CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 16 October 2012

Yang mana satu pilihan anda?

Jika anda seorang yang pelik dan inginkan kelainan....


Less is more...

Hitam itu menawan..

Impian aku nak ada wardrobe macam ni..sgt praktikal...

Small bed.... Boleh peluk sampai pagi....

Putih itu suci...

Yang menyeramkan mungkin....

Mewah....


Penggemar Hijau...


Senang nak mandi....bangun tido terus lompat...

Ala-ala English.....

Rasa macam dalam perut ikan jaws je....

Ala-ala Moroccan....

Fairy Tale....Cinderella la konon....

Flinstone!!


Ala-ala.....



Glamourous.....

ataupun

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

Natural.....hehehe...



Sila buat pilihan bilik tidur anda.............






Oh My English!

Aku bukan nak citer pasal sitcom Oh My English lakonan Zain Saidin, Izara Aishah tu. Tapi sesiapa saje yang bercita-cita ataupun berniat nak sambung Degree WAJIB amik MUET... Alamak napela ada syarat macam tu. English aku dahlah so-so je.... Kat rumah aku memperkasakan Bahasa Kebangsaan je. Keje pun gomen. 100% cakap melayu. Mak bapak Mat dan Minah Soleh. Kulit pun tan-tan orang Melayu tulen.     Membaca pun majalah NUR, WANITA.... Surat Khabar BERITA HARIAN. Tengok TV cite hindustan. Kalo tengok cite omputih pun baca subtitle. Macam mana tu? Agak-agak boleh dapat Band 6 x?


Yang tak boleh blah nak suruh aku speaking pasal isu semasa. Baca surat khabar BERITA HARIAN pun jarang-jarang. Inikan pulak nak baca The Star. Tengok Berita pun aku ushar Penyampai Berita yang cun tu je. So, dengan ilmu di dada yang tak berapa nak berisi ni aku pun melangkah ke Sek Men Keb Presint 8 (1), Putrajaya.  

Belasah jelakan. Tergagap-gagap la jugak. Dicampur dengan nervous dan point yang tak berapa nak banyak jangan mimpi nak dapat band 6 ok. Band 1 pun ko da kena sujud syukur da. 1 lagi masalah aku ialah aku ni gabra kalo nak suruh aku speaking individually. Aku boleh blank kalo aku nervous. Da kuar dewan baru idea datang mencurah-curah. Apalah penyakit aku ni... Takpe la da lepas da tunggu test listening, reading n writing nanti plak. Aku pulun abis-abis. Nasib baik speaking test 15% je. 


Suka tengok Izara Aishah pakai pinafore...comel!


Nawaitu sambung belajar

Rasanya sudah sampai masanya untuk aku further study. Sememangnya dah lama terniat nak sambung, tapi dek kerana kekangan masa, komitmen dan kurangnya keyakinan diri... heheh. Niat tu macam freeze dalam hati je. Tengok orang study rasa jeles gak. Tapi boleh ke? mampu ke aku ni?? Kang macam kapal karam rumah aku kang. Mana nak layan en somi, en farish, kemas rumah, masak, komitmen dengan keje lagi.  adoyaiiii... Tapi bila ditimbang-timbang balik, fikirlah 1000 kali pun... kerja rumah memang tak pernah abis-abis. lagipun sampai bila kita nak duk takuk tu je kan. Dah sampai masanya kita step forward majukan diri. Mana tau 1 hari nanti Pembantu Tadbir ni boleh jadi Pegawai Tadbir Diplomatik. eheheh.. Cewah cita-cita taknak kalah ok. Ada ramai jugak member-member kat office aku yang further study.  Ok je aku tengok. Insha Allah dengan berkat sokongan en somi, aku mampu. Chaiyok...chaiyok.... Dan aku tabik spring kat seorang kawan aku kat office yang punya semangat yang kuat. Keje, study, uruskan anak-anak, ada baby yang menyusu badan lagi, mana nak pam susu, anak sume lelaki plak tu. Ye aku jadikan dia sebagai pemangkin semangat aku... hehehe.... 

Tq kat en somi jugak sebab mengizinkan aku further study.  Harap-harap dengan sokongan en somi, aku akan terus melangkah tanpa menoleh kebelakang lagi. Aku berdoa sangat aku tak patah semangat. Aminnn...