CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 24 December 2011

Persembahan En Fayish sempena Convocation Day!!!

Hari ni jugak merupakan hari convo sekolah en fayish. Dan berakhirnya sesi persekolah CE (caw PPJ) bagi tahun 2011. Next week en fayish akan melalui hari orientasi pelajar 5 tahun di CE (Caw. Presint 18). Hopefully should be ok. 

Majlis Convo en fayish telah berlangsung dengan meriah dan sangat comel di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya. Dan pada hari tersebut en fayish telah membuat persembahan nyanyian...


Nyanyian yang sangat comel tu membuat aku tersentuh dengan bait-bait lagu tu. Tanpa disedari kelopak mata aku dah pun dipenuhi air. Tunggu masa nak tumpah... huhuhu....

Satu... kasih yang abadi

Tiada tandingi dia yang satu

Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu



Tiga... lapar dan dahaga

Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih



Ibu kuingat dahulu

Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa



Sayang dengar lagu ini

Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan
untuk selamanya

Andai kau dalam sengsara 
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Hidup ini sementara...


Kalau anda seorang ibu dan menghayati lagu ini. Pasti leleh punye. Especially Ibu kuingat dahulu Menyisir rambut ku kemas selalu, Ayah menghantar ke sekolah Bergunalah ilmu bila dewasa... sadis tak???

Pentas yang dipenuhi belon...Tunggu masa untuk di grab...

Do u see him?

Comel....di make-over oleh cikgunye...

Haikal, his cousin pun turut serta jugak....
Terima kasih kepada semua guru-guru di Cendekiawan Educare (CE-Caw PPJ) yang telah mengajar en fayish sampai pandai. Very appreciate. Especially to cikgu Ida & cikgu Zila. Sangat banyak perubahan dan tak rugi hantar kat sini. Sebab tu kami continue hantar kat CE untuk tahun depan plak. 

Farish is turning on 4.....

Ye....en Fayish telahpun genap berusia 4 tahun....Dan dia masih berseorangan tanpa adik....hehehe....This year en somi telah menetapkan untuk celebrate birthday en fayish kat kampung halamannya di kuala sanglang, kedah. Aku mengikut aje kerana dia yang mengeluarkan budget. So kenapa mesti argue kan? So setuju. Celebrate birthday en fayish bersama-sama tok wan, mak tok, mak lang, pak cik, mak su dan sanak saudara en somi di kampung. Meriah jugak. Tapi aku tak amik gambar pun sebab tak sempat dek kerana sibuk menyediakan juadah kat dapur. Dan gambar kebanyakkannya dalam camera mak lang. 

Walau bagaimanapun, kami decide untuk hantar kek kat sekolah en fayish untuk dia celebrate kat sekolah bersama kawan-kawan. 

Kek angry bird....
Thank you to emiliadanial kerana telah merealisasikan kek yang sangat comel ini.....

Terima kasih kepada sume yang sudi memeriahkan majlis dan yang telah memberi present. Especially to Tok Wan, Mak tok, pak long, mak lang, pak cik dan mak su. 


Dari Pak Long Zizi, Umi & Haikal....

Dari Tok Wan & Mak Tok....

Dari Abah & Ibu....

Dari Pak cik Asyraf....

Dari Mak su Fiqah...

Dari Mak Lang Syikin....Mak Lang bagi 2 hadiah lagi....TQVM...

Selamat hari lahir en fayish yang ke 4. Semoga menjadi anak soleh dan baik. Sentiasa cerdik dan akan sentiasa membanggakan ibu & abah. Ibu akan senantiasa mendoakan yang terbaik untuk anak ibu yang sangat comel ini. ♥ u....

Welcome back my sis....

Hampir setahun lamanya my sis meninggalkan tanah semenanjung mengikut suami bertugas untuk negara ke Sandakan, Sabah. Walau bagaimanapun, setelah setahun berhijrah ke Sabah mereka telah pulang ke tanah semenanjung dengan menambah seorang lagi family members diorang. Aku yang sibuk-sibuk plan nak tambah anak, dia plak yang mengawan dulu.....

What ever is....aku sangat seronok kerana dengan pertambahan seorang lagi ni menjadikan keseluruhan anak menakan aku dok ada 16 orang... Nak tengok tak gambar dia yang comel diberi nama Ahmad Aidil Zaquan...

Serius Mode....

Bulatnye mata dia....Teruja la....

That pillow yang dikait sendiri oleh atok.....

Kakak yang sangat sayang adik....both of u ucu sayang....

Comell bangat....Tapi saya nak baby gurl...

Semoga Allah memberi rezeki untuk aku menambah anak lagi...Amin....

Sekitar Majlis Perkahwinan My Cousin Nasir & Lyn...

Sangat sudah terlambat sebenarnya untuk mengupdate citer ni. Tapi tak kira...ada aku kesah...nak citer gak...Ntah-ntah da peknen diorang ni...huhuhu....

Solemnization diorang ni berlangsung pada 27/11/2011 hari tu....Jom intai sekitar majlis diorang ni....Tapi yang lebih-lebih bergambarnye aku....hehehe...as usual...



Menyibuk atas pelamin...bertemakan merah....

Lyn....(Bride)... Groom nye ntah p mana ntah...

Zufeeqa @ Angah...(niece)

Effa @ Along (niece)
  
From Left : Effa, Ucu, Zufeeqa & Afifa...

Hafiz (Nephew)
 

Ha tu pun groomnye...


Selamat Pengantin Baru.....

Tuesday 13 December 2011

Kita sebenarnya.....

Kita sebenarnya lebih gembira menyambut 1 Januari dari 1 Muharam....

Kita sebenarnya lebih tahu apa itu 14 Februari dari 12 Rabiulawal....

Kita sebenarnya lebih membesarkan hari sabtu dan ahad dari hari jumaat....

Kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu dari mendengar azan...

Kita sebenarnya lebih suka lepak dari sembahyang...

Kita sebenarnya lebih tahu tentang kisah-kisah artis dari kisah para nabi...

Kita sebenarnya lebih suka menyebut hai dari Assalamualaikum...

Kita sebenarnya lebih suka bernyanyi dari berwirid...

Kita sebenarnya lebih suka memuji manusia dari memuji Allah...

Kita sebenarnya lebih suka membaca majalah hiburan dari buku-buku agama...

Kita sebenarnya lebih suka ke konsert/stadium dari ceramah agama/masjid...

Kita sebenarnya lebih suka mengumpat dari memuji orang...

Kita sebenarnya lebih sukakan urusan duniawi dari urusan akhirat...

Tapi bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab....

Kita sebenarnya ingin menuju ke arah syurga dari neraka...

Tapi layakkah kita dengan syurga milik-Nya...

Renung-renungkanlah....

Diambang 2012....

Hari ni kita buat maraton ek memandangkan telah sekian lama blog ni bersawang. Sekali update 2 entri. huhuuhu...

Last week baca kat dalam paper pasal pengakhiran dunia pada tahun 2012. Gerun kan? Betul tak betul wallahu a'lam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui bilakah masanya Dunia akan kiamat. Tengok balik kronologi golongan mat salleh ni sangat taksub meramal bila dunia akan kiamat. Termasuklah menghasilkan filem tentang kiamat yang diramal terjadi pada tahun 2012. Terasa diri terlalu kecil untuk melalui hari itu. Sebagai manusia yang daif sentiasalah berusaha topup dan topup amal sementara masa masih ada. Dan janganlah terlalu obses dengan tarikh-tarikh dan ramalan manusia yang belum pasti.

p/s : tak tengok pun citer 2012 tu....

8 petua melayu lama (woman only)....

Just nak share something yg aku baca dalam paper hari ni yang aku kira boleh dijadikan amalan kepada yang bergelar perempuan tak kira perawan ataupun mak orang....hehehe...

1. Bangkit bersambut 
Sebelum tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Bila nak bangkit dari tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan. (kalo teringat masa bangun pagi tu buatlah ek, tapi kalo da terbangun tak payah la baring balik & ulang macam kita baru bangun tido plak ek)...

2. Wajah  suci
Bila bangun pagi elakkan dari mencuci muka menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan tuala. Biarkan air itu kering sendiri. Jika ambil wuduk pun, tak perlulah mengelap muka dengan tuala. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang. (Anita Sarawak pun amik wuduk sebab tu muka dia tak berkedut, mana ada dia pakai botox pun...)

3. Ombak besar
Apabila mandi terutamanya diawal pagi, pancurkan air shower ke atas kedua-dua payudara agar sentiasa subur dan segar serta tidak mudah jatuh. Elakkan juga dari meniarap di atas lantai kerana ia akan mengendurkan payudara. (kalo takde shower macam mana ek?.....)

4. Taman semerbak
Amalkan makan makanan seperti ulam-ulaman sejak dari perawan. Nafas dan badan akan menjadi wangi. (Janganlah makan bunga ros plak ek....)

5. Lubang jarum
Latih otot penahan kencing. Kemut berulang-ulang. Jadikan amalan setiap hari. (Janganlah sampai tak kencing plak duk asyik tahan je...nanti kena batu karang plak...)

6. Bunting padi
Biasakan mengurut pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan labu betis. Lakukan selalu kerana ini baik untuk mempertingkat prestasi kepekaan rasa apabila bersama dengan suami. (hanya sang suami yang tahu...ssshhhhh....)

Cubalah!!!!