CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 20 February 2012

Kahwin muda!

Buruk atau baik kawin muda? Memandangkan this week my niece akan mengikat tali pertunangan seterusnya melangsungkan perkahwinannya pada bulan depan aku terfikir mudanya dia nak kawin.....apa dah puas hidup membujang ke? atau dah gatal nak menikah dan menikmati zaman berumahtangga yang penuk onak duri...Umur baru 18 tahun entah² belum masuk pun 18 lagi...tiket kebebasan 21 pun belom dapat lagi.. Ni bukan zaman orang kawin muda dik oi....apa yang nak dikecap belum terkecap lagi....

Itulah bebudak zaman sekarang dek kerana bahana cinta nak kawin dah.. Aku kawin agak muda jugak la 24 tahun....Menyesal? Kalo tengok orang lain boleh pakai kereta dan ada yang dah beli rumah...frust tu adalah sikit kot....kalo aku tak kawin lagi mesti aku boleh pakai kereta sendiri, rumah pun boleh beli....tapi menyesal memang tak la....Cuba kalo kita tengok dari sudut positif kawin muda....kalo kawin muda boleh enjoy dengan suami secara halal...boleh keluar malam tanpa perlu mintak izin mak ayah....boleh check-in kat hotel....boleh tengok wayang midnite...(aku memang tak dibenarkan keluar malam lebih pukul 8pm), boleh pergi Taman Tasik Titiwangsa malam-malam tanpa perlu takut JAWI tangkap sebab kita dah ada sijil HALAL.....ha best tak? aku akan jawab GILER TAK BEST.....

Dan yang penting secara tak langsung kehidupan dalam menjalani rumah tangga akan membuatkan kita lebih berfikiran matang. Matang tentang rumah tangga, kehidupan, kerohanian yang sebelum ni kita tak terfikir pun. Menjalani hidup sebagai suami isteri memang banyak memerlukan kesabaran. Orang kata kawin muda darah panas. Cepat marah. Memang betul tak dinafikan tapi benda-benda macam ni la membuat kita lebih matang. Takkan dari tahun pertama kawin sampai tahun kesepuluh asyik nak marah-marah je ye tak...Mesti kita akan sentiasa berubah ke arah yang lebih baik...from time to time....

Tapi, ini tak bermaksud boleh kawin di usia 18 tahun. Its too young ok. Binalah cita-cita dulu. At least ada Diploma untuk bekalan masa depan. Kita tak tahu apa akan berlaku esok lusa. At least dengan sedikit ilmu boleh menampung hidup kita sendiri di masa akan datang. 

Aku dan en somi menjalani hidup berumah tangga merangkak jugak. Almaklumlah kami sebaya dan en somi harus strong untuk cari duit menampung kehidupan. Yes...money is not everything but everything needs money.  Tapi aku rasa kasih sayang akan inspired kita cari duit untuk orang yang kita sayang. Dan en somi memang tak henti-henti dan tak putus asa mengubah hidup kami....dari ada sebuah kereta sekarang kami dah ada 2 buah kereta...sekarang kami sedang berusaha nak membeli rumah. Dan target kami before 30 tahun. Hopefully dimakbulkan Allah swt...


No comments:

Post a Comment