contoh dan pelindung kepada adik-adik nanti. Dan aku juga berdoa padaMu Ya Allah agar kami dapat menambah anak lagi....Amin...kepada sesiapa yang sudi membaca entri ini...Doa-doakan lah kami ye...Saya sangat teruja untuk menambah cahaya mata lagi. 

Cutenya.....geram....

No comments:

Post a Comment