CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 5 February 2014

Make over....

Assalamualaikum...

Terajin pula rasanya dalam seminggu ni dua kali update blog.  Sebab-sebabnya, pertama kerja di Jabatan baru ni saya kurang sibuk berbanding di Jabatan lama. Kedua, sekarang masih dalam mood cuti semester. Ketiga, minggu ni rutin ambil anak dari sekolah telah diambil alih oleh en somi. Minggu depan akan sibuk semula dengan rutin harian.

Balik kepada tajuk utama. Make over! Bukan nak make over penampilan diri tapi saya nak make over rumah saya. Baiti Jannati. Saya memang seorang yang cepat jemu tengok dekorasi rumah yang sama. Dalam tak sempat saya akan cuba untuk menukar aksesori-aksesori rumah yang ringkas untuk menampakkan kelainan. Tukar bunga, tukar cushion cover, tukar pasu, alih susunan perabot. Saya suka bila saya balik rumah, rasa bahagia tengok rumah. Bak kata farish. Rasa sungguh indah sekali! (Jangan pelik sebab bahasa Farish memang bahasa buku). 

So, perkara pertama untuk make over rumah ialah tukar cat dinding. Sekarang ni rumah saya warna ini! 

Warna Kayu Jati (tapi ini bukan rumah saya ye!)

Saya cadang nak make over macam ni... Stripe wall.
Cantik kan? Nanti lepas make over saya akan kongsikan gambarnya. Mari kita tengok contoh-contoh lain pula. 




















Sekian.

Monday 3 February 2014

New Calendar

Assalamualaikum kepada pembaca yang tertunggu entri saya (hihi ada ke?)...

Rasanya macam 6 bulan sekali pula masa terluang yang ada untuk saya menulis di sini. Hanya ada masa terluang update latest story di WeChat dan Instagram sahaja. Maklumlah semua orang sentiasa ada gajet di tangan. Seperti tidak sempurna hidup tanpa gajet disisi. Huhu...

Seperti juga semua, tahun baru seringkali dikaitkan dengan azam baru. Saya juga tidak terlepas menyenaraikan apa azam saya di tahun 2014 ini. Apa yang pasti setiap azam haruslah diselangi dengan usaha supaya azam dapat dicapai dengan jayanya. Insha Allah dengan izinNya.

Tahun ini juga bermulalah episod saya sebagai ibu yang menguruskan anak sekolah. Farish sudah darjah 1. Jadi rutin saya telah bertambah dan tanggungjawab saya sebagai ibu semakin berat. Sebagai ibu, haruslah saya inginkan yang terbaik untuk pelajaran anak saya. Farish adalah madu dan racun dalam hidup saya. Satu-satunya zuriat yang saya ada. Amanah Allah yang tidak terhingga yang tidak boleh disia-siakan. Saya dan En somi berusaha memberikan yang terbaik untuk dia. Sementara kami belum dikurnikan cahaya mata lain, dia dapat 100% kasih sayang kami tanpa berbelah bahagi. Mungkin ada hikmahnya kenapa kami masih belum dikurniakan rezeki itu lagi. Hanya Dia yang maha mengetahui.

Diam tak diam saya juga telah tamat 2 semester pengajian saya. Cepat sungguh masa berlalu. Seronok menjalani kehidupan sebagai student semula. Even penat manage masa. Tetiba teringat zaman study Dip dulu. Dulu masa muda belia banyak sangat mainnya. Berbeza sangat rasanya. Sekarang ni lebih bersungguh-sungguh. Faktor umur dan kematangan agaknya. Hihi.

Tambahan tahun 2013 banyak meninggalkan kenangan pahit manis. Antaranya Ibu mertuaku yang telah kembali kerahmatullah pada 11 November lepas akibat Kanser Usus. Sedih bila teringatkan beliau. Semacam tak percaya orang yang nampak sihat dan mengamalkan cara hidup sihat pergi dalam usia muda. Ajal dan maut telah ditentukanNya. Sebagai hambaNya kita kena senantiasa topup dan topup amalan kita sebagai bekalan di sana nanti. Semoga roh ibu mertuaku ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Di bawah adalah antara gambar yang sempat di snap sepanjang 6 bulan tak update story. Boring kalau asyik bercerita je kan. 



                                                                                                                                                                           
Hari Orientasi Darjah 1 Sek Keb Putrajaya Presint 18 (1)



Minggu pertama persekolahan

Rutin selepas ini

Kelahiran anak buah ke19 - Muhammad Iman Taufiq

Anak buah ke20 - Ahmad Aliff Zariff


Farish's Birthday Celebration kat sekolah

Lakonan drama mandarin utk subjek mandarin....

Sehingga berjumpa lagi.....(selfie sangattt)