CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 28 August 2011

Last Minit Shopping

Last minit punye shopping semalam en somi ajak pegi Padang Besar. Satu tempat beli belah yang jual barang murah kat Perlis. Boleh dikatakan setiap kali balik kampung destinasi ni memang tak pernah mis untuk dikunjungi. Biasanya kalo orang luar datang sini mean bukan dari negeri Perlis/Kedah/Siam sebab tempat ni sempadan Malaysia/Thailand, memang dia mentedarah mahal. Aku kalo beli mesti susah nak tawar tapi kalo en somi dan seberadiknya tawar senang plak nak dapat murah. So, note kalo nak pegi shopping sini bawaklah someone yang boleh cakap loghat utara noo...baru boleh tawaq harga murah. 

Welcome to Padang Besar
Aku sebenarnya takde apa nak beli sangat, cuma nak temankan en somi beli jeans & jersi Liverpool dia je. Adik-adik ipar aku  nak beli h/bag & tudung. Aku saje jalan cuci mata je. Tapi dalam jalan-jalan cuci mata rabak purse jugak la sebab aku telah membeli sebiji sebuah h/bag. Awalnya nak cari h/bag kat Sembonia tapi da jumpa kat sini, sauk jela. Jimat sikit. hehehe... Aku tak kisah sangat mahal ke murah ke, ada brand xde brand ke, kalo da cantik kaut je la. En somi dulu beli gak jeans kat Levis Boutique tapi sekarang ni anak lebih penting. En somi beli kat PB Boutique je la. (Padang Besar Boutique)...hehehe...Jeans anak lagi mahal dari jeans abah. 

"You'll never walk alone"...

Made in Thailand...

My 1st white h/bag....
Lepas pegi Padang Besar, kitorang singgah pulak kat Kangar. Perlis ni bandar tak besar sangat. Lebih kurang KL je. Tapi KL macam-macam ada. Kat sini takde apa sangat. Shopping Mall pun ada 1 je, The Store. Kalo nak meriah sikit shopping kena pegi Alor Setar. Tak berapa jauh sangat dari rumah en somi. Lebih kurang 45 minit. Kangar dekat sikit la lebih kurang 30 minit. Kampung en somi sempadan negeri Kedah/Perlis. So, dalam 1  masa kitorang boleh pegi 2 negeri. Hebat kan? Kat Kangar pun aku tak beli apa, kali ni lebih kepada shopping barang-barang en somi. 

Inilah satu-satunya Shopping Complex

Last-last bila dah balik baru tingat stokin en fayish tak beli. Alamak mana plak nak cari stokin ni. Dah la aku tak bawak spare. Alamak nampaknya aku kena keluar cari stokin plak. Boleh cuci mata lagi. hhahaha...

p/s : Dikesempatan ini aku nk ucapkan Selamat menyambut hari raya idulfitri kepada semua yang sudi membaca blog ini. Kalo ada la pembaca...Entah-entah follower aku tu pun tak baca...hehehe.... Maaf zahir batin. Ampun dan maaf dipinta jika ada tulisan yang menyentuh hati. Tidak terlintas, mahupun terniat untuk mengata, mengutuk mahupun mengeji. Sekadar suka-suka. Sudi-sudikan la untuk "join this site"...janganla baca je ek...







Balik Kampung

Sebenarnya aku da sampai kampung pun. Dah 3 bulan tak balik kampung. Last kitorang balik kalo masih ingat masa aku update Sehari Di Langkawi hari tu. Kali ni balik beraya plak. Seperti yang telah sedia maklum tahun ni turn beraya kat kampung en somi. Syahdu rasanya meninggalkan mak. Tapi apa nak buat kalo dah jadi isteri orang mesti la fair kan. Alhamdulillah berkat doa aku yang tak pernah putus mak aku tak beraya sorang-sorang tahun ni. Along as usual husbandnya mesti kena duty 1 raya. Susah bersuamikan polis ni. Kekadang aku bersyukur gak en somi kerja swasta. Sekurang-kurangnya setiap kali raya kami dapat beraya sama-sama. Angah dan alang yang akan menemani mak tahun ni. Sebelum aku balik kampung, aku sempat balik berbuka sekali lagi dengan mak. Sempatla beraya dulu dengan mak sebelum balik. 

Tahun ni rasanya raya macam kurang meriah la. Bagi aku la. Bukan sebab kena beraya kat kampung en somi. Tapi tahun ni rasa sedih nak meninggalkan Ramadhan. Kalo dulu menghitung hari nak raya. Tapi sekarang ni rasa kalo boleh bulan Ramadhan ni biarlah 2 bulan. Mungkin faktor usia kot. hahaha. Tahun ni aku rasa macam transform sikit. Yela as human being kita mesti akan berubah ke arah yang lebih baik from time to time kan. Sebenarnya aku terbaca satu blog ni dan aku rasa touching sangat. Kalo sape-sape baca mesti leleh punya la. hehehe...Aku memang macam biasa la. Ratu air mata. Blog ni citer pasal Transformasi Wardina & Catriona Ross selepas mendapat hidayah dari Allah. Cerita pasal kehidupan diorang before & after transform. Bagus dijadikan panduan.

Tahun ni lama sikit aku balik beraya. Lebih seminggu jugak la. Hari Jumaat next week baru balik ke Selayang pulak. Takpela bagi chance kat en somi kan. Dah lama tak balik kampung. Cuti panjang macam ni lah baru kitorang balik. Lagipun kalo raya haji memang kitorang tak pernah balik. Kadang-kadang kesian gak kat en somi. Tu la nak sangat kawin dengan orang KL. Kalo kawin dengan orang Kedah kan senang tiap-tiap tahun dapat balik kampung. hehehe.

2 hari lagi umat Islam akan menyambut Syawal. Selalunya time macam ni aku da habis bershopping tapi tahun ni macam malas sangat nak keluar shopping. Ni pun still ada yang tak beli lagi. Hari ni en somi ajak pergi Padang Besar plak. Ada apa kat Padang Besar?? Nanti aku update ek.




Wednesday 24 August 2011

Kuih Raya

Tahun ni ingat nak buat kuih raya la sejenis. Sejenis cukup la. Kebetulan masa aku pergi berbuka puasa tajaan Berita Harian hari tu depa da bagi kuih 2 jenis. So tak payah la banyak-banyak sangat. Sebenarnya malas. Ada aku kesah.    Bekas kuih pun ada 6 biji je. Aku order kuih sepit 1 balang kat ofis + kuih Muruku my mom bagi + kuih popia simpul 1 balang = 6. Cukup la kan? buat pe banyak-banyak. Orang datang pun makan kuih sikit-sikit je. Pengakhirannya nanti aku suruh en somi bawak pi ofis sebab kuih tak abis-abis. So, ala kadar cukup. Asal ada jangan takde langsung. Betul x?


So, akhirnya 1 day before balik kampung. Aku telah berjaya membuat biskut badam cornflakes bercoklat. okla la tu. Ada banyak lebih so bawak la balik kg sikit. Asyik bagi puan mertua kuih tunjuk je. Sesekali buat la. Baru la ada sentimental value. Nanti mak menakan en somi mai beraya kat umah tanya, ila buat kuih yang mana satu? tak la segan sangat. Ni tahun-tahun sebelumnya malu je orang tanya. Aku jawab tak buat la tunjuk je. Haish tahun ni buat pembaharuan sikit. Okla sedap, x sedap belakang kira. Janji buat. 

Tarra....Presenting Biskut Badam Cornflakes bercoklat...


Shopping Pra-Raya 2

Sorotan dari shopping baju en fayish hari tu. Kali ni baju sang ibu plak. hahaha.. Lokasi pilihan ialah PKNS Shah Alam, SACC Mall & Plaza Alam Sentral. Dalam listing ada baju raya, kasut raya, tudung raya, hand bag raya, brooch raya. mmm brooch raya pun ada tau...en somi plak tambah bra & panties raya xde ker? Baru tingat haah ek..tq kerana mengingatkan...hahaha parak poket mcm gini... Mentang-mentang la dapat bonus 1/2 bulan gaji... hehehe...

Sesampainye di Shah Alam adoyai...ramainye manusia macam semut... aku nk jalan pun terkemut-kemut. Macam gini takde masa nak memilih lama-lama ni. Fed-up kalo nak memilih dalam situasi orang ramai macam ni.. Plan tahun ni nak pakai baju sedondon dengan warna kuning air. En somi & en fayish punya baju melayu da ready. Tinggal aku je yang kena cari baju warna kuning. Tapi melihatkan kebanjiran manusia a.k.a aku malas nk memilih lama-lama aku terjatuh cinta plak dengan ini baju. Aku sauk je la tanpa berfikir panjang okla tu. Bagi ada tone sikit. 

Cantik x?
Okla kan. Then, aku sempat gak singgah di SACC Mall nak cari kasut & h/bag plak. Masuk Primavera. Ada yang berkenan tapi takde saiz plak... Adoyai ni yang buat hilang mood ni. Last-last balik je terus + da tak larat nak berjalan da. 

So, pada keesokan harinya aku dapat jugak kasut yang aku nak kat Primavera tapi dekat Alamanda je. Gambar kasut tak boleh di upload nanti korang tiru...hahaha...Orait baju, kasut done. Tinggal h/bag je. Ingat nak cari kat Alor Setar Mall la masa balik nanti. Seronok sikit bershopping 2/3 hari before raya. Seronoknya tak sabar nak balik kampung. Walaupun dalam hati sedih jugak nak meninggalkan my mom kat Selayang. Since da berkahwin ni, baru la dapat menikmati lagu Balik Kampung by Sudirman. Kalo tak sekadar nyanyi je. 

Ok itu la dia serba sedikit citer pasal shopping. Biasala pompuan kan shopping adalah pendekatan paling bagus untuk realise tension. Sambil bershopping sambil exercise.. Lenguh-lenguh kaki tu jalan-jalan shopping. 


Friday 12 August 2011

Buah Melaka

Untuk pertama kalinya ada entri pasal masak-memasak. Sebenarnya kalo nak diikutkan aku bukanlah pioneer sangat pasal masak-memasak ni. Almaklum jela anak bongsu.... Ada kakak ramai. So, aku pandai menyuap jela. Kalo kemas-mengemas, hias-menghias bagi kat aku. Bab tu aku da tahap terrorist da setanding Eric Leong. wakakak... Perasan!

Kalo citer pasal masak-memasak ni, simple menu boleh la. Masakan harian biasa. Tapi kuih-kuih tradisi memang aku fail. Karipap, Donut, Lopes dsb termasuklah buah melaka aku memang tak reti. Pokoknya kalo boleh pun kena tengok buku dulu la jawabnya.

So, niat dalam bulan puasa ni kalo boleh nak menyediakan juadah kuih plak la kan. Taknak la seperti tahun-tahun sebelumnya asyik menunjuk je nak makan kuih apa. So, masa aku balik berbuka dengan mak aku, aku pun mintak la resipi buah melaka ni. Mudah je bahan-bahan dia rupanya. Kalo macam ni punye senang hari-hari boleh buat. Kwang...kwang...kwang...

Bahan-bahan :
Tepung Pulut (ikut suka kalo nak buat banyak /sikit)

Gula Tapak dipotong dadu...

Daun Pandan di hiris dan diblend utk mendapatkan airnya...
Kelapa parut amik yg putih je..

Cara-cara :

Tepung pulut + air daun pandan + garam = jadila dough macam ni...

Gentel (weirdnye bunyi...) & masukkan gula yg telah dipotong dadu...
 
Bulatkan cantik-cantik...



Reneh atas api sampai floating...

Golek dengan kelapa putih...

Tarraaa....Sedia untuk dihidang...

First time buat memang banyak complain & comment oleh en somi. Almaklumlah dia reti mengomen je. En somi kata :


  1. Dari segi rasa, gula tak berapa hancur sgt..gula terasa berketul-ketul.. So pas ni dadu kecik-kecik sikit gulanya..
  2. Dari segi presentation, kurang hijau sikit kalernya. Tambah sikit daun pandan..
  3. Finishing tak berapa cantik sgt.. 
Finishing pun kena gak. Adoyaiii...takpe nanti aku hias dengan bunga-bunga ye....Siap ada daun pandan lagi kat tepi...hehehe...Takpela juz take note! Pas ni aku buat lagi best punye.. Tapi bila nak buat ek? weekend la.. Hari bekerja penat la.. Alasan!!



Hujan hati

Hari ni pagi-pagi jumaat da hujan. Bukan hujan yang diturunkan Allah, tapi hujan air mata. Hari ni aku sangat emosional & sensitip. Teringat kat mak. Rasanya dari pagi sampai ke petang asyik cengeng je. Muka pegi opis hari ni memang sangap giler. Plus dengan bulan puasa & keje menimbun yang last minute memang double sangap.

Minggu lepas aku balik berbuka puasa dengan mak. Asal aku balik dari rumah mak je mesti akan ada air mata yang tumpah. Kesian sangat tengok mak. Tambah-tambah nak dekat raya ni. Semoga doa aku supaya along & angah balik raya ni dimakbulkan Allah. Adik-beradik 5 org pun macam takde je. Tambah bila sume da mengikut suami. Sedih...sedih... Harap mak tak berseorangan raya ni. Kat ofis plak lagu raya da mula berkumandang. Rasa sayu sangat hati ni. Bukan sedih sebab turn raya rumah mentua tapi sedih bila terkenangkan mak. Kalo boleh  nak bawak mak balik beraya kat kg en somi. En somi pun cakap, "kalo da takde sape bawak je la mak sekali raya Kedah".. Tapi mak mesti taknak. Hari raya beraya kat tempat orang lagi la sedih. Sob...sob...sob....masa type entri ni pun air mata aku still bergenang tunggu masa nak tumpah je.. Sedih...sedih.... 



Tuesday 9 August 2011

Sudah jatuh ditimpa tangga

Frustnye.... 

Tuan/Puan,
KEPUTUSAN TEMU DUGA BAGI JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Keputusan temu duga adalah seperti  berikut:

a. Kod Skim/Jawatan/Gred : 
    2200 Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
b. Tarikh Temu Duga         : 
    15/6/2011
c. Keputusan Temu Duga   : 
    Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.


Keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada surat pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Sekian, terima kasih. 
Lagi satu yang buat aku frust ialah :
KEPUTUSAN CALON BAGI PEPERIKSAAN KHAS UTK 
MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEG. 
TADBIR GRED N27 (KPSL)




Adalah dimaklumkan bahawa keputusan seperti berikut :

Bahagian         Keputusan

     A               KANDAS
    
     B               KANDAS


     C               KANDAS




Nasib-nasib...Takpela cuba lagik di tahun hadapan....Kandas tidak bererti kalah!!

Friday 5 August 2011

Minggu pertama di Bulan Ramadhan...

Diam tak diam da hari ke 6 umat islam menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah setakat ni puasa penuh. huhuhu... Alhamdulillah jugak sebab azam nak pegi solat tarawih dan bertadarus di bulan mulia ni terlaksana jugak... berjaya aku membuktikan kepada en somi bahawa niat aku kali ni menjadi. Cuma niat nak kurus je belum terlaksana lagi. hahaha..bila agaknye ye... makin menjadi-jadi naiknya adalah. Bagai dipam-pam... adoyaiiii...

Citer pasal solat tarawih, pertama kali bawak en fayish pegi tarawih memang excited. En fayish pun excited. "Ibu, saya nak pakai baju sembahyang (baju melayu la tu maknanye)"... Tu pun malam ke-2 baru dapat pegi tarawih sbb malam pertama tu en fayish demam. Mula-mula tu risau gak sebab budak-budak ni unpredictable sikit. Tapi alhamdulillah boleh bawak pegi lagi lepas ni. Aku pun excited jugak. huhuhu. Solat plak kat masjid Sultan Mizan. Bukan seronok je beronok-beronok rasanya. Tapi buat 8 rakaat jela. Kesian kat en fayish sebab sampai ngantuk-ngantuk. Lagipun hari sekolah kesian plak. Nanti liat nak bangun pagi kalo tido lambat. Takpela itu pun da bersyukur sangat-sangat. Harap di beri kesihatan je untuk pegi solat tarawih selalu. Amin. Dan aku jugak telah berpakat-pakat dengan bebudak ofis utk bertadarus. Alhamdulillah setakat ni da 8 juzuk.

Means da 5 hari aku telah menyediakan juadah berbuka untuk seisi keluarga. Ewah padahal yang puasa 2 kerat je. Tahun ni aku berazam taknak pegi bazar ramadhan. Aku akan sedaya upaya akan masak sepanjang ramadhan ni. Insha Allah. Dekat ofis, ada jugak orang jual lauk-pauk untuk berbuka. Kalo teringin aku ada la jugak beli untuk menambah-nambah lauk. Tapi main dish tetap masak jugak kat rumah. En somi plak kata, "Kalo ibu tak larat tak payah la masak. Beli je kat ofis tu. Balik masak nasi je. Kita pun makan berdua je. Harga pun lebih kurang sama je..." mmm ish en somi ni taknak la. Nak masak jugak baru puas hati. Ngada-ngada kan? Da dpt green lite tak payah masak tapi nak memenatkan diri jugak nak memasak. Takpela amik barakah sikit di bulan mulia ni. Menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga pun satu ibadah tau dapat pahala tu. Sape taknak...Cuma hari-hari kena pikir apa lauk nak masak jela. 

Minggu ni aku akan berbuka bersama-sama my mom. So, cuti masak 2 hari.....