CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 23 September 2011

Non-stop Open House...

Seperti yang kita sedia maklum..Open house kalo kat KL ni memang sentiasa ada sampai hujung Syawal. Raya pertama di KL memang agak bosan tapi raya sebulan di KL memang kenyang memanjang...penyakit pun  datang...sebab over makan... Tapi untung gak sebab boleh gantung kuali belanga sepanjang bulan ni...hehehe... interesting kan?

Open house yang pertama aku pergi bulan ni ialah di rumah bos yang aku paling sayang iaitu Tuan Haji Jasman Bin Jurami...hehehe... Tengok rumah dia mewah tak? Harga rumah ni RM 1/2 juta... Tapi macam membazir beli rumah kat Putrajaya ni sebab tak boleh buat renovation... Tapi environment memang gah le almaklum je dalam Putrajaya le katakan. 


2nd open house ialah di rumah my BFF Zabedah...  Dia punya mee bandung Muar memang terbaek. Orang Muar pure buat mestila sedap... 

Gambar hiasan je ni...

Seterusnya rumah my cousin di Selayang Mulia. Tokey katering buat open house so makanan memang banyak giler la... 

My cousin Kak Lily n Husband...Promote Serambi Katering sikit...
Next station ialah rumah member ofis KKM, kak Azila. Kelantanese... Nasi Kerabu Special tapi tak larat nak makan sebab kenyang giler da... 

Nyum...nyum...

Open House lain-lain ialah Jamuan raya kat ofis anjuran Bahagian Perolehan & Unit Dasar. Tak ketinggalan jamuan raya my ex-ofis Sapura. Dan juga jamuan raya company Hi-tech Padu Berhad. Pic akan di upload later...

So, kesimpulannya makan open house berpada-pada la ye.. Nanti ada yang kena food poisoning...huhuh...

2011's Eid...

Orang lain da update bermacam-macam entri pasal raya. Aku da nak abis Syawal baru nak update. Tahun ni rasa lebih seronok sebab en fayish da semakin faham erti raya & puasa. Ada baju raya, kasut raya, duit raya. Seronok tengok en fayish kutip duit raya. Dia sememangnya da cukup besar & cerdik sekarang. Pergi rumah orang tunggu duit raya. Keluarkan dari sampul duit tengok berapa banyak orang bagi duit raya. Kadang-kadang segan jugak bila dia kata "ibu, singgit je bu..."...bertuah betul budak ni. Buat malu orang je. hehehe.. tapi bila memikirkan da memang jadi tabiat bebudak...x dapek den nak nolong. 

Tahun ni tak sempat nak amik gambar raya banyak-banyak macam tahun-tahun sebelumnya sebab en fayish telah menjatuhkan seterusnya merosakkan camera kitorang. Pic yang ada ni pun hasil ihsan my niece....siap editted lagi...credited to her...


Yang lain-lain akan di update later....